Sebut nak masak spaghetti, pasti anak-anak suka. Asyik makan rendang  aje bosan jugak budak -budak yang datang. Ni bolehlah dihidang Raya masa rakan anak-anak datang beraya nanti.

Istimewa spaghetti kali ini , dah diberi sentuhan tempatan. Spaghetti ayam percik pun ada , diolah semula dengan rempah ratus. Tak lah asyik bolognese, carbonara dan aglio olio biasa aje kan. Cuba menu baru yang min kongsikan ni.

1. SALTED EGG & SOFT SHELL CRAB

BAHAN-BAHAN :

  • 10 gm bawang bawang kecil (yang kuning)
  • 14 helai daun kari
  • 3 sudu kecil cili padi/dipotong kecil
  • 2 sudu makan lada benggala/didadu kecil
  • 3 sudu makan mentega
  • 4 sudu makan telur masin/sudah dihancurkan
  • 400 gm spaghetti
  • 4 sudu makan minyak masak @minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 2 ekor ketam lembut /saiz sederhana

Bahan untuk salutan tepung :

  • 8 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan serbuk paprika
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

Cara masak pasta :

  1. Rebus pasta ‘ala dente’, masukkan sedikit minyak zaitun agar tidak bergentel. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Tumiskan bawang dan masukkan daun kari.
  4. Masukkan cili padi dan lada benggala dan selepas 5-10 saat, kecilkan api dan masukkan mentega.
  5. Apabila mentega cair masukkan telur masin. Teruskan memasak hingga keluar buih
  6. Masukkan spaghetti di dalam kuali dan masukkan garam dan lada hitam. Masukkan garam secukup rasa.

Cara masak ketam lembut:

  1. Gaulkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  2. Salutkan ketam di dalam campuran tepung
  3. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ketam dalam minyak penuh sehingga perang keemasan dan garing.

Saiz hidangan : 2 orang makan

Waktu memasak : 15 minit

Cara memasak : Tumis dan goreng

Jenis masakan : Pasta

Keistimewaan : Pasta ini berasa lemak masin dengan rasa pedas cili yang enak

INFO CHEF : Sajian pasta fusion dengan penggunaaan telur asin dan cili padi, menu inovatif tepati selera tempatan.   

2. STIR FRIED BEEF

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm pasta
  • 3 biji bawang kuning (kecil)
  • 60 gm daging cincang
  • 1/4 sudu teh cili padi/dicincang
  • 2 sudu besar lada benggala/ didadu kecil
  • 1 senduk air
  • 2 sudu makan daun ketumbar/dicincang halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 3 1/2 makan minyak masak

CARA MEMASAK :

  1. Rebus spaghetti ala dente, letak sedikit minyak zaitun agar tidak melekat, toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis bawang hingga garing.
  3. Besarkan api dan dan masukkan daging cincang, kacau rata.
  4. Apabila daging sudah kering airnya, masukkan cili padi dan lada benggala.
  5. Kemudian masukkan pasta dan gaul rata
  6. Masukkan lada hitam dan padamkan api
  7. Hiaskan dengan daun ketumbar

Saiz hidangan : 1 orang

Waktu memasak : 10 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Pasta bersama kuah daging bercili, pedas menepati rasa.

Keistimewaan : Cili pada sebagai rencah daging, menjadikan pasta ini bercitarasa Asia

INFO CHEF : Anda boleh menambahkan kuantiti cili padi atau cili hidup jika mahu lebih pedas

3. AGLIO OLIO AYAM PERCIK

 BAHAN-BAHAN :

  • 4 1/2 sudu makan minyak masak
  • 400 gm spaghetti
  • 2 sudu makan bawang putih cincang
  • 2 sudu makan lada benggala cincang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 sudu makan daun ketumbar cincang
  • 12 potongan baji tomato ceri
  • 1/2 kiub stok ayam

Bahan ayam percik :

  • 2 keping peha ayam (chicken chop)
  • 5 biji bawang kuning kecil /dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sm lengkuas/ dikisar
  • 2 sm halia /dikisar
  • 40 ml santan
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 batang serai /dikisar
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Pewarna kuning

CARA MEMASAK :

Cara masak aglio olio pasta :

  1. Rebus pasta ala dente dan toskan, letakkan sedikit minyak zaitun selapas tos supaya tidak melekat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kepanasan sederhana. Masukkan bawang putih, tumis hingga perang dan masukkan tomato ceri.
  3. Selepas 5 saat, masukkan pasta ke dalam kuali, dan masukkan garam, serbuk lada hitam dan serbuk stok ayam (jika suka)
  4. Siap untuk dihidang bersama kuah percik.

Cara masak ayam percik :

  1. Nyalakan api dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga naik bau
  3. Masukkan pes cili dan perisakan dengan garam, dan sedikit gula (jika suka). Masukkan ayam.
  4. Masukkan santan dan kacau perlahan, masukkan pewarna
  5. Ayam percik sedia dihidang bersama pasta.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu memasak : 10 minit

Cara memasak : Tumis

Jenis masakan : Pasta fusion 

Keistimewaan : Kuah ayam percik, rasa lazat citarasa Melayu 

INFO CHEF : Ayam boleh juga digoreng asing atau dipanggang. Tuangkan kuah ayam percik di atasnya.

4. SEAFOOD PESTO WITH BASIL

 BAHAN-BAHAN:

  • 320 gm spaghetti
  • 220 gm kacang hijau
  • Minyak zaitun dalam bekas semburan (olive oil spray)
  • 250 gm udang saiz sederhana (kelar dan buang urat di belakang )
  • 250 gm filet ikan (putih) potong jadi kepingan 2 sm
  • Daun selasih segar untuk hiasan
  • 2-3 biji buah zaitun

BAHAN PES (PESTO);

  • 1 cawan daun selasih
  • 1/3 daun parsli segar
  • 20 gm keju parmesan (diparut halus)
  • 2 sudu makan kacang pine (dibakar sebentar dalam oven)
  • 1 sudu teh (parutan halus kulit lemon)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 2 sudu makan air panas

CARA MEMASAK :

  1. Untuk membuat pesto masukkan daun selasih, parsli, keju parmesan, kacang pine, parutan kulit lemon dan bawang putih dalam pemproses makanan (food processor).
  2. Biarkan hingga dikisar halus, masukkan minyak zaitun dan air dan proses hingga sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  3. Rebus spaghetti dalam periuk (saucepan) dalam air mendidih dan masukkan sedikit garam. Biarkan sehingga masak al dente. Masukkan pula kacang hijau semasa 2-3 min terakhir masakan.
  4. Tapiskan dan tinggalkan dalam 60 ml air dalamnya.
  5. Sementara itu panaskan kuali leper dalam suhu tinggi. Semburkan sedikit dengan minyak zaitun (olive oil spray) dan masukkan udang dan filet ikan dan kacau sekali sekala selama 3-4 minit hingga masak.
  6. Masukkan spaghetti , kacang dan adunan pesto tadi ke dalam kuali tadi. Tutup api dan gaul rata.
  7. Siap untuk hidangan.

INFO CHEF : Kacang pine boleh didapati di pasaraya besar. Anda juga boleh menggantikannya dengan badam atau kacang walnut.

Saiz hidangan : 2 orang

Waktu Memasak : 15-20 minit

Cara Memasak : Rebus dan tumis

Jenis masakan : Barat

Keistimewaan : Kacang pine menjadikan pasta lebih berperisa. 

Terima kasih  :TRUST ISSUE KL, 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Wilayah Persekutuan KL

 Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, 12 Lorong Utara A, off Jalan Utara, Petaling Jaya, Selangor