Sotong ni sebenarnya macam-macam kita boleh masak. Salah satunya sotong kukus limau. Memang sedap sesangat. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Asalkan ada lengkuah, serai dan bawang putih, dah cukup. Opsss. Daun ketumbar jangan lupa. Itu pelengkap aroma dan cita rasanya.

Bahan untuk sos tu yang banyak sikit. Bila ada sos, tu yang jadi tambah sedap tu. Nanti korang try buat tau. Memang syok.

SOTONG KUKUS LIMAU

Sotong Kukus Sos Limau, Lauk Sedap Dan Mudah Dibuat
.

IKLAN

BAHAN SOTONG KUKUS
1 atau 2 ekor sotong saiz besar
Lengkuas
Serai
Daun ketumbar (akar sekali)
Bawang putih

CARA MEMBUAT SOTONG KUKUS
1. Cuci sotong bersih-bersih.
2. Potong sotong macam dalam gambar. Jangan sampai putus. Kelar saja.
3. Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong).
4. Letakkan akar ketumbar, sedikit bawang putih letak atas sotong.
5. Kukus sotong dengan api kuat. Sudah masak, buang air sotong.

IKLAN

BAHAN SOS
1 sudu besar gula
3 sudu besar air perahan limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1 ulas bawang putih
Cabai melaka merah, hijau (dipotong)
Daun ketumbar
Daun pudina

IKLAN

CARA MEMBUAT SOS
1. Masuk gula, air perahan limau nipis, sos ikan, bawang putih dan cabai melaka. Kacau sehingga hancur.
2. Selepas sos siap, tuang sos atas sotong yang dikukus tadi. Tabur daun ketumbar dan daun pudina. Hias dengan limau nipis yang dihiris bulat. Siap untuk dimakan dengan nasi panas.

Resipi oleh Irene Raihan dari Telegram KakiMakan Channel

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI