Melihatkan gaya Siti Elizad ke dapur bersama Chef Wan yang tidak kekok membuktikan Elizad memang pandai memasak. Malah beliau beruntung kerana Chef No.1 Malaysia itu sudi menjemputnya berkongsi dapur menyediakan dua menu  kegemaran dan wajib ada setiap kali Ramadan.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.Sambil memasak dan bercerita akan nostalgia Ramadan dengan Chef Wan, Elizad teringatkan istimewanya air tangan arwah ibu. Katanya setiap kali puasa, arwah ibu rajin ke dapur dan pakar dalam menyediakan Masak Lemak Cili Padi dan rendang.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.

“Air tangan mak memang super sedap, tiada tandingan. Istimewanya masakan mak, apa sahaja lauk pauk yang dimasak mesti di dalamnya dirampaikan dengan sayur atau ulam-ulaman. Terutamanya dalam Gulai Lemak Cili Padi atau rendangnya, sebab tu di keliling rumah mak penuh dengan pokok ulam-ulaman, paling tidak pucuk ubi,” ujar Elizad bila bulan puasa suka masak Rendang Campur (campuran pelbagai organ dalaman) Rendang Ayam Tua Campur  Pucuk Ubi,  Masak Lemak Cili Padi dan Kuah Kacang Campur Paru yang dimakan dengan Nasi Impit.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.

Selain lauk pauk, Elizad juga suka manisan seperti Serawa Durian Dengan Sagu, Tepung Pelita dan Murtabak Daging.  Sebab itulah dia begitu teruja dan seronok bila dijemput untuk bergandingan dengan Chef Wan dalam Program Rasa Nostalgia Ramadan. Untuk episod ini Chef Wan menyediakan dia menu kegemarannya iaitu Gulai Lemak Cili Padi Daging Bersama Pucuk Ubi Kayu dan  Serawa Durian Bersama Sagu. Korang yang ingin mencuba resipi masakan yang disediakan oleh Chef Wan dengan Siti Elizad, RASA kongsikan di sini.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.

IKLAN

GULAI LEMAK DAGING CILI PADI & PUCUK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 1 ikat pucuk ubi| ambil daun muda sahaja
  • 2 batang serai | titik
  • 1 helai daun kunyit |siat-siatkan
  • 500ml santan pekat
  • 500ml santan cair
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 30 biji cili padi
  • 4cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan cair dalam periuk bersama daging dan serai. Renehkan atas dapur.
  2. Setelah mereneh, masukkan bahan kisar, kacau dan biarkan mereneh hingga daging empuk.
  3. Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan seketika kemudian masukkan pucuk ubi kayu.
  4. Kecilkan api dan terus kacau, bila pucuk ubi layu, masukkan belimbing buluh dan daun kunyit.
  5. Perasakan dengan garam, secukup rasa dan biarkan mereneh lebih kurang 3-4 minit.
  6. Tutup api, gulai sedia dihidangkan.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.

IKLAN

SERAWA DURIAN RSAMA SAGU HALUS

BAHAN-BAHAN:                    

  • 10 ulas durian segar
  • 2 helai daun pandan
  • 50gm sagu mata ikan
  • 1 keping gula Melaka
  • Sedikit gula pasir | jika suka
  • 500ml santan pekat
  • 100ml susu cair | jika suka
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  1. Cuci sagu mata ikan di bawah air mengalir, kemudian toskan.
  2. Sementara itu masukkan santan, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk.
  3. Didihkan hingga gula Melaka cair, masukkan durian, gaul rata .
  4. 4 Terus renehkan dan masukkan sagu dan sentiasa kacau perlahan di atas api sederhana.
  5. Jika kurang manis boleh tambahkan sedikit gula pasir dan secubit garam.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Siti Elizad Rindu Air Tangan Arwah Ibu Bila Imbau Nostalgia Ramadan.

IKLAN

JANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BERSAMA CHEF WAN DAN ARTIS UNDANGANNYA YANG LAIN.

Antara selebriti undangan yang memeriahkan program ini ialah Erra Fazira, Ummi Aida, Amy Mastura, Rozita Che Wan, Noorkumalasari, Abam Bocey, Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Siti Nordiana dan ramai lagi.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI