Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga jenis tumis.
Singgang tumis ini lebih beraroma kerana ditumis terlebih dulu. Pastikan kuahnya dibuat lebih kerana lauk ini sedap dimakan dengan kuah melimpah agar mudah dihirup.
Resipi Singgang Tumis Ikan Selar
Bahan-bahan
4 ekor ikan selar (ikan kembong atau pelaling pun paling sedap)
Garam secukupnya (untuk gaul ikan)
2 biji bawang besar -dihiris
5-6 ulas bawang putih -dihiris
2 inci halia -dihiris
Cili merah besar (kalau nak pedas, boleh guna cili padi)
2 batang serai -dititik
Asam keping (ikut tahap masam yang diingini)
Tomato – dibelah 2
Belacan sebesar hujung ibu jari -dihancurkan)
Serbuk kunyit
Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan hiris dan serai hingga keperangan dan naik bau wangi.
2.Masukkan air ikut berapa banyak kuah yang korang nak, biar mendidih.
3.Tambah serbuk kunyit, asam keping dan belacan yang dah dihancurkan, kacau rata sampai warna kuning kunyit cantik sekata.
4.Masukkan ikan dan tomato, tambah garam dan secubit ajinomoto secukup rasa. Kecilkan api.
5. Jangan masak ikan lama sangat, cukup 4-5 minit saja kemudian padam api.
Ikan goreng garing saja pun tapi boleh jadi lauk yang cukup enak kalau dalamnya juicy tak keras. Makan dengan nasi panas dan kicap saja pun dah cukup sedap.
Tapi untuk dapat hasil ikan goreng yang begini memang ada tekniknya terutama Ketika menggoreng. Dikongsi oleh Ben Safwan boleh gunakan tip ini ya.
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan sedikit garam.
2. Panaskan minyak, sebaiknya minyak banyak kemudian masukkan ikan.
3. Gunakan api sederhana, goreng ikan 6-7 minit sebelum terbalikkan. Jika ikan sudah boleh dibalikkan tanpa tertanggal kulit bermakna ikan sudah masak. Goreng 3-4 minit lagi untuk bahagian sebelah lagi. Kemudian bolehlah diangkat dan tos minyak.
4. Lagi sedap jika ikan goreng ini dihidangkan panas-panas. Boleh makan dengan nasi dan diratah.
Info: Ikan ini memang hanya digaul dengan garam tanpa kunyit. Lebih asli rasanya.
Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.
Bagi memastikan ikan tak melekat, minyak hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Agak-agak sedikit berasap barulah dimasukkan ikan.
Lauk Singgang tidak boleh dipisahkan dengan orang Terengganu. Ada beberapa jenis singgang yang popular di Terengganu.
Lauk singgang, memang resipi yang paling mudah dimasak dan cepat siap. Sesuai buat mak-mak yang inginkan menyediakan lauk simple tapi sedap hingga menjilat jari.
Koleksi resipi singgang pelbagai jenis yang dikongsikan Muliadi Ramli ini, lagi sedap dimakan dengan budu. Memang padu habis!
*Untuk resipi ini, terdapat perbezaan bahan sedikit sebanyak mengikut daerah dan kawasan ye.
SINGGANG IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
Ikan aya hitam (tuna) 2 biji bawang merah | mayang – beli online di sini 2 ulas bawang putih | mayang –beli online di sini 1 inci lengkuas | ketuk 1 inci kunyit hidup | potong (kalau nak bagi nampak kuning, boleh letak sedikit serbuk kunyit) Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) Bendi (optional) Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan ikan, bendi dan cili. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. 3. Tutup periuk selama 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong segar (dibuang kulitnya & dibersihkan. Kalau dapat sotong bertelur lagi sedap) 2 biji bawang merah | mayang* 2 ulas bawang merah | mayang* 1 inci lengkuas | ketuk* 1 inci kunyit hidup | potong* Cili burung (letak lebih kalau nak pedas) 2 batang serai* Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping* Lada hitam (optional)* Halia (optional)*
1. Masukkan air dalam periuk. 2. Masukkan bahan bertanda *. 3. Bila air dah mendidih, masukkan sotong dan cili. Kacau sekejap. 4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. 5. Tutup periuk selama 5 minit dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.
SINGGANG TELUR IKAN
BAHAN-BAHAN:
500gm telur ikan aya @ tenggiri 2 biji bawang merah | mayang 2 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | potong nipis 1 sudu kecil lada hitam (letak banyak pun tak apa, tumbuk sikit bagi pecah-pecah) 1 inci kunyit hidup | potong nipis Cili burung Bendi Garam & gula secukupnya Serbuk perasa 3 asam keping 1 biji tomato | potong 6 2 batang serai | diketuk
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air dalam periuk. Kemudian masukkan semua bahan. 2. Bila air mendidih, masukkan telur ikan, sayur bendi, tomato dan cili. 3. Jangan lupa masukkan garam dan perasa. Tutup periuk 5 ke 8 minit. Siap untuk dihidangkan. *resipi lain tempat mungkin beza sikit bahan-bahannya.
SINGGANG DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1.3kg daging cincang & tulang | basuh bersih & boleh basuh dengan tepung gandum. Tos & ketepikan 5 biji bawang merah | mayang 3 ulas bawang putih | mayang 2 inci lengkuas | hiris nipis 1 inci kunyit hidup | hiris nipis 1 sudu besar lada hitam | tumbuk kasar 1 sudu besar biji ketumbar | disangai & ditumbuk kasar 1 sudu kecil jintan manis | disangai & tumbuk kasar 2 batang serai | diketuk 6 asam keping (kalau suka masam, letak lebih) 10 biji cili thai 5 tangkai lada kering | dibuang biji & dipotong Bawang holland | potong 6 untuk hiasan Bawang goreng Garam & gula secukupnya Serbuk perasa
1. Saya gunakan pressure cooker, jadi kerja memasak agak mudah. Masukkan daging dan semua bahan ke dalam periuk tekanan, kecuali cili thai, bawang holland dan bawang goreng. 2. Masak selama 15 ke 20 minit. Gunakan mode stir fry. 3. Masukkan cili, bawang holland, bawang goreng, garam, gula dan perasa. Siap.
SINGGANG PEDAS KERISI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kerisi | disiang & dibersihkan Gula melaka sebesar ibu jari 3 asam keping 6 biji bendi 1 ikat daun kesom 1 biji tomato | potong 6 Air asam jawa Garam & gula Serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup Sedikit belacan (optional) 2 biji cili besar 12 biji cili padi (suka pedas, boleh tambah) 1 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan kisar halus dan serai, kacau. 2. Tunggu hingga mendidih. Masukkan asam keping dan gula melaka. Kacau sekejap. 3. Masukkan ikan kerisi, sayur bendi, daun kesom dan tomato. 4. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa.Tutup periuk selama 8 ke 10 minit. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.
Sajian makanan bujang, tapi semestinya hanya nasi, ayam goreng, sambal belacan dan sup kosong sahaja. Ada pelbagai lagi menu yang mudah, sedap dan cepat dimasak yang boleh dicuba. Ringkas namun menyelerakan. Malah kos untuk menghasilkannya juga tidak mahal serta masih lagi dalam bajet. Paling penting, harus bijak dalam mengolahnya. Istimewa buat semua sempena ulang tahun ke 20, RASA kongsikan koleksi resipi mudah, sedap dan ringkas yang boleh dimasak oleh si bujang. Anda yang sudah berkeluarga juga boleh mencubanya.
1. AYAM GORENG BBQ
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
2. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
4. Sedia untuk dihidangkan.
2. LALA GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
3. Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
4. Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
5. Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Ok, resipi bujang, resipi bujang jugak. Tapi, sampai bila nak membujang? Pasti kita teringin nak merasa dihargai 💐 dengan hidangan istimewa 🥘 dari yang tercinta 💕. Kita pun nak mencintai dengan menghidangkan si buah hati dengan air tangan kita, kan?
So, bagi yang ingin menamatkan zaman bujang, jom belajar ilmu jemput jodoh 💘 supaya tak forever layan masakan bujang. Daftar segera di laman toko.ideaktiv.com di sini:
Ok, jom kita sambung layan resipi-resipi bujang yang sedap dan bajet ni!
3. TAUHU SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan belacan, kacau hingga naik baunya.
3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
4. Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.
4. SOSEJ SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2inci.
2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai, masak sehingga sosej tu kembang.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.
5. SUP AYAM HURU HARA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan tulang ayam sekali, gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
3. Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.
6. TELUR DADAR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak. Masukkan kulit tembikai putih yang telah dipotong kiub, tumis hingga lembut.
2. Masukkan kentang yang telah dipotong kecil, gaul bersama kulit tembikai tadi singga lembut. Matikan api dan biarkan ia sejuk seketika. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk, pukul telur dan masukkan garam, susu, lada hitam,tepung gandum dan daun ketumbar, pukul hingga rata bahan-bahan tadi. Setelah itu masukkan kentang dan kulit tembikai tadi yang telah disejukkan, kacau perlahan-lahan sehingga rata.
4. Panaskan kuali, letak mentega dan minyak sedikit. Masukkan telur tadi, kacau dengan perlahan-lahan dengan api perlahan. Kacau kira-kira dua minit dan apabila mengeras, bentukkan ia bulat mengikut saiz yang dikehendaki. Setelah itu terbalikkan sehingga ia masak dalam 10 minit.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu pedas.
2. Panaskan periuk, masuk sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masuk air kira-kira 300ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masuk kentang dan setelah kentang sedikit lembut, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, mati akan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Info chef: Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.
8. NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus, masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
3. Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
4. Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.
Info chef: Untuk menjimatkan kos, telur putih yang diasingkan tadi boleh buat telur dadar.
9. TELUR GORENG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng satu persatu telur menjadi telur mata kerbau. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar yang telah dihiris bersama bawang putih. Tumis hingga terbit bau. Masukkan kulit kayu manis, diikuti kicap lemak masin bersama kicap masin dan sedikit sos tiram.
3. Masukkan cili padi dan hirisan cili merah, tuang sedikit air untuk mengelakkan ia terlalu pekat. Kacau, biarkan sedikit mendidih.
4. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.
10. IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi, bersama cili giling. Masak hingga pekat dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis tadi. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan petai dan gaul seketika dan matikan api. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Boleh goreng bilis dahulu secara berasingan jika mahu bilis lebih rangup dimakan.
11. PASTA OLIO SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, masukkan lala bersama bawang putih, goreng sampai masak.
2. Masukkan hirisan cili padi dan pasta yang telah direbus, diikuti stok udang. Gaul sekata dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tabur cincangan daun ketumbar.
3. Matikan api tadi dan terus masukkan mentega, biarkan ia cair di dalam pasta tadi.
4. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah seafood lain seperti udang.
12. IKAN SELAR MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, belacan, kunyit hidup dan cili merah. Ketepikan.
2. Masuk air ke dalam periuk, biar sampai mendidih. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, kacau rata. Masukkan asam keping, daun kunyit dan hirisan nanas. Letak garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan ikan selar dan daun kesum. Biar mereneh seketika dan tutup api.
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
13. NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan. Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
2. Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
3. Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.
Info chef: Belacan boleh dibakar dahulu untuk lebih aroma.
14. CENDAWAN & UDANG MASAK MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega ke dalam kuali dan masukkan bawang putih serta cendawan. Kacau hingga sedikit masak, kemudian masukkan udang. Gaul sekata.
2.Masukkan hirisan daun bawang dan cili merah serta sos tiram dan sos ikan secukupnya. Kacau sekata.
3. Angkat, hiasi dengan hirisan lemon dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu rasa lebih pedas menyengat.
15. IKAN SARDIN BERLADA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi. Ketepikan.
2. Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing.
4. Angkat dan tuangkan kuah di atas ikan, sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
16. BIHUN SINGAPURA DENGAN KIMCHI
BAHAN-BAHAN BIHUN:
BAHAN KIMCHI:
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat kimchi kubis; potong kubis dalam 4 atau 5 inci, cuci dengan air garam dan tapiskan.
2. Ambil bekas, masukkan cili boh, cuka, jeruk halia, gula perang, dan daun kucai, gaul bagi rata. Msukkan kubis tadi dan tutup rapat, perap dalam 2 hari. Ketepikan.
3. Untuk membuat bihun; rendam mihun dengan air suam dalam 45 minit, selepas itu tos. Ketepikan.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang dicincang hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dihiris dan yang telah diketuk.
5. Kemudian masukkan telur. Jangan terlalu kering dan biar nampak basah sedikit.
6. Masukkan mihun, sos ikan, serbuk lada putih dan kacau sekata. Masukkan daun bawang yang telah dipotong kecil dengan bawang goreng.
7. Sedia dihidangkan bersama kimchi kubis.
Info chef: Cuka beras lebih kuat rasanya. Boleh ganti dengan cuka biasa jika mahu.
17. SAMBAL DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan daging tadi.
2. Masukkan bahan yang telah dicincang, gaul hingga rata dan masukkan air.
3. Masukkan cili sos, tomato sos, serbuk sos perang, dan kicap lemak masin. Gaul hingga pekat dan matikan api.
4. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu tambah garam.
18. IKAN BAWAL MASAK PERCIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit. Ketepikan.
2. Masak semua bahan kisar hingga terbit bau. Masukkan serai yang diketuk dan juga santan. Kacau sebati sehingga terbit minyak dan pekat. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tutup api.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang pekat tadi.
4. Setelah ikan masak, angkat dan hidangkan bersama hirisan daun kunyit tadi.
19. TELUR MASAK PAPRIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
3. Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
4. Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
5. Angkat dan sedia dinikmati.
EKSTRA!
20. TELUR GULUNG KOBIS CINA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Rebus kubis, angkat dan terus rendam di dalam air yang berisi ais batu dan tapiskan. Ketepikan.
2. Pukul telur dan masukkan cili padi, bawang merah, cuka, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.
3. Masukkan minyak di dalam kuali, tuang campuran telur tadi, kecilkan api, kacau dan gulung telur itu perlahan hingga masak. Matikan api dan sejukkan telur tadi. Ketepikan.
4. Bentangkan daun kubis yang telah digoreng, letak gulungan telur di tengah-tengahnya dan gulung telur itu bersama kubis tadi. Potong dan hidangkan bersama sambal lada.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Dubai Chewy Chocolate ialah pencuci mulut viral yang menggabungkan coklat premium, inti pistachio dan tekstur kenyal yang unik. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk menghasilkan versi terbaik di rumah.