Sering Ditanya Anak Kenapa Suka Hias Makanan, Ini Jawapan Memey

Share

Suka melihatkan kehidupan isteri kepada pelakon Norman Hakim ini. Melalui perkongsiannya dalam akaun instagram, Memey Suhaiza seringkali memperlihatkan hidangan-hidangan yang menggiurkan.

Mungkin menu yang dimasak adalah biasa tetapi ‘presentation’ tu sangatlah menarik perhatian. Membuatkan sesiapa yang melihat pasti tertarik.

Menurut Memey, anaknya Awishz ada bertanya kepadanya kenapa dia seringkali menghias makanan dengan cantik-cantik.

Kata Memey, perkara itu membuatkan dia seronok kerana tengok suami teruja bila nampak makanan yang dihidang.

“Norman makan penuh semangat dan akan cakap terima kasih banyak kali dekat saya.

“Jujur, terima kasih untuk mak. Dari kecil sampai sekarang, nampak mak sentiasa seronok tiap kali masak dan hidang untuk abah. Mesti mak akan hidang cantik-cantik untuk abah. Jadi saya buat je benda yang sama macam mak buat,” kata Memey.

Jom kita tengok masakan Memey di dalam video ini:

Kredit: Instagram Memey Suhaiza

Sementara itu, untuk anda yang ingin memasak makanan sihat, demi menjaga kesihatan, kami kongsikan lima menu sihat untuk seminggu.

Resipi yang kami kongsikan ini bebas dari santan dan minyak. Selamat mencuba!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN