Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
Ads
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari menu mudah untuk disediakan. Bak kata empunya resipi campak-campak siap. Rasanya pun sedap dan cukup menyelerakan.
Bagi yang suka ikan tenggiri ini antara salah satu menu yang boleh anda buat untuk ikan kegemaran anda. Nak tukar ikan lain pun boleh juga tapi cara masaknya tetap sama.
Buat lauk makan tengah hari atau makan malam ni memang membangkitkan selera. Bolehlah cuba nanti!
Ikan Tenggiri Masak Cuka Berkari
BAHAN-BAHAN
3 keping isi ikan tenggiri – gaul garam kunyit dan goreng
2 biji bawang besar – hiris dan belah 6
2 inci halia
1 sudu halba campur
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang putih – diketuk
5 biji cili padi
2-3 sudu cuka makan
1 cawan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN:
Perap ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, halba dan daun kari.
Tumis sampai kekuningan dan terbit bau.
Kemudian masukkan cuka makan. Kacau sebati.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan, bawang besar yang dibelah 6, bawang putih yang diketuk dan cili padi. Kacau sebati.
Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati dan biarkan seketika.
Aroma dan rasa dari akar ketumbar membangkitkan keenakan menu ni. Kalau tak suka daun ketumbar tu boleh skip tak payah letak. Ikan goreng garam dengan kunyit macam biasa. Mudah kan. Nah jom buat untuk menu tengahari ni.
Bahan-bahan:
2-3 tangkai cili hidup merah
1-2 tangkai cili hidup hijau
2 biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
6-7 tangkai cili api
2 akar ketumbar
sedikit air
minyak bekas goreng ikan
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai
1-2 sudu besar sos tiram -BELI ONLINE DI SINI
1-2 sudu besar sos tomato -BELI ONLINE DI SINI
1-2 sudu besar sos ikan
4-5 helai daun limau purut
1 biji tomato (potong 4)
ikan yang telah digoreng
Cara memasak
1.Kisar cili merah, cili hijau,bawang merah, bawang putih, cili api dan akar ketumbar sehingga halus.
2.Panaskan kuali , masukkan bawang besar dan serai.Biar sampai kekuningan kemudian masukkan bahan yang sudah dikisar.
3.Masak hingga cili masak , kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan sos ikan. Biarkan masak seketika.
4.Masukkan daun limau purut dan tomato.
5.Masukkan ikan goreng ke dalam kuali tadi dan gaul rata. Siap untuk dihidang.
Kredit :@syedmunawwar
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI
Korang pernah tak tiba-tiba rindu sesangat nak makan masakan air tangan ibu. Tidak ada yang lebih sedap selain dari air tangan ibu, walaupun hanya sambal dan singgang ikan. Jika memori ini mengusik perasaan, apa kata anda cuba masak masakan ibu yang menjadi kegemaran anda. Atau boleh saja cuba menu yang dikongsikan oleh chef Sue Arukin yang diwarisi dari bondanya tercinta.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
4 keping asam gelugor
1 batang serai | titik
3 cawan air
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji cili merah
5 biji lada hitam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas muda
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
Didihkan hingga mereneh.
Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500ml santan cair
8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
10 biji cili padi hijau
2 inci kunyit hidup
2 batang serai | ketuk
1 sudu teh garam kasar
Lada sulah, gula dan garam halus secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
Didihkan dengan api yang sederhana.
Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
Gulai sedia dihidangkan.
KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
150gram tauge | celur
1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
3 biji cili merah
5 bij cilipadi
3 ulas bawang merah | bakar
2 ulas bawang putih | bakar
1 inci belacan | bakar
1 inci ubi cekur | bakar
Perahan limau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
Kerabu sedia dihidangkan.
MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
500ml santan cair
300ml santan pekat
1/2 biji labu saiz sederhana | bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
1 labu bawang besar | mayang halus
1 batang serai | titik
½ cawan ikan bilis | bersihkan
2 biji cili merah | hiris halus
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN;
300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
1/2 cawan ikan bilis
3 tangkai cili kering | potong kecil
1 biji cili merah | hiris
1 labu bawang besar | mayang halus
4 ulas bawang putih | hiris halus
1 sudu teh serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali panaskan minyak masak.
Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.