Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba pada 31 Ogos ini, pusat membeli-belah terkenal, Pavilion Bukit Jalil mengajak rakyat Malaysia meraikan bersama keluarga tercinta di sini.
Sukakan makanan local Malaysia sambil melayan memori dulu-dulu? Boleh singgah di restoran Seniman yang menghidangkan hidangan seperti Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Kunyit Palembang, Sotong Sambal Tumis, Nasi Minyak Pengantin, Teh Tarik Terbalik dan banyak lagi!
Tidak dilupakan kudap-kudapan seperti Karipuf Cantik Molek, Keropok Lesong Kepayang dan Cucur Bilis Si Tanggang.
Tidak mahu menu yang terlalu berat tetapi masih mampu untuk alas perut? Boleh cuba menu menarik yang ada di Teh Tarik Place. Hidangan seperti Pandan Seafood, Pandan Chicken, Pepes Ikan dan Otak-Otak Ikan sangat sedap ye!
Ads
Makan-makan sudah, jom kita basahkan tekak dengan hidangan ais kacang! Boleh singgah di Kwong Wah Ais Kacang. Lengkap dengan pelbagai menu menarik.
Ads
Mencari buah tangan atau ole-ole sesuai dengan tema kemerdekaan? Jangan risau, butik duluKINI adalah tempat yang paling sesuai! Pelbagai produk yang berasaskan batik, rotan, buluh dan juga permainan tradisional seperti gasing, sepak takraw, congkak dan batu seremban ada di sini.
Sudah berbelanja, jom menang hadiah pula! Syaratnya, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 untuk memenangi e-baucar bernilai RM30.
Ads
Nak menang hadiah lagi besar? Jom sertai peraduan cabutan bertuah ‘Belanja & Menang’. Caranya, belanja RM100 di dalam satu resit dan muat naik gambar resit di aplikasi MySales Tracker. Manalah tahu rezeki terpijak dapat menang kereta Proton X50!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.pavilion-bukitjalil.com atau di Facebook, Instagram Pavilion Bukit Jalil.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dapur yang cantik semestinya menjadi Impian ramai. Ia ibarat ‘spot’ kegemaran bagi mak-mak untuk berkarya dan juga ruang rehat melepaskan lelah dengan menikmati secangkir kopi.
Sehari dua ini kecoh di media social mengenai seorang pempengaruh yang tinggal di rumah PPR. Beliau menerima kecaman ramai dek kerana dikatakan tidak layak tinggal di rumah tersebut sedangkan beliau layak untuk memiliki rumah yang lebih mahal. Usah membangkitkan hal tersebut, pasti ada sebab disebalik kelayakan beliau untuk memiliki rumah tersebut. Jom kita lihat, sudut lain pada influencer ini yang boleh kita tiru.
Syamimi atau lebih dikenali sebagai @syamimia di akaun tiktok, adalah seorang influencer yang sedang meningkat naik dan dikenali ramai menerusi content-content yang dihasilkan di media social berkenaan.
Selain deko rumah dan peralatan dapur yang digunakan kelihatan cantik dan mewah, yang menarik minat ramai untuk menonton video-video yang dihasilkan ialah aneka resipi yang dikongsi.
Resipi-resipi yang dikongsi semuanya adalah resipi harian yang mudah, sedap dan sesuai dihidangkan buat suami dan anak-anak. Mudah dan tidak menggunakan bahan yang pelik-pelik pun.
Ralit melihat Syamimi masak, peralatan yang digunakan juga lawa-lawa. Semuanya berkonsepkan warna putih. Wahhh… Bagi anda yang sedang mencari-cari konsep untuk dapur, bolehlah tiru idea dari Syamimi ni. Nampak sangat kemas dan menyenangkan mata memandang.
Pemilihan perabut dan kelengkapan dapur yang bersesuaian, memainkan peranan penting. Jika kena susun aturnya, barang murah pun kelihatan mahal. Paling penting, kena rajin mengemas dan sentiasa bersih. Tengoklah Syamimi ni, lepas siap memasak, terus kemas dapur supaya bersih. Suaminya juga turut membantu.
Masih mood raya ✨ Sambil saya cuci dapur, korang boleh cuci mata tengok backsplash dapur saya. Yang tu saya beli dekat @Jubin Cantik #fyp#cleantok
Diakui rumahnya memang cantik dan kemas. Menurut beliau rumah itu beliau deko sendiri bersama suami termasuklah cat, pasang lantai, susun atur dan bermacam-macam lagi. Hampir semuanya DIY.
Ramai yang suka tonton video Syamimi ni sebab beliau seorang yang ‘genuine’ dan humble. Tutur katanya juga lembut dan teratur. Kerajinan beliau dalam mengemas rumah memang menjadi inspirasi ramai.
Jom tonton video-video masakan @syamimia ni. Moga terus memberi inspirasi buat orang ramai.
Mee Hong Kong ♡ Bahan-bahan: • mee kuning (1 paket) • udang • ayam • 5 biji bawang merah dan bawang putih (dikisar) • bunga kantan (1 kuntum) • daun kesum • sos tiram, kicap cair, kicap manis (5 sudu besar) • sos ikan (1 sudu besar) • park choy #fyp#bukapuasa#inspirasiramadan
Sejak beberapa hari lalu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menyediakan sajian makanan untuk para petugas kesihatan.
Keprihatinan baginda terhadap para ‘frontliners’ yang bersengkang mata dan mengerahkan tenaga dalam merawat pesakit Covid-19 sememangnya sangat menyentuh hati rakyat.
Terdahulu, Raja Permaisuri Agong telah menyediakan ‘food pack’ untuk para petugas di Hospital Sungai Buloh, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan ( CPRC) dan Hospital Kuala Lumpur ( HKL).
Hari ini baginda telah menyediakan sajian buat para petugas di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) pula.
Antara menu istimewa hari ini adalah Kurma Telur, Ayam Masak Kerutup dan Kubis Masak Lemak. Hmm..Nampak sedap air tangan Tuanku ni.
Moga sajian-sajian ini menyuntik tenaga dan semangat untuk para doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan wabak Covid-19 ni.
Ayuh sama-sama ikuti Perintah Kawalan Pergerakan ini dan bantu para petugas hospital dalam membendung penularan virus Covid-9 di negara ini.
Pemenang “The Great British Bake Off” telah dinobatkan sebagai model peranan Islam semalam selepas memenangi pertandingan program realiti masakan popular, The Great British Bake Off. Nadiya Jamir Hussain, seorang ibu beranak tiga berusia 30 tahun tiga dari utara Leeds, terselamat selama 11 minggu dari penyingkiran. Nadiya mengagumkan para juri dengan pelbagai ciptaan seni masakannya.
Nadiya memikat para penonton dengan pelbagai ekpresi wajahnya dan menjadi pilihan mereka untuk menjuarai pertandingan itu. Dianggarkan sebayak 14 juta penonton menyaksikan pertarungan akhir “The Great British Bake Off”.
Persatuan Islam Britain melihat Nadiya sebagai inspirasi kepada komuniti Islam di negara itu terutamanya kaum wanita. Nadiya mengaku yang dia juga berasa sangsi akan kebolehannya serta penerimaan orang kerana imejnya yang berhijab. Ketika dinobatkan sebagai pemenang, dia berkata yang tidak akan sesekali meragui dirinya lagi. Sebelum menyertai pertandingan ini, Nadiya hanyalah seorang suri rumah dan sekarang suah bersedia untuk merebut lebih banyak peluang dam bidang masakan. Pemenang-pemenang musim lepas sudah membina kerjaya serta menulis buku masakan dan terlibat dalam penulisan ruangan akhbar. Kepada Nadiya Jamir Hussain, tahniah RASA ucapkan!
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.