Nasi Goreng Pattaya. Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng yang dibungkus bersama telur dan kemudiannya diletakkan sos cili. Ringkas sahaja. Namun jika dibeli, ada kalanya rasa kena dengan selera dan begitulah juga sebaliknya. Menerusi perkongsian saudara Wan LuQman, beliau berkongsi resipi Nasi Goreng Pattaya versi istimewa. Nampak sedap dan menyelerakan. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK NASI GORENG PATTAYA SPECIAL
BAHAN-BAHAN: Nasi goreng – boleh guna apa sahaja resipi nasi goreng kegemaran Telur 200gm daging – hiris nipis Hirisan halia & cili merah Sedikit hirisan bawang Holland – beli online disini 1-2 ulas bawang putih – diketuk Cili padi – diketuk 2 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos nampla / sos ikan – beli online disini Secubit lada hitam – beli online disini Lobak merah secukupnya Sedikit gula Bancuhan air tepung jagung
CARA MEMASAK: 1.Masak nasi goreng terlebih dahulu. Sediakan nasi goreng biasa sudah cukup janji sedap. Jika buat nasi terlalu istimewa dan banyak lauk, nanti susah untuk dibungkus. (resipi nasi goreng empunya resipi cukup ringkas: tumis bawang dan cili kisar. Masukkan kicap manis, garam, gula, nasi sejuk dan sedikit daun sup. Goreng rata)
2. Bila nasi goreng telah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian masak telur dan bungkus nasi goreng tadi dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing. Ketepikan.
3. Untuk menyediakan Daging Masak Halia, tumis bawang putih, lobak merah dan cili. Boleh tambah hirisan lada benggala jika ada. Jika anda guna daging yang lambat empuk, sebaiknya tumis daging bersama bawang putih terlebih dahulu supaya lembut.
4. Kemudian masukkan hirisan daging dan halia. Pastikan daging dihiris nipis.
Ads
5. Tambahkan secubit serbuk lada hitam.
6. Masukkan juga sos nampla @ sos ikan dan juga sos tiram.
7. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.
Ads
8. Masukkan sedikit sahaja air untuk mendapatkan kuah.
9. Boleh tambah perasa ini jika suka.
10. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland. Gaul rata dan siap untuk dihidang.
11. Tuang Daging Masak Halia diatas bungkusan Nasi Goreng dan hiaskan dengan bawang goreng serta daun sup.
Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
180gram makaroni – rebus al-dente
200ml Fernleaf Susu UHT
250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
100gram Anchor Salted Butter
200ml Anchor Cooking Cream
300gram daging – rebus dan siat-siat halus
2 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
Masak gulai kari ni, kalau tak betul-betul cara dan ramuan, keenakkannya tak akan terasa. Jadi buat yang kurang mahir dan nak kari anda cantik kejadiannya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen ni. Tip untuk kari supaya pecah minyak dan cantik, selepas masukkan santan, biarkan mendidih dan tutup api. Selepas 5 hingga 10 minit barulah digaul perlahan-lahan. Tip yang sama boleh dipakai untuk masak kari ayam dan daging. Selamat mencuba.
Kari / Gulai Ikan Merah Bahan-bahan:
1 sudu besar halba campur
3 tangkai daun kari
4 biji bawang merah kecil – dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1 inci halis dihiris
Rempah Kari Ikan – 1 Peket
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil pes asam jawa
1 kotak santan
10 batang bendi
Garam & Mushroom Seasoning secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dalam tiga sudu besar.
2.Tumis halba campur dan daun kari.
3.Masuk bahan-bahan yang dihiris, tumis sehingga naik bau.
4.Masukkan rempah kari dan serbuk cili.
5.Masuk air setengah cawan.
6.Masuk pes asam jawa dan air lagi setengah cawan.
7.Ulang langkah yang sama sebanyak lima kali ( rempah garing masuk air , sehingga rempah kari betul-betul pecah minyak )
8.Dah pecah minyak, masuk air dalam 2 cawan , biarkan mendidih kemudian masukkan ikan , masuk santan – biarkan ( jangan dikacau ) , masuk bendi .
9.Bila mendidih, tutup api , biarkan selama 5-10 minit , barulah dikacau perlahan-lahan.
10.Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukup rasa.
Kredit: Yatiekitchen
Sesipa yang melihatnya pasti terliur, mana tidaknya coklat crispy cake ni sangat menarik untuk di makan. Bukan sahaja akan menjadi kesukaan anak-anak tetapi ibu bapa pun pasti tumpang makan sekali! Bahannya ringkas dan senang untuk dibuat. Mereka yang diet dilarang sama sekali duduk bersama ketika yang lain sedang menikmatinya. Selamat mencuba!
RESIPI CRISPY CAKE / MARS BARS
BAHAN-BAHAN:
10 mars bar (sy guna yg 18g) dia ada jugak yg 52g and 36g so kalau guna yg 36g guna 3/4 aje
150g butter
1 kotak rice krispie Kellogs
400g chocolate (sy guna dark compounds beryls)
CARA MEMASAK:
Potong dulu mars bar ni kecik2. Time ni konpem ada 1, 2 hilang masuk ke dlm mulut hahaha. Konpem
Campurkan mars bar dan butter. Cairkan. Guna kaedah double boiler
Bia jadi macam ni. Memang akan berketul2 tapi takpe teruskan kacau sebab dia akan cair semuanya nanti
Sejukkan. Masa sejukkan ni boleh kacau lagi biar tak berketul2. Kena sejukkan dulu sebab kalau masukkan yang panas ke dalam rice krispies nanti tak crunchy dah krispies tu.
Masukkan ke dalam rice krispies
Guna mangkuk besar supaya senang nak kacau. Kacau sampai rata.
Masukkan dalam tray atau apa sahaja bekas yang kamu nak guna dan lapik guna foil atau baking paper sebab bila dah sejuk nanti senang nak angkat dan potong.
Rapat-rapatkan dan kedap-kedapkan rice krispies tu ye biar jadi seperti ni, kena rapatkan sebab nanti bila potong dia jadi rongak dan akan berterabur nanti kalau tak rapat.
Cairkan coklat. Double boiler jugak macam tadi.
Masukkan dalam rice krispies tu.
Sampai jadi macam ni. Masa ni da boleh potong sebab dah sejuk nanti senang sikit nak potong betul2. Masukkan dalam peti.
Tadaaaaa…dah sejuk dah keras dah boleh makan. Sedap giler!
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!