Bila tiba hidangan minum petang, sekali sekala nak juga merasa menu ala western kan. Jika teringin, boleh cuba resipi puff pastry inti kastard campur kaya ini.
Memang terasa creamynya dan lagi sedap bila intinya disejukkan. Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, sesuai untuk makan bersama keluarga di taman.
Hidangan ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu kerana cepat disediakan, sedap dan mudah.
PUFF PASTRY INTI KASTARD & KAYA
BAHAN UNTUK INTI:
300g susu full cream 30g tepung kastard – beli online di sini 1 sudu besar esen creamy vanilla 1 sudu kecil esen french vanilla 2 sudu besar kaya (saya guna Seri Kaya Sunstar) Gula perang secukup rasa Secubit garam 300g non-dairy whipping cream
BAHAN LAIN:
2 pek kecil puff pastry (dipotong kecil, kemudian disusun di atas loyang dan dibiarkan lembut dahulu, baru dibakar dengan suhu 180-200c sehingga berwarna keperang-perangan)
Ads
Dapatkan Coowin Detachable Marble Cookware Setdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan untuk inti kecuali non-dairy whipping cream ke dalam periuk.
2. Kacau dengan sebati kemudian buka api secara sederhana dan masak sehingga pekat. Sentiasa kacau bahan-bahan agar tidak berketul.
3. Setelah adunan likat dan tampak berkilat, matikan api serta dibiarkan sehingga sejuk dengan suhu bilik atau masukkan ke dalam peti sejuk (chiller).
4. Pukul non-dairy whipping cream sehingga kental atau gebu.
Ads
5. Masukkan bahan-bahan inti yang telah sejuk sebentar tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan inti yang telah siap ke dalam piping bag (beg pastri) dan picitkan inti ke atas puff yang telah dibakar.
Bagi penggemar sajian bergoreng dan bercili, sajian Sambal Belado Bilis Terung & Kentang ini tentunya sangat patut untuk anda cuba. Lauknya sangat mudah disediakan namun rasanya begitu sedap. Saudari Siti Nornaim Kengkongsikan resipinya. Jom cuba! Pasti tidak menyesal. Sekali cuba, berkali-kali akan ulang makan. Memang puas hati.
BAHAN KISAR KASAR: Bawang putih – beli online disini Bawang merah – beli online disini Cili api merah Cili besar Belacan – beli online disini (jumlahnya bergantung pada jumlah bilis, kentang dan terung yang digunakan)
1. Goreng ikan bilis, ubi kentang, terung dan tempe tanpa menggunakan kunyit. Goreng secara berasingan. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
3. Perasakan dengan garam, gula dengan secukupnya dan hirisan bawang. Gaul sebati.
4. Bila bahan tumisan nampak sempurna, masukkan kesemua bahan-bahan yang digoreng di awal tadi. 5. Gaul sebati hingga bergaul rata dan sebati dengan sambalnya. 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi panas.
2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.
INTI DAGING
(sukatan untuk 500gm tepung gandum)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang besar | dicincang – beli online di sini 1 cawan daging cincang 4 biji kentang | dipotong dadu – beli online di sini ½ sudu kecil serbuk lada hitam 2 sudu besar serbuk rempah kari Garam
CARA MENYEDIAKAN:
Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap, masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.
INTI AYAM
(sukatan untuk 1kg tepung gandum)
BAHAN-BAHAN:
6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil 10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu 2 labu bawang besar | dicincang halus 4 sudu besar cili kering kisar 6 sudu besar rempah kari ayam 1 kiub ayam Garam
CARA MENYEDIAKAN:
Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing. Masukkan rempah kari, daun kari, ayam dan sedikit air. Kacau-kacau. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.
INTI TUNA
(sukatan untuk 1 kg tepung gandum)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang besar | dicincang halus 2 tin tuna | ditos & dihancurkan 1 sudu kecil serbuk lada hitam 1 sudu kecil garam
CARA MENYEDIAKAN:
Tumiskan bawang hingga terbit bau. Masukkan bahan-bahan lain. Kacau perlahan hingga agak kering. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.
INTI KELAPA
(sukatan untuk 4 cawan tepung)
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut (besar) 1 cawan gula 2 helai daun pandan Sedikit garam & sedikit air
CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan bahan ke dalam kuali. Gaul sekata. Buka api perlahan, masak hingga agak kering.
B – INTI KUIH CARA BERLAUK/TALAM BERLAUK/LOMPANG BERLAUK
INTI DAGING
(sukatan untuk 4 cawan tepung)
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang holland | dicincang 2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air) 2 sudu besar rempah kerutuk 400gm daging kisar (saya guna jenama Ramly) ½ sudu kecil serbuk lada hitam Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bawang. Bila dah terbit bau, masukkan rempah kerutuk. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata.
2. Bila dah terbit minyak, masukkan daging kisar. Bila dah hampir masak, masukkan garam. Masak hingga agak kering. Siap.
INTI UDANG
BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk 4 cawan tepung)
1 labu bawang besar | dicincang 2 ulas bawang putih | dicincang 2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air) 1 mangkuk udang (dibuang kulit & dipotong kecil) 1 mangkuk fish cake | dipotong kecil 2 batang lobak merah | diparut 1 kiub ayam Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata. 2. Bila dah terbit minyak, masukkan udang, fish cake dan kiub ayam. Bila dah hampir masak, masukkan lobak merah dan garam. Kacau hingga lobak merah sedikit layu. Siap.
RENDANG BURGER
BAHAN-BAHAN:
10 keping daging burger | dipotong 6 bahagian 2 labu bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1 inci lengkuas* 1 inci kunyit hidup* 2 sudu kecil kunyit serbuk* 20 tangkai cili api* 1 senduk rata cili kering kisar* 2 sudu besar ketumbar | disangai & dikisar halus 1 sudu kecil jintan manis | disangai & dikisar halus 1 sudu kecil jintan putih | disangai & dikisar halus 4 batang serai | dititik 1 cawan santan kara 3 cawan air 3 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit | dimayang Garam
CARA MEMASAK:
1. Bahan-bahan bertanda * dikisar halus dan ditumis hingga agak garing. Masukkan bahan-bahan bertanda . Kacau sekata. 2. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya. Masukkan santan dan air. Masak hingga likat. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam. Bila dah agak kering, masukkan daun kunyit.
C – INTI WRAP
BAHAN-BAHAN:
500gm daging cincang 2 labu bawang besar | dihiris halus 2 sudu besar cili kering kisar 1 sudu besar rempah kerutuk ayam Serbuk lada hitam Serbuk perencah Garam Sayuran campuran
CARA MEMASAK:
Tumis bawang besar dan cili. Bila dah agak garing, masukkan daging. Biarkan mendidih, kemudian masukkan rempah kerutuk. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk perencah, garam dan mix vege. Kacau rata. Biarkan seketika, angkat dan hidangkan bersama roti roll-up wraps.
D – INTI DAGING ROTI ARAB @ NAN
BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk 1kg tepung gandum)
1 kg daging cincang 3 labu bawang besar | dicincang 10 biji kentang | dipotong dadu 4 sudu besar sos tiram 2 sudu kecil serbuk lada hitam Garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumiskan bawang dengan sedikit minyak masak. Bila dah terbit bau, masukkan daging cincang. Kacau rata. Biarkan seketika. 2. Masukkan kentang dan sedikit air. Tutup kuali untuk lembutkan kentang. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Bila dah agak kering boleh diangkat. 3. Potong roti arab kepada dua bahagian, buatkan poket. Sapukan sedikit mayonis di bahagian dalam poket. 4. Masukkan potongan salad bulat ke dalam poket. Isikan inti daging. Tambahkan sedikit lagi mayonis serta sos cili di atas permukaan daging. Siap.
E – INTI KARIPAP KENTANG
BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk ¼ kg tepung gandum)
5 biji kentang | dikupas & dipotong dadu 1 biji bawang holland | dicincang halus 2 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar rempah kari ikan 3 sudu besar udang kering Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Tumis bawang dan cili hingga agak garing. Masukkan rempah kari.masukkan kentang dan udang kering. Masukkan sedikit air dan garam. Masak hingga kentang empuk dan sedikit kering.
INTI SARDIN:
BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk ¼ kg tepung gandum)
1 tin sardin (saya guna ayam brand 425g) 1 labu bawang besar 3 sb cili kering kisar Garam Limau nipis
CARA MENYEDIAKAN:
Tumis bawang dan cili kering hingga garing. Masukkan sardin berserta sosnya. Bla dah mula likat masukkan garam dan perahan limau nipis. Masaklah hingga agak kering.
F – INTI TAUHU BERGEDIL
BAHAN-BAHAN: (sukatan utk 300-400 gram tauhu)
KENTANG
11 biji kentang (1.2kg)
DAGING:
2 labu bawang besar | dicincang halus ½ kg daging cincang Sedikit garam Sedikit serbuk lada putih 1 batang lobak merah | diparu Daup sup Daun bawang
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kentang dikupas kulit dan dihiris, basuh kentang dan toskan. Gaul bersama sedikit garam. Goreng kentang hingga masak dalam minyak yang panas. Bila dah masak, angkat dan toskan. Kemudian dihancurkan macam mashed potato. 2. Masukkan daging dalam kuali. Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang. 3. Kacau dan masukkan secubit garam. Masak hingga sedikit kering. Angkat dan toskan. Gaul bersama kentang, daun sup, daun bawang, lobak merah dan serbuk lada putih. 4. Setelah itu bulatkan bancuhan menjadi bebola, masukkan ke dalam tauhu. Celup ke dalam telur dan digoreng. Siap, bergedil dihidang bersama sambal kicap.
G – INTI POPIA
BAHAN INTI DAGING (KOBIS): (hasilkan 40 biji popia)
1 labu bawang besar | dicincang halus ½ kg daging cincang Sedikit garam 1 mangkuk kobis ungu | dihiris nipis
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan daging dalam kuali. Bila dah mula terbit minyak, masukkan bawang. 2. Kacau dan masukkan secubit garam. Masak hingga sedikit kering. Masukkan kobis ungu. Gaul sekejap, angkat dan sejukkan. 3. Masukkan inti ke dalam kulit popia. Gulung dan goreng dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana besar.
BAHAN INTI DAGING (MIX VEGE):
400gram daging cincang 1 kg mixed vegetables 2 labu bawang besar | dicincang halus 4 sudu besar udang kering | dihancurkan 1 sudu kecil serbuk lada hitam Garam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bawang hingga garing. Masukkan udang kering. Bila dah terbit bau, masukkan daging. Kacau rata. Biarkan masak sekata kemudian masukkan mixed vegetables. Gaul lagi. 2. Tutupkan kuali. Masak hingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk. Masukkan inti ke dalam kulit popia dan gulung. Lekatkan dengan sedikit bancuhan tepung gandum dan air pada penghujung kulit popia. 3. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan siap untuk disimpan di dalam peti sejuk beku. Bila nak masak, keluarkan popia dan biarkan seketika sebelum digoreng. 4. Saya guna saiz kulit popia 7½x7½ dan boleh dapat 100 biji popia.
H – INTI KUIH KETAYAP
BAHAN INTI KELAPA: (sukatan untuk 2 cawan tepung gandum)
1 cawan gula merah ½ cawan gula putih @ ½ ketul gula melaka 1 cawan air 1 biji kelapa putih (sederhana besar) 1 sudu kecil garam 1 sudu besar tepung gandum
CARA MENYEDIAKAN:
1. Didihkan gula merah dan gula putih bersama air. Tos ke dalam kuali yang dah ada kelapa parut putih. Masukkan garam dan daun pandan. 2. Bila dah mula berkilat dan sedikit kering, masukkan tepung gandum. Kacau sekejap dan angkat.
BAHAN INTI DAGING:
1 labu bawang holland | dicincang 2 sudu besar rempah kari ikan (dibancuh bersama sedikit air) 1 sudu besar rempah kerutuk 300gm daging kisar (saya guna jenama Ramly) ½ sudu kecil serbuk lada hitam Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang. Bila dah terbit bau masukkan rempah kerutuk. Masukkan bancuhan rempah kari ikan. Kacau rata. 2. Bila dah terbit minyak, masukkan daging kisar. Bila dah hampir masak masukkan garam. Masak hingga agak kering. Angkat dan ketepikan.
BAHAN INTI KENTANG & UDANG KERING:
3 biji kentang 2 biji bawang merah | dicincang Sedikit cili kering Udang kering secukupnya 2 sudu besar rempah kari ikan
CARA MEMASAK:
1. Ubi kentang dipotong dadu, dibasuh dan ditoskan. Tumiskan bawang merah yang telah dicincang. 2. Masukkan sedikit cili kering kisar diikuti dengan udang kering. Masukkan rempah kari ikan. Gaul sebati. 3. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila air dah mula kurang, masukkan garam. Masak hingga kentang lembut dan agak kering.
I – INTI KUIH KENTANG BERINTI
BAHAN-BAHAN:
(½ kg kentang + 2 cawan tepung gandum) 200g daging cincang 1 labu bawang besar 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar rempah kari ayam 1 mangkuk mixed vege Serbuk lada hitam Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Potong bawang besar dan tumiskan bersama sedikit minyak. Masukkan daging cincang. Biarkan seketika. 2. Masukkan sos tiram, rempah kari dan mixed vege. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata. Bila dah masak, angkat dan sejukkan.
(NOTA: Minyak untuk menggoreng kentang berinti tak perlu banyak. Cukup sekadar separuh tenggelam sahaja).
Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!