5. Akhir sekali, masukkan cheddar cheese parut, guna spatula kaup balik hingga sekata.
6. Pastikan ketuhar telah dipanaskan dahulu, adunan dimasukkan ke dalam loyang dan tabur cheddar cheese.
7. Bakar dengan suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak. Saya guna oven MiLUX suhu sekata, set button bakar kek. Ikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
8. Apabila masak keluarkan dari ketuhar, sejukkan dahulu sebelum potong. Harum semerbak bau cheese kena bakar, sedap keknya.
Stok sambal memang kena ada. Lagi-lagi jika lidah suka makan sesuatu yang pedas. Nak membuat memang ambil masa sedikit sebab kena goreng satu per satu bahannya seperti bawang, ikan bilis dan cili kering.
Sambal ikan bilis garing ini boleh tahan lama. Sangat sesuai dibuat untuk stok bulan puasa. Kalau buat banyak, boleh tahan sebulan puasa tau.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL BILIS GARING RANGUP
BAHAN-BAHAN
5 biji bawang merah kecil (dihiris)
Sedikit garam
Minyak masak
100 gram ikan bilis (basuh dan toskan)
80 gram cili kering (basuh dan toskan)
3 sudu besar gula kastor
1 kiub pati ayam
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan bawang merah kecil. Kemudian masukkan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng bawang merah kecil tadi. Ketepikan.
3. Dalam minyak masak yang sama, goreng ikan bilis pula. Angkat dan ketepikan.
4. Akhir sekali, dalam minyak masak yang sama, gorengkan cili kering. Angkat dan ketepikan.
5. Dalam pengisar kering, masukkan cili kering dan sedikit garam, gula dan kiub pati ayam. Kisar kasar.
Kisar agak-agak jadi begini.
6. Masukkan cili kering kisar dalam mangkuk.
7. Masukkan pula ikan bilis.
8. Akhir sekali, masukkan bawang goreng ke dalam mangkuk tadi.
9. Gaul rata semua bahan dalam mangkuk ini supaya bersatu cita rasanya. Cuba rasa sedikit. Jika ingin menambah manis atau masin, boleh tambah gula atau garam lagi.
Haa kalau nampak bungkusan putih dalam kuah sup jangan dibuang pulak. Ni bukan barang santau atau ‘black magic’, hehehe.
Sup bunjut tulah jadi ‘killer’ rasa sup yang sedap melampau tu. Benda boleh jimat, kita jimat ajelah. Ada juga orang buat sup tak guna sup bunjut. Cuma letak rempah empat sekawan gitu aje.
Bagi pemilik resipi Nana Ismail, ‘feeling’ sup kurang menyengat kalau takde sup bunjut ni. Ok lah ini dia ramuannya, buat sendiri lagi segar lagi jimat. Inilah ramuan yang dibuat sendiri, barulah betul-betul homemade kuah sup tu.
SUP BUNJUT
BAHAN-BAHAN ( UNTUK 1 BUNJUT):
1 sudu teh ketumbar biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
Tak sampai ½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih (kain kasa jarang)
CARA-CARA MEMBUAT: 1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik. 2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu. 3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong 4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih. 5. SIAP!
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...