Bagi penggemar manisan, resipi Puding Laici zaman 90 an perkongsian saudari Muhammad Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr Ali ini sangat perlu anda cuba. Ia adalah salah satu resipi ibunya dan popular dikalangan mak-mak zaman 90-an. Menurut beliau resipi ini sangat mudah. Hanya menggunakan satu lapisan sahaja dan dinasihatkan membuatnya dalam kuantiti yang banyak kerana sangat sedap! Pasti tak cukup kalau buat sedikit sahaja. Satu adunan ini boleh menggunakan loyang bersaiz 9 inci (empunya resipi guna loyang petak saiz 8 inci dan acuan Canele). Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT PUDING LAICI SEDAP GUNA RESIPI MAK-MAK ZAMAN 90 AN
CARA MEMASAK: 1. Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih. Kacau perlahan-lahan dengan menggunakan api perlahan.
2. Selepas itu masukkan gula. Biarkan gula larut terlebih dahulu sambil dikacau-kacau.
3. Bila sudah larut, masukkan air laici (air sahaja) dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah. Kacau sebati.
Ads
4. Sementara itu pecahkan telur. Kacau sebati dan masukkan bersama susu cair.
5. Masukkan esen vanila dan juga garam. Kacau biar sebati. Ketepikan.
6. Dalam bekas berlainan, masukkan bancuhan tepung kastard yang telah diadun bersama air. Kacau sebati dan masukkan ke dalam telur yang sudah dikacau dengan susu cair tadi.
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan agar-agar laici tadi.
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit menggunakan api perlahan.
9. Bila sudah mendidih, masukkan buah laici dan kacau lagi dalam 10 saat kemudian padamkan api.
10. Masukkan adunan puding ke dalam acuan atau loyang yang bersesuaian.
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan di luar terlebih dahulu selama 40 minit kemudian barulah dimasukkan dalam peti sejuk dan dinginkan selama 3 jam.
12. Bila sudah mengental sempurna, boleh dipotong dan dihidangkan.
Ads
NOTA: Agar-Agar tali sangat sesuai digunakan kerana teksturnya yang stabil dan hasilnya tidak terlalu lembik.
Mak-mak yang bekerja, korang masih boleh buat sup tulang walaupun balik sampai rumah ngam-ngam pukul 6.00 petang atau lebih, tapi masih teringin nak masak sup tulang atau buat bihun sup tulang. Sebenarnya anda boleh periuk tekanan sebagai cara paling cepat rebus tulang. Rebus 30 minit, daging dah empuk, tak perlu tunggu malah boleh bersambil buat kerja lain. Kalau rebus malam, kemudian simpan dalam peti sejuk. Balik kerja tinggal tumis dan reneh je sup. Kan senang, jimat dan cepat. Selain boleh dimakan bersama nasi, sup tulang juga boleh dimakan dengan aneka mi. Takda resipi, ini dikongsikan di sini.
SUP TULANG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
3cm halia | titik
3 ulas bawang putih | titik
1 batang serai
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu makan rempah sup
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak BAHAN PENUMIS:
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3 cm halia muda | hiris memanjang BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Agar-agar yang disimpan sejuk dalam peti sejuk sangat sedap dimakan. Kadang lepas makan hidangan berat, kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Bila tiba musim perayaan, ketupat adalah antara hidangan paling popular dan digemari ramai. Rasa tak meriah jika tiada menu ini. Bagi anda yang terasa nak makan ketupat atau mahu menjamu sahabat dan saudara mara yang datang beraya, hidangan Ketupat Daun Pisang perkongsian saudara Hairul Hamid ni antara yang mudah dan sedap boleh dicuba. Lepas ni tak perlu dah beli ketupat segera. Buat sendiri lebih puas hati.