Bila disebut kuih tempatan pastilah kuih tradisional yang terbayang di ingatan. Ya, kuih tempatan adalah sajian pencuci mulut paling sedap lepas berbuka.

Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan bahan asas seperti tepung beras, tepung pulut, tepung ubi kayu, gula melaka, santan dan sebagainya. Yang pastinya bahannya murah tapi dari segi rasa terjamin sedap. Sesuai dibuat sarapan dan minum petang.

4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras,Enak DiKunyah Masa Berbuka
foto : HargaCampur.Com

 

1.PUTU PERAK

4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras,Enak DiKunyah Masa Berbuka
BAHAN-BAHAN :

  • 4 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula halus atau kaster
  • Kain kasa/ kain kapas lembap sebagai alas acuan masa mengukus

Bahan inti :

  • Gula Melaka atau gula kabung secukupnya/diracik

CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung beras dan tepung pulut.
2. Gaul rata. Tuang air dan ramas hingga nampak berketul.
3. Kisar kering hingga halus dan ayak.
4. Campurkan gula kedalam tepung yang diayak tadi.
5. Gaul hingga sebati, sementara itu panas air kukusan hingga mendidih
6. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan biar separuh sahaja.
7. Masukkan inti gula kabung/Melaka, kemudian tambah adunan di atasnya.
8. Alas kain lembap pada acuan dan kukus hingga masak.

INFO : Versi inti asal putu tradisional dari Perak ini adalah kelapa parut dan garam, tetapi ramai yang sudah mengubahsuai inti dengan gula kabung atau gula Melaka untuk rasa yang manis

2. KUIH LAPIS PELANGI

4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras,Enak DiKunyah Masa Berbuka

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu teh esen ros
    Pewarna merah, hijau, putih, kuning biru, ungu , merah jambu cukupkan 7 (jumlah warna ikut suka,)

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian warna asal, dan 7 bahagian lagi masukkan pewarna yang berlainan.
3. Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar.
4. Masukkan satu senduk adunan putih dan kukus selama 5 minit hingga masak.
5. Lapiskan pula satu senduk adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6. Ulangi langkah 4 berselang seli adunan warna asal dan adunan berwarna hingga habis.
7. Untuk lapisan terakhir, tutup loyang dan kukus selama 25 minit. Balut penutup dengan tuala dapur agar air tidak menitik ke atas permukaan kuih.
8. Setelah masak, angkat biarkan sejuk, Bila sudah betul-betul sejuk barulah boleh dipotong menggunakan pisau plastik atau pisau potong kek.

INFO : Pastikan setiap lapisan yang dikukus itu membeku. Kadang-kadang lapisan yang tengah perlu dipanjangan sedikit masa kerana lapisan dah tebal. Sekiranya adunan tak membeku ia akan tercampur
dengan warna lain dan tidak cantik lapisannya.

3. KUIH TEPUNG PELITA ASLI

4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras,Enak DiKunyah Masa Berbuka

BAHAN-BAHAN :

Bahan lapisan hijau /bawah:

  • 1/2 cawan tepung beras
  • Secubit kapur makan
  • 2 cawan air daun pandan /4-5 helai daun pandan dikisar
  • 1 sudu teh gula bagi setiap bekas

Bahan lapisan atas/santan :

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 1/2 cawan santan
  • Secubit garam

CARA MASAK LAPISAN HIJAU/BAWAH:
1. Campurkan kesemua bahan lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
2. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu gula ke dalam bekas, kemudian baru tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 sahaja.
3. Kukus selama 15 minit , setelah masak tuangkan pula adunan lapisan santan di atasnya.

CARA MASAK LAPISAN SANTAN/ATAS :
1.Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau hingga keluar wap.
2.Tuang atas lapisan hijau tadi dan kukus selama 10 minit.

INFO CHEF : Seperti juga kuih tradisional yang lain ia turut mengalami ubahsuai dalam resipinya. Ada yang dimasukkan tepung jagung tepung kwan hoe dan bermacam-macam lagi.

4. KUIH TOPI

4 Kuih Tempatan Dari Tepung Beras,Enak DiKunyah Masa Berbuka

BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan air
  • Secubit garam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras

CARA MEMASAK :
1. Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
2. Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
3. Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
4. Kemudian perap 8 jam atau semalaman
5. Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
6. Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
7. Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
8. Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
9. Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
10. Kuih topi siap dihidangkan

INFO : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.

ANDA JUGA PASTI SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Koleksi Kuih Muih Mudah Buat Sendiri & Sedap.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI