Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni. Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak. Tapi sebenarnya, kalau jumpa resipi yang mudah, senang je. Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni, bolehlah cuba masak sendiri. Ringkas dan pasti sangat sedap. Sekali cuba masak menu macam ni, pasti akan ulang masak banyak kali.
CARA MASAK AYAM PERCIK KUAH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | belah dua dan dikelar
BAHAN PERAP AYAM:
- 4 ulas bawang merah
- 2cm halia
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KUAH PERCIK:
- 200ml santan pekat (1 kotak kecil santan kotak)
- 2 keping asam keping
- 3 batang serai | ketuk
- Sedikit biji halba
- Garam dan gula secukup rasa
- 6 ulas bawang merah | kisar halus
- 2cm halia | kisar halus
CARA MEMASAK:
- Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
- Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
- Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
- Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau dibakar diatas pemanggang arang.
- Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
- Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.
INFO CHEF: Lebih lama ayam diperap , ia lebih sedap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI