Gulai Batang Pisang ni antara hidangan tradisional yang kian jarang ditemukan di kedai-kedai makan. Menu ni tidak lah susah sangat nak memasaknya. Cuma untuk mendapatkan batang pisang agak susah jika di pasar raya yang ada mungkin di pasar tani dan kedai-kedai runcit kampung. Kalau yang duduk kampung mudah la dapat. Belakang rumah je. Masakannya mudah sahaja, cuma masaknya kena lama, biar batang pisang tu betul betul lembut. Baru la sedap!