Sayur Lemak Kulit Rambai. Menu paling sedap dan jimat. Mana tak nya. Isi boleh dimakan, malah kulitnya pun enak dimasak sayur. Makan dengan nasi panas, ada pula ikan goreng garing dan sambal belacan. Perghh…memang berselera. Lagipun lauk sebegini bukan selalu boleh cuba. Hanya boleh rasa setahun sekali sahaja di musim buah rambai ada.
SAYUR LEMAK KULIT RAMBAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
Kulit buah rambai – alirkan bawah air seketika
Sedikit petai – dibuang kulit
1 ekor ikan kembung panggang – diambil isi dan tumbuk
1 biji bawang besar – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan air dan celur kulit rambai seketika. Ia bertujuan mengurangkan rasa masam kulit rambai.
Masukkan santan, air, isi ikan, bawang, petai dan kulit rambai. Masak guna api perlahan hingga mendidih. Pastikan kuah selalu dikacau bagi elak santan berketul dan pecah minyak.
Kemudian masukkan hirisan cili merah diikuti garam serta gula secukup rasa.
Biar hingga mendidih sekali lagi dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Kalau takde idea nak memasak, boleh cuba masak lauk ni. Lauk kentang dan bilis berlada ni boleh dikatakan sebagai lauk legend yang mudah nak disediakan. Goreng je kentang dan ikan bilis kemudian tumis dengan bawang dan lada.
KENTANG DAN BILIS BERLADA
kentang berlada.
BAHAN-BAHAN
100 gram ikan bilis (digoreng garing)
3 biji ubi kentang (dipotong baji dan digoreng)
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
1/2 sudu teh garam
100 gram cili merah (dikisar)
50 gram cili padi merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
1 helai limau purut (dikisar)
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Anda penggemar makanan korea, Kimchi bukanlah makanan asing. Hati-hati nikmati makanan dari Korea, pastikan ia halal. Kimchi jadi pelengkap hidangan jika menikmati makanan Korea. Hanya menggunakan bahan asas iaitu kubis dan biasanya masyarakat Korea memeramnya untuk rasa yang lebih sedap dan memenuhi citarasa. Apa kata membuatnya sendiri kalau dah suka sangat.
KIMCHI HOMEMADE
Bahan-bahan:
4-5 kilogram kubis panjang
1 biji lobak putih
2 biji lobak merah
1 biji epal hijau
Daun bawang
1 cawan garam
1 cawan bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang kuning
2 cawan serbuk cili
½ cawan tepung pulut
½ cawan gula
3 cawan air
1 cawan sos ikan
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong kubis panjang bersaiz kecil dan rendamkan sebentar di dalam air. Tapiskan.
2. Kemudian, gaulkan kubis dengan garam.
4. Untuk menyediakan bubur/bahan awet/air tapai, masakkan air dan tepung pulut pada api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya sebati. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
5. Masukkan gula dan didihkan bubur sekali lagi.Tutupkan api dan biarkan sejuk.
6. Kemudian, potong nipis lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
7. Seterusnya, kisarkan bawang putih, halia, bawang kuning dan sos ikan sehingga halus.
8. Untuk menghasilkan pes kimchi, gaulkan bubur, campuran bawang putih dan sos ikan dan serbuk cili.
9. Tambahkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda.
10. Setelah kubis selesai diperap selama 2 jam, bilaskan dengan air untuk menghilangkan rasa masin. Cuci sekurang-kurangnya 3 kali.
11. Apabila semua bahan sudah disediakan, gabungkan pes kimchi dengan lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
12. Kemudian, gaulkan pula kubis panjang dengan campuran pes kimchi dan sayuran.
13. Apabila kubis sudah disaluti pes kimchi dengan rata, gulungkan sehingga ketat untuk mengurangkan rongga udara.
14. Simpankan di dalam bekas. Pastikan setiap kubis disusun dengan mampat.
15. Simpankan kimchi di luar selama 1½ hari untuk proses penapaian.
16. Setelah ditapaikan, simpankan di dalam peti sejuk.
Rasanya yang masam dan pedas memang lazat dinikmati begitu sahaja atau dicampur di dalam masakan lain!
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!