Buat Fazalina Ismail dapat memasuki hingga ke peringkat Top 12 memanjatkan rasa syukurnya kerana apa yang diusahakan membuahkan hasil. “Perasaan saya ada rasa kecewa sikit sebab terpilih kategori wildcard namun sekurang-kurangnya dapat bertanding lagi.

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

Buat wanita kental ini biarpun gagal penjurian di wilayah selatan namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba di wilayah sentral pula.

Saya masuk pertandingan ini saja suka-suka, lagi pun memang hobi, suka join pertandingan memasak sejak tahun 2004 lagi. Saya suka mencabar diri, tiada cabaran macam tak sempurna,

Sesi penjurian debarannya sukar untuk diceritakan. Bukan mudah hendak tackle hati juri yang bermacam ragam, paling takut tak dapat jawab soalan para juri yang tidak dijangkakan.

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

Cerita Fazalina pada mulanya agak was-was hendak masuk pertandingan ini sebab dah lama tak aktif atau masuk mana-mana pertandingan. Lagi-lagi faktor usia. Tapi cabaran dalam jiwa tinggi, itu buat diri ingin sertai juga.

Masa hendak menyiapkan menu 3 jenis itu bukan lah senang, sebab semua kena buat sendirian, tiada pembantu.

Hari penjurian pada 11/6, nasib jugalah akak kena waktu petang, akak seperti biasa memang bangun awal pagi dan akak juga kena kira masa dan waktu itu penting untuk sediakan menu masakan supaya tidak basi. Jadi sotong sumbat tu selepas solat subuh pukul 6 am, masak nasi pukul 6.30am dan last buat Salad Mangga. Memang kepenatan yang amat.

Jam 10.15am kami sekeluarga bertolak ke KL, pergi awal takut jam! Buat video masakan, memang sedih sangat sebab akak ni rabun it, kena minta tolong anak gadis, dia pulak sibuk dengan kerja sekolah dan sukan sekolah. Nak siapkan video pun ambil masa yang lama,

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

Resipi yang dipilih mengikut citarasa kontemporari, seperti SOTONG SUMBAT BERUDANG DENGAN SOS KRIM KEJU BEREMPAH manakala SALAD MANGGA  itu ditambahkan perisanya dengan mengadakan SOTONG KEPING yang dalam kotak. Resipi itu memang sesuai dengan hidangan utama iaitu NASI UDANG BEREMPAH. Plating ala hidangan pengantin menggunakan REMPAH KARI BABA’S.

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

Kalau nak kira petua memang banyak, cuma salah satu kena selawat ketika mencuci bahan dan ucap Astafirullah ketika penyediaan dan memasak juga kena merasa masakan yang dimasak untuk mengetahui rasanya. Resipi yang dihasilkan ialah resipi warisan dan dikontemporari.

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

Sudah adat setiap pertandingan memang semua orang berharapan untuk beroleh kemenangan. Tapi kita tawakal sahaja, kerana kesemua peserta yang terpilih itu hebat belaka. Kalau menang,semoga dapat pergi jauh lagi dan terus berjaya.

Duit itu akan disedekah sedikit untuk pembinaan masjid dan simpan untuk hari tua

 

IKLAN

NASI UDANG BEREMPAH

“Saya Suka Cabar Diri, Tiada Cabaran Macam Tak Sempurna,”

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras Basmathi – cuci
  • 1 mangkuk udang-bersihkan
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan tairu (1/2 cawan susu cair +1/2 biji lemon)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan tomato jus
  • 1 tin kecil kacang peas – tos air
  • 1 batang lobak merah kecil – dadu kecil
  • 1/2 cawan Rempah Kari BABA’S
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit BABAS
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 helai daun pandan
  • 1 batang serai – ketuk
  • 4 biji bawang merah (*)
  • 3 ulas bawang putih (*)
  • 1 inci halia (*)
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak canola

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan bertanda*.
  2. Panaskan minyak canola bersama minyak sapi. Kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan dan bahan kisar.
  3. Masukkan rempah kari BABA’S bersama serbuk kunyit BABA’S. Kacau rata. Biar rempah masak.
  4. Masukkan air, tairu,jus tomato dan garam. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan beras dan lobak merah. Kacau rata. Tutup tudung dan biar nasi masak separuh masak.
  6. Kemudian masukkan udang dan kacang peas. Tutup tudung dan biarkan nasi masak sempurna.

 

SOTONG SUMBAT BERSOS CREAM CHEESE BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor sotong (kalau boleh saiz besar) bersihkan
  • Udang secukupnya- buang kulit
  • 2 ulas bawang putih – patut
  • 1/2 biji bawang besar – cincang halus
  • 2/3 biji lada padi – cincang halus
  • 1 tangkai daun sup – hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang – hiris
  • 2 biji putih telur
  • 1 sudu makan Rempah Kari BABA’S
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit BABA’S
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  1. Udang dicincang halus.Masukkan ke dalam mangkuk bersama bahan lain. Kacau sebati.
  2. Sumbatkan inti udang ke dalam sotong sehingga ke hujung ekornya. Tinggalkan sedikit ruang untuk kepala sotong dan kemaskan dengan lidi.Buat sampai habis.

 

IKLAN

SOS KRIM KEJU BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji bawang besar -hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 4 sudu makan Rempah Kari BABA’S
  • 11/2 sudu teh Serbuk Cili BABA’S
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit BABA’S
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan susu full cream
  • 3 sudu makan cream cheese (krim keju)
  • 1/2 biji jus lemon
  • 2 sudu makan minyak canola

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili BABA’S. Kacau rata.
  3. Masukkan air dan garam. Masukkan sotong sumbat tadi.
  4. Jiruskan kuah atas sotong dan balik- balikkan. Anggaran sotong sudah masak. Angkat sotong dan ketepikan.
  5. Masukkan krim keju dengan susu full cream. Kacau rata sehingga kuah sos pekat. Tutup api. Kemudian Kisar sos tersebut. Perah lemon dan kacau sebati
  6. Jirus sos krim keju berempah atas sotong sumbat yang sudah masak tadi.

 

SALAD MANGGA SOTONG ALA BABAS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji mangga – kupas kulit dan parut
  • Beberapa biji tomato ceri – hiris
  • 4 biji bawang merah – hiris
  • 1 peket sotong kering
  • Sedikit kacang tanah sangai
  • 3 biji lada padi – hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu makan Rempah Kari BABA’S
  • 1 sudu teh Serbuk Cili BABA’S
  • 3 ulas bawang putih -tumbuk
  • 3 biji bawang merah -tumbuk
  • 2 sudu makan minyak canola

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk dan kacau rata.
  2. Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili BABA’S. Kacau rata dan Masukkan sedikit air, garam dan gula.
  3. Bila rempah hampir kering tutup api dan sejukkan
  4. Dalam mangkuk satukan mangga,tomato ceri, bawang merah hiris, kacang tanah, sotong peket dan pes rempah. Gaul biar rata.
  5. Perah limau dan gaul rata.

 

IKLAN

JAGOH RASA BABA’S

Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.

Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.

JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.

Tempat Pertama: RM10,000

Tempat Kedua: RM5,000

Tempat Ketiga: RM3,000

Tempat Keempat: RM1,000

Saguhati: RM500 x 8 peserta

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI