Nak menu moreh yang mudah dan penuh rasa? Sardine Melt Toast adalah jawapannya. Gabungan roti yang rangup dengan sardin dan keju menjadikan ia satu hidangan yang sempurna. Setiap gigitan amat menakjubkan. Hasilnya memang luar biasa. Lebih-lebih lagi bila menggunakan Perfect Italiano Mozzarella dan Anchor Spreadable. Jom cuba nanti.
Ads
SARDINE MELT TOAST
Bahan-bahan:
1 tin sardin
½ tin sos sardin
½ cawan mayones
30gm Anchor Spreadable
150gm Perfect Italiano Mozzarella
30gm daun sup | dihiris
3 biji cili padi | dihiris
½ biji bawang holland | kisar kasar
4 keping roti putih | untuk 4 hidangan
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
Parsli kering | untuk hiasan
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, masukkan isi ikan sardin bersama ½ tin sos sardin. Gaulkan bersama mayones, daun sup, cili padi, bawang holland hingga sebati.
Sapukan Anchor Spreadable di kedua-dua bahagian roti. Letakkan inti sardin dan taburkan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Bakar di dalam air fryer pada suhu 170°C selama 10 minit. Taburkan parsli kering sebagai hiasan.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.
Ada lebihan Daging Dendeng semalam boleh jadikan satu menu untuk bersahur. Jom buat Dendeng Paratha Wrap. Cara nak membuatnya sangat mudah dan tak guna banyak bahan. Makan untuk sahur memang kenyang dibuatnya. Nak lebih enak, masak guna Anchor Unsalted Butter dan Chesdale Smoked. Enak juga dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
DENDENG PARATHA WRAP
Bahan-bahan:
3 keping roti paratha | leftover
1 mangkuk dendeng | leftover
1 sudu besar Anchor Unsalted Butter
6 keping keju Chesdale Smoked
Cara Memasak:
Ambil roti paratha, sapukan Anchor Unsalted Butter lalu letakkan daging dendeng dan keju Chesdale Smoked di atasnya.
Gulung dan panggang di atas kuali sehingga keju mencair.
Sedia untuk dimakan.
Nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.
Hidangan yang sesuai untuk berbuka puasa dan juga bersahur tentunya Pancake Sambal Berkeju. Memang enak gabungan keju dan sambal ni, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Sesuai untuk anda yang tak makan pedas. Untuk hidangan ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt kerana keju ini akan mencair dengan sempurna dan menambah rasa dalam hidangan. Anda wajib cuba hidangan ini!
PANCAKE SAMBAL BERKEJU
Bahan-Bahan:
250gram Perfect Italiano Perfect Melt
60gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
440ml Fernleaf Susu UHT
280gram tepung gandum
1 biji telur
4 sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
½ sudu teh oregano kering
Bahan-Bahan Sambal:
1 mangkuk medium cili kisar
5 biji bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
1 labu bawang besar – potong bulat
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
Untuk membuat sambal; panaskan 2-3 sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak dan cili masak. Masukkan bawang besar, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Tumis hingga sambal masak sempurna. Gaul rata dan ketepikan.
Untuk membuat pancake; satukan Fernleaf Susu UHT, Anchor Unsalted Butter yang telah dicairkan, telur dan garam di dalam mangkuk. Pukul sebati. Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan oregano kering lalu gaul sebati hingga jadi bancuhan yang likat. Masukkan Perfect Italiano Perfect Melt lalu gaul sebati.
Panaskan kuali leper, sapu sedikit mentega. Tuang sesenduk bancuhan pancake lalu masak hingga perang di kedua-dua bahagian. Ketika masih panas sapu bahagian atas pancake dengan sambal. Tabur lebihan Perfect Italiano Perfect Melt ketika pancake masih panas. Hidangkan segera.
Kuih Bingka Pandan merupakan salah satu kuih tradisional kegemaran ramai. Baunya amat membuka selera hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang digunakan. Nak buatnya pun mudah saja, tak perlu guna banyak bahan. Untuk dapatkan Kuih Bingka Pandan yang lebih enak, gunakan Anchor Whipping Cream dan Anchor Unsalted Butter. Kuih jadi lebih berkrim dan harum baunya. Tak sabar nak makan waktu berbuka nanti.
KUIH BINGKA PANDAN
Bahan-bahan:
240gram tepung gandum
200ml Anchor Whipping Cream
50gram Anchor Unsalted Butter – cairkan
480ml jus pandan
180gram gula kastor
3 biji telur
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.
Tapis bancuhan ke dalam loyang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu190-200C selama 50-60 minit atau hingga kuih masak.