Gulai Ikan Talang kering Tumis Darat, salah satu menu popular di negeri-negeri belah utara. Boleh makan dengan nasi lemak juga, apatah lagi dengan nasi biasa memang bertambah makan. Resipi enak ini dikongsikan oleh June Ahmad, yang aktif membuat posting memasak di laman FB nya dengan sajian yang sedap-sedap. Kata June kalau ada pisang muda dan nangka pun boleh dibuat gulai sama macam lauk ini. Gulai dah siap baru tuang masuk bawang yang ditumis, baru semerbak satu dapur. Memang berbaloi untuk dicuba.
GULAI IKAN TALANG KERING TUMIS DARAT
.
BAHAN-BAHAN :
Ikan talang kering atau apa-apa ikan masin lain yang sesuai
4 sudu makan rempah kari ikan @ kari ikan kering – beli online DI SINI
Santan (jangan terlalu pekat) – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1.Ikan dipotong ikut saiz yang disukai, rendam dulu hilangkan sikit masinnya. 2.Rebus rempah bersama air. Bila agak rempah sudah masak, baru masukkan ikan tadi. Biarkan masak sekejap.
Ads
3. Selepas itu masukkan santan, terung, nenas, asam gelugur dan gula. Garam hanya perlu ditambah diakhir masakan kerana bimbang akan terlebih masin. Ini kerana ikan itu sendiri sudah mempunya rasa garam. 4. Apabila kuah sudah mendidih dan terung telah masak, padamkan api. 5. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumiskan bawang, jintan dan daun kari.
Tumiskan bawang, jintan dan daun kari. Masukkan dalam gulai, memang teramatlah sedapnya..
6. Apabila sudah kekuningan, tuang bahan-bahan tumis tadi ke dalam periuk gulai tadi. 7. Tutup periuk dan boelhlah dihidangkan.
TIP MASAK DARI JUNE : * Kalau gulai pisang muda, lepas rebus rempah tu masukkan pisang dan rebus bagi empuk, baru masukkan santan. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin juga.
Ads
* Gulai nangka kalau, celur nangka dulu buang air. Selepas itu bolehlah dimasukkan dalam kuah. Boleh guna dengan ikan bilis atau ikan masin.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, sebab itu walaupun sekadar ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Kepada anda yang suka, kalau nak makan tak perlu tunggu balik kampung masak sendiri je kerana ini ada enam menu sayur kampung yang sedap dan mudah disediakan. Apa tunggu lagi jomlah kita cuba masak.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
Diikuti dengan kepah.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
KERABU PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
300gm kelapa | putih sahaja
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan udang kering | kisar
8 biji cili padi | kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
Setalah siap bolehlah dihidangkan:
KERABU PUCUK PAKU DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
Masukkan bersamanya bahan hirisan.
Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
Gaul rata, kemudian masukkan
Gaul lagi sehingga cukup rasa.
Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sulur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.