Melalui facebook Khairiyah Hisham telah berkongsi resipi sandwic telur yang senang nak dibuat. Bahannya pun tidaklah susah. Apa yang ada di rumah sahaja. Boleh try buat di rumah. Tapi roti tu kena ada stok kat rumah tau. Roti susah nak dapat sekarang ni.
SANDWICH TELUR NGAP NGAP
Ads
BAHAN-BAHAN
Telur ayam
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Mixed herbs
Mayones
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Roti
Marjerin
Ads
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur ayam. Kemudian dikupas dan dilenyek di dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan lada sulah, serbuk lada hitam, mixed herbs, mayones, garam dan gula.
3. Gaul sebati semua bahan tersebut.
4. Masukkan telur yang sudah dilenyek tadi ke dalam adunan.
5. Ambil sekeping roti. Sapukan marjerin.
6. Letakkan adunan telur rebus.
7. Letakkan sekeping roti lagi.
8. Belah dua. Siap.
Buat anda sedang mencari menu sahur yang sedap dan mengenyangkan, Bread Cup Berinti Daging Keema Berkeju adalah pilihan yang paling tepat. Hanya guna roti berintikan daging keema dan keju lalu bakar. Nak mudah, boleh siapkan daging keema pada waktu malam dan esok pagi boleh terus bakar. Sebagai pelengkap, taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna. Memang menambat selera kerana ia tidak berminyak dan menambah keenakan dalam hidangan. Anda wajib cuba resipi ini.
Ada roti lebih, jangan buang ye. Tukarnya menjadi menu lebih sedap dan senang sangat nak membuatnya. Daripada membazir ini tiga menu yang boleh dicuba dan dijadikan menu sarapan . Yang pasti korang tak membazir dan sarapan pagi menjadi lebih bervariasi.
1. BEBOLA ROTI KEJU SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan roti yang telah dipotong kecil ke dalam mangkuk. 2. Kemudian tuangkan telur ke dalam mangkuk roti. Biarkan telur menyerap dalam roti. 3. Setelah roti lembut masukkan semua bahan lain dalam mangkuk roti. Gaul rata. 4. Gaul rata dan ramas-ramaskan bahan menjadi adunan lembut. 5. Bentukkan menjadi bulatan kecil sebesar guli. Buat sehingga habis adunan. 6. Panaskan minyak, kemudian goreng bebola roti hingga kuning keemasan. 7. Angkat dan cucuk bebola pada lidi sate. 8. Setelah siap, bebola sedia dihidangkan bersama sos cili.
2. LASAGNA ROTI DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Lenserkan loyang 6X6 inici dengan mentega kemudian alas dengan aluminium foil. Kemudian lenserkan aluminium foil dengan mentega. 2. Bagi menyediakan inti, Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi , 3. Masukkan pes cili, tumis seketika masukkan pula daging kisar. 4. Setelah daging kisar berubah warna masukkan pula hirisan cendawan. 5. Kacau seketika, masukkan sos balognese. 6. Perasakan dengan garam, gula, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata hingga tumisan kering. 7. Tutup api dan sejukkannya. 8. Sementara menunggu untuk proses melapis, panaskan ketuhar pada suhu 180C atay bergantung kepada ketuhar masing-masing. 9. Untuk melapis roti, kacau campuran telur dengan susu cair dan perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. 10. Susun daasar loyang dengan empat keping roti, kemudian tuangkan bancuhan telur. 11. Biarkan seketika, kemudian taburkan sepatuh tumisan daging dan taburkan separuh dari parutan keju cheddar. 12. Kemudian lapisankan satu lagi lapisan roti, tuangkan separuh lagi campuran telur dan susu, kemudian biarkan seketika dan lapiskan dengan separuh lagi tumisan daging dan keju. 13. Untuk lebih berperisa, taburkan juga di atasnya hirisan cili benggala, tomato ceri dan bawang. 14. Setelah siap, bolehlah bakar selama lebih kurang 45 minit. 15 . Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum sedia dihidangkan.
3. KARIPAP ROTI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK INTI KENTANG
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti: Panaskan lebih kurang dua sudu makan minyak dalam kuali. 2. Tumis bawang Holland, bawang bawah putih dan daun kari hingga kekuningan dan wangi. 3. Kemudian masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air. 4. Kacau rata hingga timbul minyak, masukkan daging kisar. 5. Setelah daging kisar bertukar warna, masukkan kentang. 6. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk mengempukkan kentang. 7. Sentiasa kacau hingga air kering dan kentang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Setelah cukup rasa, tutup api dan sejukkan. 10. Untuk kulit karipap: Buang bahagian tepi karipap, kemudian gelek roti menjadi nipis. 11. Beruskan campuran tepung dengan air tadi sebagai gam di keliling bahagian tepi roti. 12. Letakkan inti di atas roti dan lipat menjadi bentuk tiga segi. 13. Tekan dengan garpu bahagian tepi (untuk lebih mudah gunakan acuan karipap). 14. Setelah siap karipap sedia digoreng. 15. Panaskan minyak, goreng karipap menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. 16. Karipap sedia dihidangkan.
INGINKAN AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM BELI ONLINE DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :