Kuih tepung pasung atau kuih serunai ni sangat popular di pantai timur samada di Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Bagi yang kurang mengenalinya ia dibuat daripada tepung beras, tepung gandum, gula Melaka @nisang, santan , tepung ubi dan dimasak berbalutkan kelongsong yang dibuat daripada daun pisang.
Sesuai dihidang sebagai sajian pagi atau petang. Wariskan kepada generasi anak muda, biar anak cucu kita dapat terus menikmatinya. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Tahrunnisah Jali ni
Tepung Pasung
.
Ads
Sediakan dahulu kelongsong daun pisang.. ukuran 14cm X 14cm.. layur atas api n baru buat bentuk kon mcm dalam video… pastikan bahagian bahawa kelongsong tu tertutup rapat sbb nanti nak masuk adunan taklah bocor nanti.
BAHAN-BAHAN :
Bahan Bahagian Bawah 2 sudu besar gula*
1 1/2 ketul nisan atau kalau takde boleh guna gula melaka *
1 2/3 cawan air (350ml)*
1 helai daun pandan disimpul*
40 gm tpg beras
20 gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
Ads
CARA MEMASAK : Bahagian bawah : 1. Bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. biarkan sejuk
2. Campurkan ke dlm adunan air gula, tpg beras, tpg ubi dan air kapur dan kacau sebati
3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental). tutup api
Bahan Bahagian Atas 1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 sudu besar tpg beras
1 sudu besar tpg gandum
1 sudu kecil garam (anggaran)
1 sudu kecil gula
Ads
.
CARA MEMASAK : Bahagian atas : 1. Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental. 2. Dah siap dua2 bahan ni… Kukusan dah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dlm lubang2 kukusan.. masukkan adunan bawah 3/4 penuh . kukus dlm 7 minit atau hingga ia masak 3. Dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dlm 12-15 minit
Kredit Resepi : Tahrunnisah Jali FB Resepi Hangat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Telur Tomato. Maklumlah sepanjang minggu raya, pasti kita semua dah banyak makan lauk pauk berasaskan ayam, daging, makanan laut dan sebagainya. Jemu kan? Bagi yang dah mula tak tahu nak masak apa dan nak makan apa, RASA kongsikan satu resipi paling ringkas perkongsian saudari Siti Zanariah Khalit yang boleh dicuba. Menurut beliau, resipi mudah ni memang sedap. Anak-anak yang tak makan tomato pun boleh suka menu ni. Jadi, jom cuba.
RESIPI TELUR TOMATO SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 biji tomato (pilih yang besar dan merah)
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato)
Minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.
3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar tu akan menyedapkan lagi rasa telur.
6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.
Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang, sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga. Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari. Sesekali ubah selera tak salahkan? Memang terbaik menu ni,
TEMPE GORENG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm tempe | hiris kecil
50gm daging kisar
1/2 sudu teg serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang | hiris halus
50gm keju Cheddar | parut
100gm bawang besar | cincang
4 biji telur
2 sudu makan serbuk roti
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
Masukkan pula bawang besar, daun bawang garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
Sediakan loyang dialas dengan plastik dan disapu minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
Panaskan minyak, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
MASAK KICAP BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kisar
1 biji telur ayam
2 biji tomato | potong dadu
6 ulas bawang merah |hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
2 sudu makan sos tomato
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
6 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh parutan buah pala
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
SERUNDING DAGING KELAPA:
BAHAN-BAHAN:
600gm daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan minyak masak
8 helai daun limau purut
250gm kelapa parut
250gm air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 biji cili merah
3cm lengkuas
1 sudu makan ketumbar biji
2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian masukkan daging,bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.
PEPES UDANG & TAUHU:
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | saiz sederhana
1 biji tomato | cincang
200gm tauhu putih | hancurkan
3 tangkai daun kemangi | hiris
1 biji telur
8 biji cili padi | hiris
3 helai daun salam | hiris
1/2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | hiris
Aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1cm haia
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ambil aluminium foil, letakkan atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
Bungkus bentuk empat segi.
Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.