Salam Ramadan. Dalam kita mengharungi minggu PKP ini memasak juga haruslah berpada-pada. Buat menu kesukaan keluarga yang sudah tentu akan dinikmati hingga habis. Maka tiadalah pembaziran. Hari pertama berbuka dah tentu nak yang kecur liur atau menu yang sudah lama tak nikmati. Untuk kuih muih kita cuba buat kuih keria. Jom geledah dapur tengok apa yang ada.
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI
Bahan bahan:
Udang – lumur garam dan serbuk kunyit, jika suka
1 mangkuk petai
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar Holland – hiris
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
5-6 sudu besar cili kering kisar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan goreng udang seketika sahaja.
2.Angkat udang dan ketepikan.
3.Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing.
4.Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
5.Kacau rata sehingga sambal pecah minyak dan cantik.
6.Setelah sambal cantik, baru dimasukkan udang.
7.Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili.
8.Setelah sebati, masukkan garam serta serbuk perasa.
9.Akhir sekali, masukkan petai dan bawang besar.
Ads
10.Jangan masak lama kerana kita mahu petai yang masih rangup.
11.Kacau rata.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
KUIH KERIA
Bahan-bahan:
600gm keledek putih atau merah
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Ads
Bahan untuk sira:
1/2 cawan gula
1 cawan air
Cara membuat:
1.Potong keledek kepada 2 atau 3 bahagian.
2.Rebus keledek bersama garam sehingga masak empuk.
3.Sejukkan dan buang bahagian kulit keledek. Lenyek sehingga menjadi lembut dan tidak berketul.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli menjadi bentuk bulat.
7.Bulatkan doh dan buat lubang di tengah.
8.Goreng sehingga kekuningan.
Ads
Cara memasak sira gula:
1.Masukkan gula dan air di dalam periuk. 2.Masak sehingga pekat dan gaulkan dengan keledek supaya semua permukaan disaluti gula.
3.Sejukkan dan hidang.
Tip:
Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlajak menjadi keras kerana terlebih tepung.
Pucuk paku ni memang sedap di makan kalau tahu pilih cara masakan yang sesuai. Contohnya seperti resipi yang dikongsikan oleh Redza Rosida di Facebook ni. Kerabu pucuk paku yang sangat mudah di sediakan boleh jadi penambah selera waktu makan. Pucuk paku ni kalau nak buat ulam pun sedap, nak masak sebagai lauk pun sedap! Jom kita cuba resipi ni.
Jom kita mengembara ke Sri Lanka! Okaylah, kita cuba resipi ‘rare’dari Sri Lanka iaitu Bread Kottu Spicy, makanan jajan yang popular di sana.
Resipi yang dikongsi oleh Julia ALeen Aireish ini, mirip dengan makanan India Selatan, mempunyai rasa dan perisa tersendiri.
KOTTU – ROTI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHAN :
5 keping roti | dipotong 1 sudu makan rempah kari | dibancuh dengan sedikit air 1 sudu makan chili flake 1/2 biji bawang holland | potong dadu 1/2 batang lobak merah | potong dadu 1 biji ubi kentang saiz besar | dipotong seperti jejari 1 tangkai daun kari 2 biji cili api | dipotong 1 biji telur 1 sudu kecil serbuk maggi cukup rasa 2 sudu besar minyak masak untuk menumis Sedikit air (jika perlu)
CARA-CARANYA:
1. Roti yang telah dipotong dibakar 20 minit, saya bakar guna airfryer suhu 120C. 2. Kentang yang dipotong jejari digoreng dahulu hingga masak.
3. Panaskan minyak, tumis bawang holland hingga layu kemudian masukkan cili api. Selepas itu masukkan lobak merah dan rempah kari kacau hingga pecah minyak.
4. Saya masukkan sedikit air panas agar tidak terlalu kering, letak serbuk maggi secukup rasa, cili flakes dan telur kacau-kacau dan rasa secukupnya. 5. Kemudian masukkan roti bakar bersama dengan kentang goreng gaul merata dan sebati. Sedia dinikmati panas-panas wow sangat berapi.
Kalau korang akan dikunjungi tetamu dalam masa yang terdekat, apa kata cuba masak resipi ni. Lauk ni memudahkan dan boleh disediakan dalam masa singkat. Yang paling penting, tetamu korang pasti akan teringat-ingat keenakannya. Barulah dinamakan tuan rumah yang bijak melayan selera tetamu. Satu lagi perkara penting. Jangan lupa Maggi Cukup Rasa. Lauk yang sedap, bertambah-tambah sedap tau!
AYAM PANGGANG SERAI DAN AIR ASAM
.
BAHAN A (ayam panggang)
1 ekor ayam (belah dua)
1 sudu makan sos tiram
5 ulas bawang putih (kisar lumat)
3 sm halia (kisar lumat)
1 batang serai (kisar lumat)
1 sudu makan MAGGI CUKUP RASA
Lada sulah dan serbuk lada hitam secukup rasa
BAHAN B (air asam)
1 cawan air asam jawa
5 biji cili padi (tumbuk kasar)
1 biji cili merah
(tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (mayang halus)
2 sm belacan bakar
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
Sedikit gula
CARA MEMBUAT
Perap ayam dengan semua BAHAN A selama sejam atau lebih.
Panggang ayam di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 oC selama 40 minit atau hingga ayam masak. Ketepikan.
Untuk membuat air asam, satukan semua BAHAN B dan sesuaikan rasanya.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!