Siapa orang jati Johor? Katanya orang Johor wajib buat stok sambal kicap ini di rumah. Senang sangat rupanya untuk buat sambal kicap ini tidak perlu tahap professional. Sambal kicap Johor ini sebagai pencicah makan buah-buahan, tempe, sup dan sebagainya.
SAMBAL KICAP JOHOR
Ads
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi
1 biji bawang putih
3 sudu gula
Kicap (agar-agak banyak mana)
Ads
CARA MENYEDIAKAN:
Ads
Terpulang pada kita samada cili dan bawang putih itu hendak digoreng dulu atau tidak dengan sedikit minyak.
Kalau digoreng bahan-bahan itu harus ditos. Tumbuk lumat bahan-bahan tadi.
Tuangkan kicap manis dan jika gunakan kicap masin seimbangkan rasa dengan gula.
Info: Bahan-bahan bleh dikisar tapi lebih sedap jika ditumbuk.
Kalau ada sambal tempe bilis kacang ni tersedia sebagai lauk pun dah pasti menjadi rebutan makan dengan nasi panas. Lauk simple seperti sambal tempe bilis kacang ni sangat mudah cara penyediaannya. Boleh masak dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan sebagai stok snek di rumah juga. Resipi sambal tempe bilis kacang ni telah dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di Facebook telah mendapat jumlah share sebanyak 14K! Nampak tak betapa padunya resipi sambal tempe bilis kacang ni?? Haa tunggu apa lagi tu jom cuba resipi ni.
SAMBAL TEMPE BILIS KACANG
BAHAN-BAHAN:
6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul² rangup. – BELI DI SINI
2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, cuba guna air fryer sekejap, insyaAllah rangup balik. – BELI DI SINI
Hanya dengan modal yang kecil, puan-puan dapat menghasilkan sos Sweet Chilli Thai homemade untuk kegunaan keluarga. Memang sangat sedap dan boleh jimat banyak. Ada rasa pedas, masam dan manis. Sesuai sangat kalau guna untuk cicah keropok, ayam bakar, udang, sotong celup tepung, kerang rebus dan macam-macam lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sumaiyah Abdullah ni. Pasti puas hati.
RESIPI SOS SWEET CHILLI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan cili merah, cili padi dan bawang putih yang dipotong kasar ke dalam pengisar.
2. Kisar tanpa air. Pastikan tidak kisar terlampau halus kerana kita mahukan kepingan cili yang sedikit kasar.
3. Dalam periuk bersesuaian, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.
4. Kemudian masukkan cili kisar tadi.
5. Masakkan atas api sederhana besar hingga menggelegak. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air.
6. Tunggu sos sehingga sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol.
7. Sedia untuk dinikmati. Mudah buat, sedap dan lebih jimat.
Hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal, jika korang nakkan kelainan tapi bosan asyik lauk rendang, kari mahupun kuzi, apa kata korang sediakan menu lebih ringkas namun rasanya tetap sedap. Ni dia enam pilihan sambal.
RASA kongsikan enam resipi sambal yang ringkas dan sesuai sangat mengantikan rendang ye…
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.