
Hati lembu masak apa pun memang sedap, termasuklah dijadikan sebagai perencah dalam sayur bergoreng. Apa kata kali ini kita masak sambal hati. Sambal ini memang sedap sebab rasanya yang pedas-pedas manis, sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Tak percaya! Cubalah…
BAHAN-BAHAN:
- 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
- 5 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 1 sudu makan cili sos
- 1 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk mengoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- 3cm halia
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
- Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar bersama pes cili hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
- Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
- Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Tips: Jangan rebus atau goreng hati terlalu lama, ia boleh sebabkan hati menjadi keras
Resipi Kerabu Kaki Ayam Campur Mangga Muda. Sangat Sedap & Cukup Rasa

Bagi penggemar hidangan kerabu, sajian Kerabu Kaki Ayam perkongsian saudari Ninie Zaini ni antara yang mudah dan boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan malah ia juga mempunyai rasa yang sedap. Cukup rasa pedas, manis, masam dan masinnya. Penambahan hirisan mangga muda dan suhun menjadikan sajian ini bertambah enak dan mengenyangkan. Berbaloi sangatlah untuk dicuba.
CARA MASAK KERABU KAKI AYAM SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
- Kaki ayam
- Suhun
BAHAN HIRIS HALUS:
3 biji tomato
1 biji bawang besar – beli online disini
3 batang serai
1 kuntum bunga kantan
Daun ketumbar
2-3 biji cili padi Vietnam
2-3 biji cili padi kampung
1 biji buah mangga
BAHAN SOS:
2 biji limau nipis – ambil jus
Sedikit garam halus – beli online disini
Sedikit gula – beli online disini
Sedikit perasa
Sedikit sos ikan – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk dan lembut.
2. Asingkan kaki ayam dan buang bahagian tulang yang keras. Ketepikan.
3. Hiris halus semua bahan-bahan yang perlu dihiris. Anda juga boleh menambah aneka ulaman lain jika suka. Semua bergantung pada cita rasa masing-masing.
4. Dalam mangkuk berasingan, satukan jus limau nipis, sedikit garam, gula, perasa dan sos ikan. Sebatikan.
5. Masukkan kaki ayam yang dipotong kecil tadi dan juga bahan-bahan hiris. Gaul rata hingga semuanya sebati dan bergaul sempurna.
6. Kerabu Kaki Ayam yang sedap dan menyelerakan ini sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ninie Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masak Dulu Guna Bahan Perap. Ini Rahsia Masak Ayam Bakar Rempah Paling Enak
Resipi Bengkang Ubi Pandan. Mudah, Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tat Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakeri. Ini Cara Mudah Hanya Guna 6 Bahan.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lempeng Ungu Resipi Vegan Yang Mudah Dan Sedap

Resipi lempeng ungu yang dikongsikan oleh Kalidevan Dave di Facebook telah mendapat 200 perkongsian merupakan resepi vegan yang sangat sedap dan mudah untuk di cuba di rumah. Warna lempeng ungu ni pasti menarik perhatian anak-anak nak makan. Bahan yang digunakan untuk membuat resipi ini juga cukup mudah nak cari di pasaraya. Jom kita cuba!
LEMPENG UNGU
BAHAN-BAHAN:
Inti
250g Keledek Ungu
2.5 tbsp Gula merah
Kulit
200g Tepung pulut
150-180ml Air
50g Bijan
CARA PENYEDIAAN:
1. Kukus ubi jalar ungu dengan kulit hingga lembut, selama kira-kira 20 minit. Tiriskan lebihan air dan keluarkan kulit, kemudian ukur kentang hingga 200g.
2. Masukkan ubi jalar yang dimasak ke dalam mangkuk, gunakan garpu untuk tumbuk ubi jalar hingga halus. Biarkan campuran sehingga sejuk sepenuhnya
Bahagikan adunan ubi jalar ke dalam 6 bola kecil dan ketepikan.
3. Letakkan tepung beras pulut dalam mangkuk dan perlahan-lahan tuangkan air kira-kira 150g ke dalamnya. Campurkan campuran dengan spatula getah. Tambahkan sedikit lagi air jika adunan terlalu kering dan uli sehingga rata dan lentur sehingga tidak melekat di tangan. Bahagikan doh menjadi 6 keping.
4. Balut doh dengan pes ubi jalar ke dalam dan gulung menjadi bola bulat. Kemudian ratakan perlahan-lahan dengan telapak tangan atau pin penggelek antara kepingan plastik ke cakera bulat. Lapisi dan tekan lembut kedua-dua belah dengan bijan putih.
5. Kemudian tumis pancake dengan minyak di bawah api sederhana rendah di kedua-dua belah pihak selama kira-kira 2-3 minit sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Kalidevan Dave
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Air Mangga Bersusu Ni! Nak Buat Pun Mudah Je

Kadang-kadang bila cuaca panas ni, sedap bila dapat minum air berperisa yang sejuk ataupun pencuci mulut yang sedap.
Contohnya macam resipi air mangga bersusu atau air mango dessert yang dikongsikan saudari Fatien Zaini ini. Mudah dan sekejap je nak buat.
Boleh dijadikan menu pencuci mulut yang menarik untuk dihidangkan pada tetamu.
AIR MANGO DESSERT
BAHAN-BAHAN:
3 cawan susu segar
1 peket serbuk jelly flavour mangga (masak & sejukkan serta dipotong dadu)
½ cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan susu pekat (ikut manis yang kita nak) – beli online di sini
1 cawan sagu (masak dengan air yang mendidih & tapiskan)
1 tin laici tin (ambil buah sahaja) – beli online di sini
2 biji mangga (dipotong dadu)
TONTON Kelas Masakan Eksklusif Raya Live Bersama Anchor
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Fatien Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Ini Tip Buat Kulit Popia Homemade Menjadi & Lembut, Guna 3 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: