Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dalam peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi dua sajian sotong dimasak stail masakan Cina dan yang satu lagi ala tradisional.
Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Boleh lah cuba resipi nih…
1. SOTONG TIGA WARNA
BAHAN-BAHAN :
4 ekor @ 250 gm
Bahan sos Cheong Zeng :
300 gm tauchu
120 gm bawang merah
120 gm bawang putih
40 gm cili padi
400 gm cili merah
120 gm cili boh
120 gm sos plum
30 gm sos tiram
90 gm halia
Gula secukupnya
50 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
Bahan sos Ceng Poa :
200 gm cili boh
60 gm bawang besar
60 gm bawang putih
40 gm cili kering
40 gm cili padi
40 gm tauchu
40 gm asam jawa
200 gm sos tomato
200 gm sos cili
10.air putih.80 gram
80 ml air
* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.
CARA MEMASAK : 1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali. 2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air . 3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api 4. Sajian siap untuk dihidang
IKLAN
Saiz hidangan : 3 orang Waktu memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian China Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.
2 . KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN :
5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
1 cawan beras pulut
1/2 cawan setengah santan
6 ulas bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dimayang
1/2 sudu teh halba
2 batang serai | diketuk
Garam dan gula secukup rasa
Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi
CARA MEMASAK : 1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong 2. Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam. 3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi. 4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan. 5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit. 6. Sajian siap dihidang.
IKLAN
Saiz hidangan : 7 orang Masa memasak : 35 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.
INGIN MEMBELI PETI SEJUK BARU UNTUK KEKALKAN KESEGARAN MAKANAN LAUT. JOM BELI DI SINI
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap, enak tapi tidak terlalu berat, boleh cuba resipi Twister Ayamhomemade ala restoran makanan segera perkongsian saudari Mastura Razali ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
CARA MASAK TWISTER ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
Menjamu dua sajian ‘terlajak’ dari Datin Nur Shahida Mohd Rashid suri hati kepada Datuk Seri Aliff Shukri ,ternyata 2 resepi ‘favorite’ pasangan suami isteri ini memang sungguh sedap. Dua hidangan yang disajikan adalah resipi Rendang Terlajak Laris dan Masak Lodeh Terlajak Sedap.
Ditanya apa bezanya resipi Rendang Terlajak Laris dengan rendang lain, jawab wanita ayu ini ,“Masak rendang ni macam reseipi rendang lain yang lain, tetapi dalam resepi rendang keluarga saya, saya memasukkan daun salam untuk melazatkan lagi rasanya.
.
Memiliki darah keturunan Pakistan di sebelah datuknya, menu capati dan kari juga adalah di antara kemahiran memasak Shahida yang dipelajari dari keluarganya. Wanita kelahiran Kedah ini juga gemar mempelajari resepi baru di internet untuk meningkatkan skil masakan demi memenuhi keinginan selera mereka sekeluarga.
Ni dia 2 resepi ‘terlajak’ hasil air tangan Datin Seri Nur Shahida:
RENDANG AYAM TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 12
2 cawan santan pekat
3 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit | dihiris halus
2 helai daun salam | dihiris halus
Bahan dihiris:
5 bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula atau gula merah secukup rasa
1 keping asam asam keping
Bahan kisar:
5 sudu makan pes cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit hidup
3 batang serai
3 sm halia
3 smi lengkuas
3 biji buah keras
CARA MEMASAK : 1. Hiris halus bahan bahan sebelum dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan ayam dan bahan bahan hiris ke dalam kuali. Biarkan sehingga ayam agak kecut dan terbit minyak, baru dimasukkan santan. Dengan cara ini, rendang akan lebih sedap dan tahan lama 3. Terus masak dengan api kecil sambil di kacau sehingga pekat dan pecah minyak. 4. Setelah kuah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula dan garam secukup rasa. Sebelum diangkat, taburkan dengan daun kunyit dan daun salam dan terus tutup api.
MASAK LODEH TERLAJAK SEDAP
BAHAN BAHAN:
3 biji terung | dibelah dua dan potong 3 bahagian
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm kubis
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
3 keping tempe | boleh digoreng dahulu jika suka
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong sederhana panjang
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk bersama santan kecuali garam. 2. Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan. 3. Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa. 4. Kacau sebentar dan tutup api. 5. Siap untuk dihidang.