
Sotong Sumbat ni kalau beli, memang harganya mahal. Tak puas makan. Menerusi perkongsian saudari Qurra Rahman, beliau kongsikan cara-cara nak masak menu Sotong Sumbat paling padu. Sedap….Berbaloi cuba.
CARA MASAK SOTONG SUMBAT SOS ALA THAI PADU
BAHAN-BAHAN:
- 9-10 ekor sotong – bersihkan
- 4 biji telur
- 2 ulas bawang putih – tumbuk
- Bawang Holland secukupnya – potong dadu
- Daun ketumbar secukupnya – hiris
- Serbuk perasa secukupnya
- Lidi
- Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS ALA THAI:
- 6-7 biji cili padi – tumbuk
- 3-4 ulas bawang putih – tumbuk
- 1-2 sudu makan sos ikan thai @ kicap sotong
- 2-3 biji jus limau nipis
- 2-3 sudu gula
- 1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK SOTONG :
1. Campurkan bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar ke dalam bekas berisi telur. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit perencah perasa.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.
3. Masukkan telur yang dimasak tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Isi sampai perut sotong penuh.
4. Cantumkan kepala sotong dan cucuk guna lidi dengan kemas.
5. Untuk bakar, letak sotong atas bara api dan biarkan hingga sedikit masak. Kelar sedikit sotong supaya mudah untuk dimakan nanti.
CARA-CARA BUAT SOS :
1. Satukan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, kicap sotong, gula dan limau nipis. Gaul sebati hingga semua bahan larut dan sebati.
2. Sedia untuk dinikmati bersama sotong bakar.
Kredit resipi & foto: Qurra Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Variasi Nasi , Ayam Dan Ikan Bertumis. No 5 Tu Beras Perang

Sajian Nasi ada banyak variasinya. Bukan sekadar daging dan ayam , ada juga daripada jagung, halia, serai dan yang uniknya daripada Ikan.
Cuba perhatikan resipi no 5 , daripada beras perang yang menyihatkan. Dan no 3 pun sangat unik daripada isi Ikan Merah. Pastinya ia menjanjikan kelainan dalam keenakan hidangan Nasi yang biasa dihidangkan. Bolehlah dicuba nanti….
1. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar |mayang halus
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 2cm halia |kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
3. Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
4. Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
2. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar |kisar halus
- 4 ulas bawang putih |kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Masukkan beras dan air.
5. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
6. Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
3. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah |potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda |mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
5. Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
6. Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
4. NASI KAPITAN TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras | basuh dan toskan
- 2 cawan air
- 1 ½ cawan susu cair
- 2 sudu makan tomato puri
- 2-3 sudu makan minyak sapi
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
- 4 ulas bawang merah | mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.
3. Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.
5. Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Kapitan
Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
5. NASI PERANG JAGUNG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras perang | basuh dan toskan
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air
- ½ cawan jagung (dalam tin)
- 3 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 3sm halia | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- Sehelai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan beras.
3. Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.
4. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
5. Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.
Nasi Kurma, Ayam Kuzi & Acara Nanas, Nak Kenduri Boleh Buat Ni

Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, tetapi masih tercari-cari menu nak masak apa, jangan risau RASA kongsikan resipi set Nasi Kurma, Kuzi Ayam dengan Acar Nanas Berempah. Set ini sesuai untuk kenduri dan hidangan makan tengahari mahupun malam. Ingin mencuba resipi tak perlu tunggu tetapi datang, boleh je masak untuk hidangan keluaraga sendiri .
KUZI AYAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- Sedikit saffron
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN GORENG DAN KISAR:
- 3 biji bawang besar | hiris
- 50gm badam
- 50gm kismis
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan rempah kuzi
- 3cm lengkuas | hiris memanjang
- 2cm halia | hiris memanjang
- 1 batang serai | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 1 biji limau nipis | ambil jus
- Sedikit saffron
- 1/2 cawan tomato puri
- 200ml susu cair
- 500ml air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
- Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
- Kisar atau tumbuk bahan goreng dan ketepikan.
- Panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
- Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
- Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
- Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.
NASI KURMA
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 30 minit
- 3 sudu makan rempah kurma
- 2 kiub pati ayam
- 1 sudu makan mentega
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 cawan susu cair
- 3 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- Sedikit daun ketumbar
- Sedikit daun pudina
- 1 biji tomato | potong dadu
- Garam secukup rasa
REMPAH PENUMIS:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 5 ulas buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN HIRISAN:
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 3cm halia muda | hiris memanjang
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk, tumiskan bahan hirisan, daun pandan dan rempah penumis.
2. Setelah wangi, masukkan beras yang telah ditos, gaul rata, tambahkan air dan susu.
3. Perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
4. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
5. Setelah separuh masak masukkan hirisan tomato, daun ketumbar dan pudina.
6. Tutup semula periuk nasi.
7. Selepas lima minit, tutup api dan nasi sedia dihidangkan.
ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
- 2 biji cili merah | hiris memanjang
- 2 biji cili merah | hiris memanjang
- 10 ulas merah kecil | belah dua
- 5 ulas bawang putih| hiris
- 2cm halia muda | hiris memanjang
- 1 sudu besar udang kering
- 1 sudu teh biji sawi
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan cuka makan
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
- Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
- Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
- Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
- Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
- Sedia dihidangkan.
Resipi Muffin Telur Berkeju & Inti Ayam, Sesuai Untuk Kudapan Ringan

Muffin telur ni kaya dengan rasa keju dengan inti ayam di dalamnya. Kalau tak nak ayam, boleh juga diganti inti udang, ikan, ketam dan daging.
Menu yang dikongsi melalui Resepi Sarapan Pagi ini, menggunakan ramuan agak-agak saja dan bergantung kepada kreativiti anda untuk meletak banyak mana bahan yang ada.
MUFFIN TELUR BERKEJU DENGAN INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
Isi ayam (boleh ganti dgn udang/ikan/ketam/daging)
Susu segar
Bayam (boleh ganti dengan sayur lain)
Cili merah – beli online di sini
Cili padi (optional kalau nak pedas) – beli online di sini
Cendawan butang (optional) – beli online di sini
Bawang besar holland | dipotong dadu – beli online di sini
Cheese slice
Garam
Lada hitam – beli online di sini
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, masukkan susu, garam dan lada hitam. Saya masuk sedikit baking powder.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan sumber bahan dalam acuan muffin. Ikut suka nak letak macam mana.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan adunan telur 3/4 acuan. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sampai masak.
4. Sudah siap dibakar.
Kredit: Resepi Sarapan Pagi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: