Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.

So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi  yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

BAHAN-BAHAN :

  • ½ cawan tepung gandum
  • 1biji telur
  • 2 sudu besar mentega | yang dicairkan
  • 3 sudu besar gula kaster
  • Secubit garam
  • ½ cawan susu segar
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • ½ sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh minyak masak
  • 4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.

CARA MEMASAK :
1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati.
2. Panaskan oven sehingga 160-180’C.
3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh.
4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan.
5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.

Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 45 minit
Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven
Jenis Masakan : Sajian Korea
Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar

Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.

2. TTEOBOKKI (KEK NASI BERSAMA PES CILI)

IKLAN

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek beras :

  • 250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Secubit garam

Bahan sos :

  • 5 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air
  • 5 ulas bawang putih | dikisr
  • 5 cili api | dikisar
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan cuka masak
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati
2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan.
3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan.
4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati.
6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat.
7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan.
8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.

Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 30 minit
Cara Memasak : rebus dan tumis
Jenis Masakan : sajian Korea
Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan

Info Chef : Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri,
Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.

IKLAN

3.  PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1biji telur
  • ½ cawan air
  • 1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati.
2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati.
3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum.
4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda.
5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali.
6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan.
7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea

Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 15 minit
Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit
Jenis Masakan : Sajian Korea
Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa

Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.

4. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )

Sajian Korea Ni Baru ‘Real’ Kan Makan Masa Menonton Drama Korea…

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
  • 1 ikat daun bawang dihiris halus
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air
  • 30 gm ikan bilis
  • 10 gm rumpai laut kering
  • 100gm lobak putih

CARA MEMASAK :
1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana.
2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus.
3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi.
4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan.
5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam
6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika.
7. Sedia untuk dimakan

Saiz Hidangan : 2 Orang
Waktu Memasak : 30 minit
Cara Memasak : Rebus
Jenis Masakan : Sajian Korea
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan

Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.

ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

3 Menu Guna Tempe, Simple & Mengenyangkan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI