Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Ads
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
Ads
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Apam Milo ni memang sangat mudah dibuat. Hanya menggunakan 4 bahan mudah, hidangan minum petang yang dicuba oleh saudari Eyza Cik Bunga ini semestinya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT APAM MILO YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan milo
1 cawan tepung gandum
6 sudu makan gula – boleh ubah ikut kemanisan masing-masing
3 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dan gula hingga berbuh/putih/kembang. Boleh kisar guna blender sahaja.
2. Masukkan tepung gandum. Kisar lagi hingga sebati.
3. Bahagikan adunan tadi kepada dua bahagian. Satu diniarkan pada warna asal ( boleh juga letak pewarna kegemaran) dan satu bahagian lagi dicampur dengan milo. Adun sebati.
4. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang. Boleh juga corakkan ikut kreativiti masing-masing. ( boleh juga guna acuan kecil. waktu masaknya mungkin lebih pendek)
5. Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih. Kemudian letak loyang apam dan kukus selama 20 minit.
Kuih peneram kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Dulu dulu kuih ini mesti ada bila raya. Tapi kesedapan kuih ini memang sepatutnya dimakan bila-bila.
Apa istimewanya kuih ini padahal bahan-bahan setakat lima ramuan aje. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.
PENERAM BAHAN-BAHAN :
4 cawan tepung beras cap gajah 3
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan gula merah*
1 cawan gula pasir*
1 cawan air*
CARA MEMASAK : 1. Bahan² yang bertanda * tu campur & masak sampai mendidih.. 2. Siap terus tuang dalam tepung,kacau tepung sampai sebati guna senduk jangan guna tangan pulak sebab air gula tu panas. 3. Dah siap gaul perap 4 @5 jam, nak sedap lagi perap semalaman..
4. Dah siap perap boleh lah tekap dengan acuan dan goreng.
Berbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.
Kredit :zalina zali
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Bagi penggemar hidangan kuih muih tradisional, pastinya menyukai rasa Bengkang Tepung Beras Gula Merah. Sangat sedap! Rasanya yang lemak manis memang buat tak puas makan. Nak cuba buat sendiri? Saudara Shah Shatry ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C selama 5-10 minit. 2. Ambil loyang Kuih Bengkang dan sapu minyak masak di permukaannya. Panaskan sekejap di dalam ketuhar tadi. 3. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Boleh kacau menggunakan whisk sahaja. 4. Bila semua bahan sudah sebati dan gula pun sudah larut, masukkan ke dalam kuali @ periuk. 5. Masak di atas api sehingga kental. Pastikan guna api sederhana sahaja. 6. Bila adunan sudah kental, alihkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. 7. Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam @ lebih pada suhu 180C menggunakan api atas bawah. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
8. Jika mahukan kuih yang ada efek hangit di permukaannya, bila sampai 5 minit terakhir, masak guna api atas sahaja. 9. Bila sudah masak, sejukkan kuih terlebih dahulu barulah dipotong dan dihidangkan.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.