Petang-petang suka betul makanan yang simple tapi kenyang. Contohnya kalau ada roti sosej. Buat doh roti dan letak sosej, memang cukup mudah dan sedap.
Resipi roti sosej yang dikongsi oleh Siti Hadirah ini sangat senang untuk dibuat. Tidak mengambil masa yang lama dan pastinya anak-anak suka kerana teksturnya lembut dan gebu.
Resipi Roti Sosej Gebu & Lembut
Bahan-bahan:
8g yis
250ml susu suam
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula
2 sudu besar mentega atau marjerin
1 biji telur (dikacau)
Secubit garam
Sosej (direbus)
Cara-cara Membuat Roti Sosej:
Campurkan susu suam, gula dan yis. Kacau dan biarkan 5 minit atau sehingga yis naik.
Dalam bekas lain, gaul tepung gandum, mentega, telur dan garam hingga sebati. Kemudian masukkan air bancuhan yis tadi.
Uli sehingga menjadi doh elastik. Saya uli lebih kurang 20-25 minit (kalau ada bread maker atau mixer, lagi senang kerja).
Biarkan doh mengembang dua kali ganda dalam keadaan bertutup selama 1 jam.
Apabila doh sudah mengembang, tumbuk-tumbuk sedikit untuk keluarkan angin.
Bulatkan doh dan timbang 35g setiap satu. Biarkan rehat selama 10 minit.
Ambil doh dan gelek memanjang. Gunakan pisau atau pizza cutter untuk potong doh (jangan sampai putus).
Letakkan sosej di hujung doh dan gulung dengan kemas. Ulang sehingga habis doh.
Susun dalam paper cup atau loyang yang dilapik baking paper. Biarkan lagi 30 minit sehingga doh kembang.
Sapukan sedikit susu di atas permukaan doh sebelum bakar.
Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis ketuhar).
Tips Roti Sosej Supaya Gebu & Lembut
Gunakan susu suam, bukan panas, supaya yis aktif dengan sempurna.
Uli doh hingga betul-betul elastik, ini kunci utama tekstur roti lembut.
Jangan lupa rehatkan doh dua kali supaya roti sosej lebih gebu selepas dibakar.
Hasilnya, roti sosej ini gebu, lembut, dan cukup mengenyangkan — sesuai untuk sarapan, minum petang, atau bekal anak ke sekolah.
Kalau anda buntu mencari hidangan sarapan atau minum petang yang mudah tapi sedap, boleh cuba buat Tuna Puff ni. Menggunakan puff pastri dengan inti tuna yang pedas dan berkrim, memang tak rugi cuba resipi ni. Sangat sedap dan tak muak. Jom cuba, anak-anak pasti suka.
Penggemar pizza lepas ni boleh cuba resipi homemade yang RASA kongsikan ni. Caranya mudah dan yang paling penting tiada alasan kalau tak ada pembakar kamu hanya perlu kuali untuk membakarnya, senangkan! Selamat mencuba…
(Resipi untuk 5x pizza)
BAHAN-BAHAN:
*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye
Berpeluh2 la jgk😄
BAHAN TOPPING:
CARA MEMASAK:
Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.
CARA MEMBUAT DOH:
1.gaul tepung dgn minyak..
2.tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.
2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping..
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
*nka cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..
Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya roti buatan sendiri. Lagi pulak di masa PKP ni, bekalan roti walau ada namun cepat habis di rak. Kena datang awal pagi.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza. 3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas. 7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Roti yang menyihatkan Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah. 7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan. Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan. 2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit. 4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat. 6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening. 7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan. 9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF
BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata. 2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan. 3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan. 4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti. 5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. 6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. 7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening. 9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi. 11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef:Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF
BAHAN-BAHAN DOH:
CARA MEMASAK: 1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti. 2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan. 3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. 4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah. 5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak. 6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening. 8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda. 9. Keluarkan doh yang sudah kembang. 10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf Waktu Memasak: 3 jam Jenis Hidangan : Roti Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza Cara Memasak : Bakar Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!