Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

Resipi berasaskan epal, pengemar epal boleh cuba empar resipi ini. Dah masuk minggu kedua, idea pun mula kering, apa lagi nak masak untuk keluarga. Ada mak-mak yang pada bulan puasa inilah nak cuba macam-macam resipi baru supaya anak-anak rasa teruja nak puasa. 

Kalau anak-anak suka buah epal, boleh cuba resipi-resipi yang berasaskan buah epal. Jangan ingat epal hanya sesuai untuk buat jus atau salad saja. Macam-macam lagi boleh buat dengan buah epal. Selamat mencuba!

AYAM SOS EPAL 

Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

BAHAN-BAHAN AYAM SOS EPAL:

2 ketul ayam bahagian dada  (potong kecil)

1 biji telur

5 sudu makan tepung jagung

Lada hitam – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

BAHAN UNTUK SOS EPAL:

1 kiub pati ayam – boleh beli online di sini

1 ½ cawan air

¼ cawan jus lemon

2 sudu makan gula – boleh beli online di sini

1 sudu makan madu

1 biji epal  (potong kiub kecil)

1/2 biji lemon  (Parut kulit)

CARA MEMASAK AYAM SOS EPAL:

  1. Mula-mula, gaul sebati ayam, garam, lada hitam dan telur.
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
  4. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  5. Untuk menyediakan sos epal; Satukan air, pati ayam, jus lemon, gula dan madu. Masak sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan epal dan parutan kulit lemon dan masak hingga sos likat.
  7. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi. Taburkan bijan dan gaul sekata.
  8. Sedia untuk dihidangkan.

APPLE ALMOND MUFFIN 

Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

250 gram tepung naik sendiri

100 gram gula kastor – boleh beli online di sini

60 gram mentega – boleh beli online di sini

225ml susu segar

1 biji epal dipotong dadu kecil (lebihkan epal jika suka)

Kepingan badam untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Kemudian masukkan tepung diselang-selikan dengan susu segar.
  2. Gaul sebati dan masukkan potongan epal ke dalam adunan.
  3. Tuangkan adunan ke dalam acuan muffin.
  4. Taburkan kepingan badam di atasnya.
  5. Bakar dengan suhu 200˚C hingga perang keemasan. Panaskan oven sekurang-kurangnya 10 minit dahulu sebelum dibakar untuk memastikan suhu oven sekata dan muffin naik kembang dengan baik.
  6. Keluarkan dan sedia untuk dihidangkan.

BROWNIES EPAL

Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

BAHAN-BAHAN:

2 biji epal dipotong kiub

250 gram mentega – boleh beli online di sini

200 gram gula perang – boleh beli online di sini

250 gram gula kastor –   boleh beli online di sini

IKLAN

250 gram tepung Red Rose

5 biji telur

2 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula perang hingga kembang.
  2. Masukkan satu persatu telur sambil memukul adunan.
  3. Satukan tepung dan serbuk penaik, masukkan ke dalam adunan gaul sebati.
  4. Masukkan potongan epal ke dalam adunan dan tuang ke dalam loyang bersaiz 8cm x 8cm. Jika ingin mendapatkan lapisan yang sedikit nipis gunakan loyang 12cm x 12cm.
  5. Bakar dengan suhu 180˚C selama 35-40 minit.
  6. Angkat dan sejukkan di atas redai sebelum dipotong dan dihidangkan.

APPLE SLICE FRITTER 

Resipi Berasaskan Epal, Boleh Cuba Empat Resipi Ini

BAHAN-BAHAN:

4 biji epal  (potong dan buang tengahnya)

100 gram tepung gandum – boleh beli online di sini

1 biji telur

150ml susu segar

Secubit garam – boleh beli online  di sini

1 sudu teh serbuk kulit kayu manis – boleh beli online di sini

Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Satukan telur, susu segar, garam dan serbuk kulit kayu manis. Pukul sebati.
  2. Masukkan tepung dan gaul sebati hingga rata.
  3. Celupkan kepingan epal ke dalam adunan secara rata.
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng kepingan epal yang telah disalut tadi hingga berwarna perang keemasan dan garing.
  5. Angkat toskan minyak. Ulangi langkah hingga selesai.
  6. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.

 

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Roti Bakar Kastard Yogurt Versi Sihat Tapi Sedap

Sedap! Buat Sendiri Homemade Onion Cheese Paratha Ala Hot n Roll

 

Roti Kukus Gebu Ni Memang Puas Hati Makan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI