Resipi roti yang sangat lembut dan manis dengan taburan gula serta mentega cair.
ROTI MANIS
BAHAN A
150ml air suam
1 sudu besar yis
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
Campurkan bahan ini sampai berbuih
BAHAN B
250gm tepung gandum/all purpose
Secubit garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar water roux (1 sb tepung + 3/4 cawan air dimasak hingga agak pekat)
Sebiji telur
Ads
BAHAN C
30gm butter cair
CARA MENYEDIAKANNYA:
Ads
Campurkan bahan A dan B uli sebentar
Selepas itu masukkan Bahan C
Uli, baling-baling manja sampai menjadi doh menjadi elastik lebih kurang 15-20minit.
Kalau doh melekat pada tangan, ambil sedikit tepung sapukan pada tangan. Sambung uli lagi sampai doh tidak melekat dekat bekas uli dan di tangan. Ulang-ulang langkah ini.
Siap uli, tutup dengan kitchen towel atau plastik wrap dan letakkan dekat tempat yang hangat. Boleh letak dekat heater untuk naikkan doh dalam setengah jam, tumbuk doh buang angin. Kemudian perap lagi setengah jam sampai naik tiga kali ganda.
Setelah siap dibahagikan doh 45gm untuk buat bentuk bulat atau lonjong ikut citarasa anda.
Masukkan dalam loyang bakar dan rehatkan lagi biar doh naik. Rehat lebih kurang dalam 10 minit. Sebelum bakar, renjis/spray air atau sapu telur atas doh
Selepas itu taburkan gula.
Bakar dengan suhu 180c lebih kurang 20 – 25 minit. Ikut oven masing-masing, bakar sampai masak.
Kemudian bakar sekejap guna api atas sahaja untuk dapatkan warna kuning atas roti.
Lepas keluar dari oven sapukan mentega cair atas roti. Biar dia kekal lembab dan lembut.
Jika anda ada lebihan roti di rumah, boleh cuba resipi Mozzarella Stick with Cinnamon & Caramel Sauce ini. Sangat mudah nak buatnya, mak-mak mesti suka. Rasanya saling tak tumpah seperti Cinnamon Stick di Auntie Anne’s. Anda boleh cuba buat sendiri di rumah.
Yang penting, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut dan kenyal serta berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Selamat mencuba!
MOZZARELLA STICK WITH CINNAMON & CARAMEL SAUCE
BAHAN-BAHAN:
7-8 keping roti putih
250gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
50gm Mentega Anchor Unsalted | dicairkan
Cinnamon sugar secukupnya
Sos karamel secukupnya
CARA MEMASAK:
Buangkan bahagian tepi roti dan leperkan roti menggunakan roller.
Di atas roti, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella di atas roti dan gulung kemas. Buat sehingga roti habis.
Sapukan mentega pada dulang pembakar. Susun roti di atas dulang pembakar dan sapukan mentega yang telah dicairkan pada bahagian atas roti.
Kemudian, taburkan cinnamon sugar secukupnya.
Bakar pada suhu 200C selama 15 minit atau sehingga roti keperang-perangan dan rangup.
Tuangkan sos karamel pada roti. Hidangkan panas.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tetiba teringin nak makan murtabak? Haa takpe jangan risau ini ada resipi murtabak mini ayam cheese..Buat sendiri lagi sedap dan puas hati. Sangat sesuai dihidangkan ketika sarapan atau minum petang. Anak-anak dekat rumah pun mesti suka punyalah!
MURTABAK MINI AYAM CHEESE
BAHAN-BAHAN (INTI)
Isi ayam @ daging | cincang
Kentang | potong dadu
Carrot | potong dadu
Rempah kari daging | 1 paket kecik
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 biji bawang besar | potong dadu
Daun sup | hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN (INTI)
Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Tumis rempah hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Kemudian masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak.
Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam serta gula. Boleh juga letak serbuk cukup rasa.
Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.
CARA PENYEDIAAN MURTABAK MINI:
Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang telah dimasak tadi.
Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
Buka kulit popia, letak atas dulang. Kemudian letak sekeping cheese di tengah-tengah.
Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan dengan telur dan bawang sebentar tadi. Letak di atas cheese tadi. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air).
Terbalikkan bila dilipat, letak atas bekas lain & ulang proses yang sama.
Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
Bakar sehingga masak.. Balik-balikkkan ia. Apabila dah siap bolehlah dihidangkan.
Ada tetamu yang bakal datang ke rumah hujung minggu ni? Apa kata rai tetamu anda dengan menyajikan aneka tat dan pai istimewa ni. Pasti laris!
1. MANGGO CHEESE TART
BAHAN-BAHAN:
Kulit Tat:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh vanilla
Bahan Inti:
250gm krim keju
50gm gula kastor
1 biji telur gred B
½ sudu teh vanilla
2 sudu makan puri mangga
Bahan Hiasan:
1 biji mangga harum manis | dadu kecil
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga
INFO CHEF: Simpan dalam peti sejuk, dan keluarkan hanya bila ingin menghidangkannya
2. STRAWBERRY CUSTARD TART
BAHAN-BAHAN:
Kulit Tat:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh vanilla
Bahan Inti:
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30gm mentega
2 sudu teh esen vanilla
Bahan Hiasan:
Buah strawberi
Buah Rasberri
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk.
Tuangkan dalam kulit tat, kemudian hias dengan buah strawberi dan rasberi di atasnya.
3. QUICHE LORRAINE
BAHAN-BAHAN:
Kulit Tat:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh vanilla
Bahan Inti:
8 keping hirisan beef bacon | digoreng garing
1 cawan swiss cheese | diparut
1/3 cawan bawang | dicincang halus
4 biji telur
2 cawan krim putar
¼ camca kecil garam
1/8 camca kecil cili cayenne
5 biji tomato ceri belah 2 untuk hiasan.
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
Masukkan krim putar di dalam pengisar, kisar hingga kental, masukkan telur dan pukul lagi.
Kemudian perasakan dengan garam dan cili.
Tuangkan dalam tat, kemudian taburkan beef bacon.
Kemudian diikuti dengan taburkan keju dan bawang.
Susun tomato ceri.
INFO CHEF: Untuk isian beef becon boleh ditukar dengan hirisan ayam panggang.
5. BLUE CHEESE QUICHE TART
BAHAN-BAHAN:
Kulit Tat:
580gm tepung gandum
340gm mentega
100gm gula ising
2 biji telur gred C
1 sudu teh vanilla
Bahan Inti:
2 sudu makan minyak zaitun
3 biji bawang besar | dihiris
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
3 biji telur
150gm Blue Cheese | hancurkan
Daun thyme segar | leraikan dari tangkai
1 biji tomato | hiris bulat
CARA MEMASAK:
Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
Canaikan dan masukkan dalam acuan.
Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak Zaitun, tumis bawang merah, kemudian masukkan garan dan serbuk lada hitam.
Angkat dan sejukkan.
Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul hingga sekata.
Masukkan bawang goreng di dalam kulit tat, kemudian taburkan pula keju, daun thyme dan tomato.
Akhir sekali masukkan telur dan bakar semula selama 30-35 minit atau sehingga permukaan bertukar kuning keperangan.
6. SHRIMP SALAD TART
BAHAN-BAHAN:
Kulit:
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh garam
2/3 cawan lemak sayuran
4 sudu besar air sejuk
Bahan Inti:
300gm udang saiz kecil | buang kulit dan celur seketika
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit dressing salad
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung dan garam di dalam mangkuk.
Potong lemak sayuran menggunakan pengisar pastri sehingga saiz kacang kecil.
Renjiskan dengan air sejuk, satu sudu pada satu-satu masa, dan gaulkan menggunakan garpu sehingga tepung sebati dan tidak lagi melekat di mangkuk adanan.
Bahagikan doh kepada dua bahagian dan bulatkan seperti bola.
Balut doh dalam bungkusan plastik dan sejukkan kira-kira 30 minit untuk membantu pembakaran doh yang lebih stabil dan membolehkan air menyerap secara rata.
Canai doh diatas permukaan yang direnjis dengan sedikit tepung.
Potong doh yang dicanai bentuk empat segi dengan ukuran 4cm.
Bakar pada suhu 160C selama 20 – 30 minit
Masukkan semua bahan inti di dalam mangkuk dan gaul rata.
Isikan di atas kulit tat, kemudian hiaskan dan hidang.
INFO CHEF: Jika disejukkan lebih lama, biar doh lembut sedikit sebelum dicanai.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nikmati promosi Krismas 2025 dan Tahun Baru 2026 di Concorde Hotel Shah Alam dengan sajian istimewa di Melting Pot Café. Buffet meriah, hiburan menarik dan pengalaman perayaan yang memukau menanti anda.