Nak makan apa ye minum petang nanti. Teringin roti canai tapi malas nak keluar membeli. Jom tukar selera dengan buat roti bijan goreng ni. Makan dengan sambal sardin memang ngam. Resipi ini sama macam cakoi dan roti puri, senang dan sedap.
Roti bijan goreng Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum. 1 ½ sudu makan yis 1 sudu makan marjerin Susu cair Sedikit garam Bijan
Cara memasak: 1.Campurkan tepung gandum,yis dan marjerin,gaul rata. 2.Uli dengan susu cair dan sedikit garam. Uli hingga lembut dan tidak lekat tangan. 3. Biarkan rehat sekejap dan kembang.
Ads
4.Bulatkan doh dan gelek 5.Sapukan susu dan taburkan bijan.
Selain dimasak kari, masam manis atau gulai, ikan bawal juga enak dimasak Sambal Taucu begini. Kombinasi sambalnya yang enak dan juga isi ikan bawal yang lembut, memang sangat sepadan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, menu perkongsian saudari Nurul Ateekahini sangat sesuai untuk dicuba. Rasanya? Tentulah enak. Rugi kalau tak cuba tau. PAsti kena dengan selera semua.
RESEPI SAMBAL TAUCU IKAN BAWAL
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana) 5-6 sudu makan cili kisar – beli online disini 3 sudu makan kacang Taucu – dibilas dengan air – beli online disini 1 biji tomato – dibelah 4 1 biji cili hijau – dibelah 1 biji cili merah – dibelah 3 ulas bawang putih – dihiris 1/2 biji bawang besar – potong bulat 1 batang serai – diketuk Serbuk perasa Gula
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak . Angkat dan ketepikan. 2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang taucu, cili merah, cili hijau dan tomato. Kemudian gaulkan.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata.
6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan hingga kesemuanya bersalut sekata .
4. Kemudian kisar kasar semua bahan tadi. 5. Setelah itu masukkan semula bahan yang telah dikisar kasar tadi dalam kuali untuk ditumis. 6. Masukkan bahan perasa, garam, gula dan air asam jawa mengikut selera masing-masing.
7. Jangan tumis terlalu lama untuk mengelakkan warna lada bertukar layu. Padam api setelah pecah minyak. 8. Sesuai dimakan bersama ayam goreng dan ulaman serta tauhu goreng.
Datuk Ruhaidini Abdul Kadir, Setiausaha Akhbar kepada YB Menteri KKLW, seorang wanita yang sangat sibuk dengan tugas hariannya. sebagai orang kuat seorang menteri, semestinya tugasnya sangat padat. Namun tanggungjawabnya sebagai eorang isteri dan ibu berkerjaya tidak langsung menjadi alasan kepada beliau untuk tidak turun ke dapur. Malah memasak adalah ‘passion’ ibu kepada dua anak bujang ini.
Malah setiap hari kalau ditengok update nya di FB, beliau akan menyediakan hidangan dua tiga jenis lauk untuk suami dan anak-anak sebelum keluar bekerja atau mempunyai urusan luar.
SUMBER DARI FB DATUK RUHAIDINI
Lebih menarik lagi setiap hidangan yang disediakan sangat menyelerakan. Dan ternyata masakan kampung menjadi pilihannya sekeluarga. Kalau tengok gulai yang dimasak, memang kita ikut terliur dan secara langsung terasa mahu masak menu yang sama pula. Sebutlah apa sahaja masakan kampung semua terlihat sangat menyelerakan.
Dari gulai tempoyak, masak lemak, gulai kari, asam pedas, pindang, asam rebus, rendang, sambal daun kayu, sambal tempoyak, kerabu, ulaman, nasi lemak, kuih muih dan apa sahaja yang dikongsi di laman FBnya sentiasa membuatkan rakan-rakan FB teruja.
Bukan sahaja pandai memasak, malah masakannya juga mendapat pujian rakan-rakan. Sikapnya yang suka menjamu tetamu juga membuatkan beliau sangat disenangi ramai. Malah beberapa rakan yang penulis kenali memberitahu masakannya memang terbaik.
Begitulah hebatnya wanita ini. Kerjaya yang besar, kesibukan tugas yang perlu diuruskan setiap hari, langsung tidak menjadi penghalang untuk menjaga perut suami dan anak-anak kerana beliau tahu, masakan seorang isteri dan seorang ibu menjadi pengikat kasih sayang keluarga.
“Pertama kali dalam hidup, saya belajar masak gulai aserom (gulai tradisi orang Pahang sebelah Raub khususnya).Saya belajar dengan kakak saya; Hajjah Jamilah (yang tinggal di Kampung Batu Malim, Raub) yang memang pakar memasak gulai aserom.Gulai aserom ni berasaskan buah perah yang tumbuh melata di hutan. Petua masak aserom mesti pedas kemudian dicampur bunga kantan, daun kesum dan asam keping. Rasa gulai aserom ayam kampung yang saya masak pagi ni? Winnnnnnn gilerrr!!!
Gulai ayam kampung aserom + bunga kantan + daun kesum
CARA MEMASAK:
Buah perah yang tumbuh di hutan, apabila sudah masak akan jatuh ke tanah. Kulitnya dikupas dan diambil isinya,
Buah perah yang telah dijemur kering kemudian ditumbuk dan diperap menjadi aserom.
Terima Kasih Datuk Ruhaidini atas perkongsian dan kebenaran untuk menyiarkan artikel ini.
Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan buffet eksklusif rooftop, lunch buffet dan hi-tea menarik untuk pengalaman makan yang memikat bersama keluarga dan rakan.