Sesekali makan bubur ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP & MUDAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
1 batang lobak merah – potong dadu
2 keping dada ayam – rebus dan carik
1 kiub MAGGI®️ Pati Ayam
Bawang putih – cincang halus
Lada sulah dan lada hitam
1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
Ads
Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub MAGGI®️ Pati Ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) secukupnya.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
INFO: Taburan bawang goreng dan isi ayam menyedapkan lagi rasa bubur ini
Ads
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dapur adalah ruang paling penting di setiap kediaman. Namun tidak semua mampu memiliki dapur yang luas kerana kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang terhad terutamanya bagi kondominium dan apartment.
Ruang yang terhad ini jika tidak disusun, tentunya akan menjadi lebih padat, sempit dan merimaskan. Tak selesa. Namun jika anda bijak memilih peralatan dan membuat susun atur, ruang yang terhad boleh terlihat lebih luas, kemas dan mendamaikan mata.
Peka akan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, Coway tampil dengan produk terbaharu bernama ‘KECIL’ yang direka khusus buat pasangan muda yang memiliki keluarga kecil, ruang dapur yang sempit dan tiada ruang namun mementingkan gaya moden serta mahukan bekalan air bersih terbaik buat isteri dan anak-anak.
KECIL adalah penulen air digital model terbaharu yang bersaiz kecil dan ringan. Didatangkan dengan kelebaran 7 inci, ‘ultra-slim design’ ini sangat menjimatkan ruang malah rekaannya yang moden dan minimalis memberikan lebih gaya pada ruang dapur anda.
Penulen air KECIL menggunakan teknologi penapisan air secara terus dari paip. Jadi, anda boleh nikmati air pada bila-bila masa sepantas 0 saat. Kalau nak buat air panas pun sama, hanya perlu 3 saat je.
Nak guna pun senang je kerana Penulen air KECIL ni dilengkapi dengan paparan digital bagi memudahkan anda dan keluarga mendapat air bersih tanpa had hanya dengan satu sentuhan. Tekan je, dah hilang dahaga. Mantap…
Lagi power, Penulen air KECIL ni walaupun saiznya kecil, tapi ada macam-macam tetapan suhu. Panas, kurang panas, suam, sejuk dan biasa semua ada. Pilih je. Jadi kalau nak bancuh secawan kopi, nak buat susu anak, memang cepat. Tak perlu masak air guna cerek lagi.
Jika ada anak-anak yang aktif pun tak risau kerana Penulen air KECIL dilengkapi dengan HOT LOCK BUTTON bagi mengelakkan anak kecil terkena air panas.
Kalau sahabat handai atau saudara mara datang ke rumah pun tak perlu dah susah-susah nak beli air mineral dan sejukkan dalam peti sejuk. Hanya tekan Penulen air KECIL Coway, dah boleh hidang minuman sejuk buat tetamu. Mudah kan?
Kini tiada masalah lagi nak pilih penulen air yang menjimatkan ruang dapur anda kerana dengan adanya Penulen air KECIL dari Coway ni, selit dekat ruang sempit pun dah muat. Paling penting, anda sekeluarga dapat menikmati air bersih dan lebih sihat.
Demi pertandingan Riuh Rempah Rasa Baba’s, peserta dari Kuala Terengganu ini, sanggup beli tiket bas untuk datang ke Mydin Tunjong, Kota Bharu!
Sudah tertulis rezeki, usaha Asmahani Mohamedterbalas apabila dipilih top 2 wakil Zon Pantai Timur.
“Saya memang dah mula berjinak-jinak dengan dunia pertandingan secara online (fb/ig) sejak 2020. Tapi belum pernah sertai pertandingan anjuran Majalah Rasa mahupun Baba’s.
“Tak ingat bila saya daftar untuk menjadi ahli Rasa, tapi setelah dapat kiriman WhatsApp dari Majalah Rasa berhubung peraduan, dan kebetulan hari tersebut hari terakhir untuk hantar sesi Pantai Timur, jadi tanpa fikir panjang terus hantarkan penyertaan.
Rempah Baba’s sudah ada lama dah tapi idea selalunya akan datang last minute. Mulanya ingat nak hantar satu saja tapi kebetulan datang pula idea, jadi hantarlah dua menu untuk pertandingan
Asmahani menyediakan menu Kari Kofta Baba’s dan Focaccia Kari Baba’s.
Bukan mudah ye nak cipta resipi sendiri, tapi kalau kata dah minat, idea muncul bagaikan juara! Kata Asmahani, hidangan berasaskan kari/gulai selalu yang paling digemari di rumah.
“Kari yang paling laris di rumah adalah kari daging. Jadi terciptalah Kofta Kari Daging.Saya pun belum pernah makan kofta, jadi dengan sedikit ubah suai, saya buatlah resipi kofta daging yang ada gabungan daging serta sayuran dalam bebola dagingnya tu.
“Manakala roti pula memang sesuai dicicah bersama kari. Jadi untuk kelainan, maka saya cipta roti Focaccia perisa kari,” kata Asmahani.
Apabila ditanya apa harapannya jika menang hadiah utama pertandingan ini. Asmahani memberitahu, dia ingin menunaikan ibadah umrah kerana sudah lama menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.
FOCACCIA KARI BABA’S
BAHAN (A) ADUNAN FOCACCIA:
3 sudu besar minyak zaitun 245gm gm air 350gm tepung gandum 2 sudu besar serbuk kari ikan BABA’S 1 sudu besar serbuk kari daging BABA’S 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil gula 6gm garam
BAHAN (B) TOPPING & SAPUAN:
3 sudu besar minyak zaitun ½ sudu kecil jintan putih Bebola berperisa ketam 1 biji bawang merah Daun kucai | dicincang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, minyak, gula dan yis ke dalam mangkuk. Kacau rata. 2. Masukkan pula tepung, serbuk kari dan garam. Gaul hingga sebati. Tutup dan rehatkan selama 30 minit. 3. Lapik loyang dengan kertas parchment kemudian oleskan dengan 1 sudu besar minyak. Kemudian tuang adunan dan ratakan. 4. Tutup dan peram selama 2 jam. Selepas itu tekan keseluruhan adunan dengan hujung jari. Taburkan pula dengan jintan dan susun topping. 5. Kemudian tuang 3 sudu besar minyak. Tutup dan peram lagi selama 1 jam. 6. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C api atas dan bawah selama 10 minit. Kemudian bakar focaccia selama 20 minit.
KARI KOFTA
BAHAN (A) KOFTA:
200gm daging kisar ½ cawan kobis | dicincang 1 labu bawang besar | dicincang 2 sudu kecil serbuk lada putih 4 sudu kecil serbuk kari ikan BABA’S ½ sudu kecil garam 1 biji telur 10 sudu kecil tepung kacang kuda Sedikit serbuk perasa Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati. Kemudian bulatkan menjadi 13 biji bebola sama saiz. 2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan dan goreng kofta sehingga perang. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
BAHAN (B) KARI KOFTA:
1/3 cawan minyak 1 labu bawang besar | dimayang ½ sudu kecil biji jintan putih 4 ulas bawang putih | ditumbuk 1 biji tomato | didadukan 1 inci halia | ditumbuk 2 biji cili padi | dibelah dua 1 peket kecil serbuk kari daging BABA’S ½ sudu besar serbuk ketumbar ½ sudu besar garam masala 2 sudu besar pes cili kering 1-2 cawan air (anggaran untuk kuah) 2 sudu besar daun ketumbar | dicincang Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, cili padi serta jintan hingga wangi. Masukkan pula halia serta bawang putih, tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan cili kering, serbuk kari, serbuk ketumbar, tomato serta sedikit air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan kofta dan gaul hingga mesra. Kemudian tambahkan air. Perlahankan api dan renehkan hingga pekat (sesuai citarasa). 4. Tambahkan garam masala, gula serta garam sesuai citarasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau hingga layu dan matikan api.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamt mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.