Bulan Ramadan disambut dengan penuh kesederhanaan dan tentunya lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama insan tersayang. Istimewa dalam Dapur Rasa kali ini menampilkan gandingan Sissy Imann yang telah diberi cabaran untuk menyediakan dua hidangan berbuka kegemaran ayahandanya. Menu-menu ini disediakan dengan penuh keikhlasan dan rasa sayangnya terhadap ayahanda tercinta.

Namun, Sissy Imann tidak keseorangan. Beliau turut dibantu oleh seorang chef yang dikenali ramai iaitu Chef Zam Akmal. Chef Zam juga perlu memasak dua hidangan yang sama seperti Sissy Imann. Tugas ayahanda pula adalah untuk meneka masakan mana satu yang dimasak oleh anaknya. Memang kecoh dibuatnya bila kedua-duanya bergabung. Riuh sekampung!

Sissy Imann dan Chef Zam telah diberi cabaran untuk mencipta dua menu istimewa menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Mentega Anchor. Pastinya hidangan jadi lebih enak apabila menggunakan kedua-dua produk ini.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Memang sempurna kejadian apabila Keju Perfect Italiano Mozzarella diletakkan di dalam Nasi Ayam Sambal Bakar Berkeju dan nasi yang dimasak oleh Chef Zam. Apabila keju mencair, teksturnya menjadi sangat lembut dan mudah ditarik. Cukup sempurna regangannya. Hidangan pula automatik jadi lebih sedap, terasa nikmatnya. Paling penting, keju ini diperbuat daripada 100% keju asli yang berkualiti tinggi dari Australia.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Mentega Anchor pula digunakan untuk resipi Kek Pelangi Butter. Menjadi dan nampak begitu enak. Mana tidaknya, mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen dari New Zealand yang berkrim dan kaya. Mentega berwarna kuning keemasan semula jadi ini memberi aroma yang cukup menyelerakan. Diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar yang mempunyai beta kerotin yang tinggi, oleh itu warnanya kekuningan keemasan. Cair di dalam mulut kerana ia adalah produk tenusu yang sebenar.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Ads

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

Dapatkah ayahanda Sissy Imann meneka dengan tepat masakan mana yang dimasak oleh anakandanya? Kalau nak tahu, kena tengok video ini hingga ke penghujung: https://www.youtube.com/watch?v=KxVMTeYHgNQ

Kami kongsikan resipi penuh untuk anda cuba dan rasai sendiri di rumah:

 

RESIPI SISSY IMANN

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

NASI AYAM SAMBAL BAKAR BERKEJU 

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih

150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella

  • Daun pisang

BAHAN AYAM SAMBAL:

  • 400gm dada ayam | direbus & disiat
  • Sedikit rebusan air ayam
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun salam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • 8 biji bawang merah | dikisar
  • 5 biji bawang putih | dikisar
  • Cili kering | dikisar
  • 1 inci halia |dikisar
  • Sedikit kunyit |dikisar
  • Daun bawang
  • Daun selasih

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda CARA MEMASAK:

  1. Untuk memasak Ayam Sambal; di atas kuali, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering, halia dan kunyit yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah disiat, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau rata.
  3. Masukkan sedikit air rebusan ayam dan masak sehingga sebati dan kuah mengering.
  4. Tambahkan cili padi, hirisan daun bawang dan daun selasih. Gaul sebati. Ayam siap dimasak.
  5. Di atas daun pisang, letakkan nasi secukupnya diikuti ayam sambal tadi. Di atasnya, taburkan Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya.
  6. Bungkus kemas daun pisang dan bakar di atas kuali sehingga keju mencair.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan Mentega Anchor Salted
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung kek
  • 5 biji telur
  • ¾ cawan susu pekat
  • Esen vanilla
  • Ovalette
  • Pewarna (merah, kuning, hijau, biru)

CARA MEMASAK:

  1. Satukan Mentega Anchor Salted, gula dan ovalette dan pukul hingga kembang atau menjadi warna putih.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  3. Masukkan susu pekat dan kacau rata barulah masukkan tepung kek.
  4. Kemudian, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.
  6. Di dalam loyang, masukkan satu senduk adunan setiap warna dan ulang sehingga adunan habis.
  7. Panaskan ketuhar, bakar selama 45 minit pada suhu 130C atau mengikut ketuhar masing-masing.
  8. Siap dan sedia dihidangkan.

 

Ads

RESIPI CHEF ZAM AKMAL

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

ANCHOR BUTTER RICE 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan Beras Basmathi
  • 6 cawan air
  • 100gm Anchor Butter Salted
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh chicken powder
  • 1 sudu teh garam
  • Kismis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cuci beras sehingga bersih (rendam beberapa jam)
  2. Panaskan Anchor Butter Salted bersama 3 sekawan. Masukkan halia, bawang putih dan bawang kecil.
  3. Masukkan beras dan bahan lain.
  4. Masukkan ke dalam rice cooker dan masukkan 6 cawan air.
  5. Setelah nasi masak, taburkan daun ketumbar dan kismis. 

AYAM SUWIR KEMANGI 

BAHAN MEREBUS AYAM:

  • 500gm dada ayam
  • 1 batang serai
  • 1 biji bawang putih
  • 1/2 sudu teh garam 
  • BAHAN KISAR:
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih 
  • 7 lada merah
  • 2 inci kunyit
  • 2 ruas halia
  • 5 biji buah keras
  • Garam secukupnya
  • BAHAN PELENGKAP:
  • 150gm Keju Perfect Italiano Mozzarella
  • 5 lembar daun limau
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu teh lada putih 
  • 2 sudu teh gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk pati ayam
  • Daun selasih

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Tumis bahan kisar sehingga masak.
  2. Masukkan cebisan ayam dan bahan lain. Masak ikut sesuai citarasa anda.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

GUNAKAN DAUN PISANG:

  1. Letakkan Butter rice dan ayam Bersama taburan Keju Perfect Italiano Mozzarella dan bakar di atas pan beberapa minit setiap bahagian.
  2. Sedia dihidang panas-panas.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

KEK BUTTER PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 250g /2 cawan tepung naik sendiri
  • 200g /1 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 250gm Anchor Butter -Unsalted
  • 4 biji telur (saiz A atau B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung naik sendiri, serbuk penaik dan garam (untuk mentega yang tidak bergaram). Kemudian gaul bahan-bahan tadi dengan sudu atau whisk supaya bergaul sekata.
  2. Masukkan butter (pastikan butter telah lembut) dan gula kastor dalam mixer dan putar sehingga kembang atau kuning pucat.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus putar sehingga kembang sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Masukkan adunan kering berselang seli dengan susu full cream sampai habis.
  6. Kacau dengan tangan sehingga sebati untuk elakkan terlebih mengadun.
  7. Gris permukaan loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
  8. Tuang kesemua adunan dalam loyang, ratakan bahagian permukaan dan hentak 2-3 kali untuk mengelakkan gelembung/ rongga besar dalam kek.
  9. Bakar selama 160-170 C selama 35-45 minit.

Sissy Imann Buat Kejutan Hasilkan Menu Kesukaan Ayahanda

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI