Bagi orang Kuala Lumpur yang ingin menikmati masakan Thai, boleh cuba singgah ke Restoran Tom Yam Hah. Restoran ni biasa-biasa saja tapi masakannya sedap. Lebih meriah kalau datang malam. Parking pun banyak sebab lokasinya bersebelahan dengan Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran ni dibuka sebelah petang hingga tengah malam. Pelancong pun ramai makan kat sini.
Antara menu paling laris di sini adalah nasi kerabu. Boleh pilih lauk yang kena dengan cita rasa korang. Selain itu, ada juga kerang bakar, keropok lekor, siakap stim dan apa-apa lagi masakan Thai yang korang suka.
Ads
Nasi kerabu
Kerang bakar
Ayam goreng
Ads
Laici kang sejuk
Ubi kayu sira gula
Ads
Sup ayam
Keropok lekor
Nama kedai: Tom Yam Hah
Lokasi: Sebelah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Wajib cuba: Ubi kayu sira gula melaka, sup ayam, kerang bakar, nasi kerabu
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tular di media sosial mengenai sebuah premis memproses sate tulang tersohor di Jelebu yang didapati kotor dan tidak menjalankan teknik penghasilan makanan yang bersih.
Dari foto-foto yang tersebar itu menunjukkan pengusaha mengabaikan aspek kebersihan dimana bahan-bahan masak dibiarkan di atas lantai serta tidak bertutup. Malah persekitaran tempat penyediaan makanan juga sangat menjijikkan.
Berikutan dengan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah melakukan pemeriksaan dan mendapati secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, selain dari keadaan premis yang kotor, antara kesalahan lain yang dilakukan ialah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.
Oleh yang demikian, premis tersebut diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
FOTO: Gambar Dari Sosial
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bermula dengan suka-suka, akhirnya Paksu Ayam Golek kini menjadi semakin terkenal dan menjadi sebutan ramai. Semuanya kerana keistimewaan cita rasa ayam golek ini yang sangat sedap dan digemari pelanggan. Meneruskan legasi perniagaan arwah bapanya, Nur Hidayah Mohd Yussof mengatakan rempah inilah yang menjadi rahsia keenakan ayam golek.
Nur Hidayah Mohd Yussof
Ayam golek ini diperap menggunakan resipi ciptaan arwah Mohd Yussof Ahmad. Malah sos cicah ala Thai yang dibuat juga mendapat sambutan.
“Ini resipi ciptaan sendiri dan turun temurun. Arwah baba ambil masa setahun untuk cipta resipi sebelum dapat rasa yang sedap seperti sekarang ini. Arwah baba tidak henti mencuba dan bereksperimen. Adunan dan campuran rempah di dalamnya menghasilkan satu rasa yang lain daripada ayam golek yang ada di pasaran,” ujar Hidayah.
Lori membawa ayam golek kepada pelanggan.
Memulakan perniagaan sejak 2015, Paksu Ayam Golek kini ada dua cawangan iaitu di Bandar Baru Bangi dan Jenderam Hilir. Menu yang dijual ada dua iaitu seekor ayam berharga RM22 dan separuh ekor ayam RM12. Ayam diadun dan diperap menggunakan 32 jenis rempah yang pastinya sedap.
“Pada asalnya, arwah baba berniaga ayam goleh untuk suka-suka sahaja sebab orang suka makan ayam golek pada bulan puasa. Tapi ramai pelanggan kata ayam golek kami sedap. Jadi kami buat keputusan untuk berniaga setiap hari dan bukan pada bulan puasa saja. Alhamdulillah sambutan pelanggan tidak mengecewakan dari mula kami berniaga sehingga sekarang. Pelanggan suka rasa ayam golek, sos cicah istimewa kami dan juga saiz ayam,” kata Hidayah.
Menyelerakan.
Paksu Ayam Golek menjaga kebersihan ayamnya daripada terkena debu jalanan. Berbanding cara tradisional dengan mesin golek arang, gerai ini menggunakan mesin golek oven api gas dan elektrik. Mesin tertutup dengan cermin kaca sudah semestinya lebih bersih.
Jom dapatkan ayam golek istimewa daripada Paksu Ayam Golek.
Kini orang ramai boleh menikmati ayam golek di rumah menggunakan rempah sejuk beku yang dihasilkan. Rempah ini dijual oleh ejen seluruh semenanjung tanah air. Tujuan rempah ini dihasilkan adalah untuk membantu surirumah mudah memasak. Dengan tiga langkah mudah iaitu cairkan, perap dan masak, seseorang itu boleh menghidangkan lauk sedap.
“Selain berniaga di tepi jalan, kami juga menerima tempahan katering bakar ayam golek secara live untuk kenduri kahwin, rumah terbuka hari raya dan majlis korporat. Food truck memudahkan kami bergerak kerana mesin ayam golek memang sudah ada atas lori. Tidak perlu angkat naik turun mesin setiap kali kami mahu ke tempat majlis. Majlis pelanggan kami akan nampak lebih profesional, kemas, bersih dan teratur,”katanya.
NAMA KEDAI
Paksu Ayam Golek
PEMILIK
Mohd Yussof Ahmad (2015 – Jan 2018)
Nur Hidayah Mohd Yussof (Jan 2018 hingga kini)
LOKASI
Seksyen 7 Bandar Baru Bangi & Jenderam Hilir
WAKTU OPERASI
11 pagi – 6 ptg (Jumaat cuti di Bangi dan Isnin cuti di Jenderam Hilir)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika anda peminat masakan salai dengan rasa autentik, kunjungan ke kedai Waghih Salai ini pasti tidak menghampakan. Menurut pemiliknya, Saiful Hizam Abu Bakar, masakan yang dihidangkan untuk pelanggan merupakan resipi air tangan ibu, resipi turun temurun.
Waghih Salai mula operasi sejak 2017 di Kampung Kundur Tengah, Pedas Negeri Sembilan.Kedai makan ini tampil dengan konsep kampung yang simple dan santai. Maka tidak hairan ramai pelanggannya datang dari Lembah Klang, Johor dan Melaka serta pantai timur semata-mata untuk merasai masakan salai di sini.
Makanan salai memang popular di Negeri Sembilan terutama di daerah Rembau dan Kuala Pilah.Dari produk salai dijadikan menu Masak Lomak Cili Api. Campuran pes cili api, bawang dan jumlah santan yang mencukupi menjadikan makanan ini enak.
Dengan tag line, resipi air tangan omak den, Waghih Salai menghidangkan masakan daging salai, itik salai, ayam salai, keli salai , puyuh salai masak lomak cili api.Jika datang ke sini jangan lupa merasa kerabu perut dan tempoyak pucuk ubi, memang padu rasa.
Air special di sini ialah janda pulang ( gabungan air kelapa, gula melaka dan selasih) serta Kelelo ( gabungan air kelapa, lemon dan longan). Jangan terkejut dodol pun ada dijual di sini dengan citarasa kampung. Harga makanan di sini dari RM3- RM12 mengikut jenis makanan. Memang berbaloi dan puas makan.
Masak lomak cili api daging salai Bahan-bahan:
500gram daging salai
15 tangkai cili api ( ikut suka, kalau nak pedas letak lebih)
5 biji bawang merah
400ml santan
Serbuk kunyit dan garam
2 batang serai
Cara memasak:
1.Rebus daging dengan sedikit air selama 15 minit.
2.Kemudian masukkan cili dan bawang yang telah dimesin, campur serbuk kunyit dan serai.Biar sampai mendidih.
3.Kemudian masukkan santan dan garam.
4.Biar mendidih kemudian angkat dan hidangkan.
INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.