Puasa bakal menjelang tiba, bagi tahun 2019, Palace of the Golden Horses telah melancarkan promosi bertema ‘Lambaian Desa’ yang mengembalikan nostalgia kampung. 15 chef telah berkongsi kemahiran untuk menampilkan seleksi hidangan buka puasa yang menyelerakan buat tetamu sepanjang Ramadan pada tahun ini.

 

‘Lambaian Desa’ menawarkan variasi menu tempatan dan antarabangsa yang membangkit selera. Tetamu sukar membuat pilihan bermula dari lauk pauk Melayu Tradisi seperti Gulai Kawah, Sup Gear Box,Makanan Laut Segar dan pelbagai jenis dan barbeku.

IKLAN

Salah satu menu utama Lambaian Desa ialah Kambing Bakar yang diperap dengan ramuan rempah ratus terpilih agar rasanya sedap dinikmati. Buat penggemar menu bakar boleh mendapatkannya di Stesen Ikan Bakar antaranya Tenggiri, Kembung, Cencaru, Udang, Sotong dan Otak-Otak. Makanan bakar tidak lengkap tanpa Air Asam, Kicap Cili, Budu dan Sambal Belacan yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

Jangan lupa ke stesen Pantai Lido yang menghidangkan Roti Canai, Murtabak Ayam dan Roti John yang menjadi signature di mana bun dimasak segar oleh chef di sini. Begitu juga bubur lambuk dengan resipi warisan yang dihidang bersama bawang goreng dan telur masin serta serunding untuk melengkapkan rasa.

IKLAN

Bagi hidangan pencuci mulut dan kepuasan buat tetamu, nikmati pelbagai jenis ais krim dan cendol dari stesen Air Batu Sagat. Juga terdapat seleksi kuih muih tempatan dan antarabangsa, buah-buahan dan air kelapa segar. Pendek kata pilihan menu yang pelbagai lebih kurang 150 jenis dari 15 stesen yang ada.

IKLAN

Lambaian Desa buka puasa bermula dari 6.30pm hingga 10.30pm.Harga bufet Ramadan RM138nett untuk dewasa RM69nett untuk kanak-kanak. Harga promosi Early Bird hingga 30 April dengan harga RM110nett untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak.

Kalau tak sempat nak buat tempahan, masa bulan Ramadan nanti ada promosi 9 + 1 Deal, di mana 1 tetamu akan makan secara percuma dengan pembelian baucer sebanyak 9 orang.

Tetamu juga dapat menikmati keselesaan di mana ruang solat disediakan. Tetamu juga boleh pilih untuk buka puasa dengan seleksi bilik private atau function room di Royal Ballroom yang boleh memuatkan hingga 800 pax.