Tercari-cari lokasi yang best dan menarik untuk bersantai sambil makan-makan bersama keluarga? Atau nak bawa kawan-kawan dari luar negara menikmati kebudayaan serta kesenian Malaysia? Eat & Enjoy @ASWARA pastinya lokasi terbaik yang boleh anda tuju.
Eat & Enjoy @ASWARA adalah salah satu program Edu-Tourism yang berkonsepkan makan-makan sambil berhibur dan belajar. Ia adalah salah satu inisiatif bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara untuk melawat tempat perlancongan terpilih sambil belajar mengenai kesenian yang ada di negara ini.
Dengan hanya bayaran sebanyak RM15 seorang, anda boleh menikmati aneka sajian kampung yang enak dan lazat seperti Nasi Lemak, aneka kuih muih, Teh Tarik dan bermacam-macam lagi yang dihidangkan secara bufet dalam suasana yang sangat santai dan menenangkan.
Ads
Pada masa yang sama, para pengunjungakan dihiburkan dengan persembahan-persembahan tradisonal dan kesenian yang memukau seperti persembahan Mak Yong, tarian tradisional, nyanyian dan banyak lagi yang dipersembahkan oleh para pelajar, alumni dan kakitangan ASWARA.
Ads
Ads
Bertempat di Kafe Bunga Raya, Eat & Enjoy @ ASWARA boleh memuatkan 200-250 pelanggan dalam satu-satu masa. Ia beroperasi pada setiap hari Rabu bermula pada jam 5.00 hingga 7.00 petang. Jadi datanglah beramai-ramai ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apa yang fenomena pasal nasi 3 budak gemok ya?.. Ohh ini rupanya yang menjadi viral bila 3 orang anak muda menjalankan perniagaan gerai nasi panas, ayam kicap, cili gesek pedas dan ulam yang menjadi pilihan ramai kerana kombinasi masakan yang sedap dan harga yang berpatutan. Jika tak berkesempatan boleh cuba resipi ala 3 budak gemok ni yang dikongsikan oleh Kak Faa ni. Selamat mencuba!
Setiap kali Ramadan menjelang, SukaSucre Bistro milik cef selebriti dan penyanyi popular tanah air, Dato’ Fazley Yaakob, pasti tidak pernah ketinggalan berkongsi aneka menu signature sebagai santapan buat pelanggan sewaktu berbuka puasa.
Istimewanya kali ini pengunjung bakal merasai menu utama – Nasi Dulang Minang Ramadan di atas sebuah dulang perak beserta lapan jenis lauk menggamit rasa ilham masakan tradisional dari Rembau, Negeri Sembilan.
Antara menu lain yang bakal dihidang adalah Nasi Pandan Berempah, Kepak Ayam Sambal Hijau, Rendang Ayam, Daging Salai Lemak Cili Api Belimbing Buluh, Itik Masak Lemak Cili Api Mangga Muda, Sambal Goreng Jawa, Daging Dendeng Minang, Paru Goreng Sambal, Mee Goreng Mamak dan Seafood Salai Lemak Cili Api (Ketam/Sotong/Udang) berserta lima jenis sambal/kuah Lemak Cili Api.
Dalam waktu sama, pemanis mulut yang tersedia menanti pengunjung antaranya Puteri Mandi, Bubur Pulut Hitam Santan Custard, Pisang Goreng Cheese & Butterscotch Sauce, Cream Puff, Jagung Bakar, Kek Pisang, Agar-Agar, Puding, Kuih Koci, Burnt Cheesecake berperisa tempatan Bandung dan Pandan Gula Melaka.
Paling mengujakan, ais krim potong dari F&N King’s Ice Cream turut disediakan sepanjang Ramadan ini kepada pelanggan.
Caj bufet Ramadan SukaSucre Bistro yang dikenakan adalah sebanyak RM75.00 untuk dewasa dan RM35.00 (kanak-kanak di bawah 12 tahun). Bagi yang membuat tempahan sebelum 27 April ini pula bakal menerima diskaun khas tertakluk terma/syarat ditetapkan.
Sementara itu, organisasi korporat atau pihak berkumpulan yang ingin mengadakan majlis buka puasa dalam suasana privasi juga boleh menggunakan Event Hall @ SukaSucre Bistro dengan dilengkapi pelbagai kemudahan untuk majlis berskala besar.
SukaSucre Bistro berlokasi di 81, Jalan 2/90, Wisma RYU, Taman Pertama, 56100, Cheras, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan awam, Mass Rapid Transit (MRT) di hentian stesen Taman Pertama.
Lebih menarik, kemudahan surau disediakan buat pengunjung termasuk ruang parkir kereta yang luas secara percuma.Sebarang pertanyaan, tempahan atau informasi lanjut mengenai SukaSucre Bistro, boleh menghubungi restoran ini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda penggemar makanan barat ? Terutamanya Eropah dan Mediteranean, Urban ada tersedia menu dan hidangannya. Makan dalam suasana romantis dan jika anda pandai bermain piano boleh lah ditambah dengan iringan muzik dari piano yang disediakan, ohh sangat mengasyikkan.
Memasuki ruang makan Urban, di Hotel Istana tampak begitu indah dekorasi dalamannya. Hiasan dinding, penataan cahaya, hiasan meja dengan lilin memang nyaman sekali. Konsep makanannya pula adalah sajian Eropah Kontemporari iaitu menggunakan ramuan mentah yang segar diimport dengan campuran bahan ramuan tempatan.
Ada suntikan rasa tempatan yang diberikan kepada setiap hidangannya walaupun menunya adalah dari negara barat. Di sini terdapat hidangan ‘appetizer’ sebanyak 10 menu, sajian utama 16 dan bagi sajian pencuci mulut disediakan sebanyak 11 pilihan.Semasa min berkunjung ke sini Chef Sharusmizal bin Mohamed Salleh dan pasukan Chef di bawahnya menyediakan tiga istimewa untuk lensa foto RASA.
Tiga Sajian yang disediakan adalah Pasta Udang Galah Bolognese, Steak Surf & Turf dan hidangan Norwegian Salmon. “Menu yang paling popular di sini adalah sajian dari Perancis, Itali dan negara-negara Mediterranean yang lain. Bahan yang kami gunakan adalah bahan segar dari luar negara. Contohnya dalam sajian Norwegian Salmon, kami tidak menggunakan produk sejuk beku, tetapi diimport segar dari Norway.
Daging pula dari Australia dan sayur-sayuran segar digunakan seperti asparagus yang diimport dari Australia. Steak yang anda lihat sekarang ni adalah dari bahagian batang pinang dan didatangkan khas dari Australia. Daging berjus dan dimasak dengan teknik terbaik mencipta rasa yang sungguh lazat.
Tapi rasanya diolah semula dengan citarasa tempatan tanpa meninggalkan ciri khas sajian barat yang asal, sebab itulah kami nyatakan sebagai sajian kontemporari Eropah dengan gelarkan suntikan Asia,” jelas Chef Sharusmizal yang lebih mesra dikenali sebagai Chef Bouy.
Di samping bahan import, ada juga ramuan tempatan seperti laici, buah kedondong, bunga ‘edible’ boleh dimakan untuk menghasilkan sajian yang mempunyai sentuhan tempatan. Ada juga buah-buah dan sayur-sayuran yang didatangkan khas dari Cameron Highland.
Di samping tiga menu tadi di Urban juga menyediakan sajian dari Wagyu Beef iaitu daging lembu berkualiti tinggi yang terkenal di seluruh dunia, sajian Foie Gras iaitu sajian hati itik yang terkenal dari Perancis di samping pelbagai lagi sajian yang cukup menyelerakan dengan gaya hiasan yang sungguh menarik.
Jangan lupa sudahi sajian dengan menu pencuci mulutnya seperti Apple Tart dan Eclaire, memang ummph lah rasanya pasti ‘terangkat’. Dan pelbagai lagi pencuci mulut manis, berperisa dan berkrim.
Hah, jejaka tampan berhemah ni Penolong Pengurus @ Urban Supervisor Restaurant Muhd Juhaini Sulaiman yang sedia bertugas demi kelancaran sajian dan keselesaan buat pengunjung.
Nak tahu apa lagi keistimewaan sajian di sini,ya dalam setahun dua kali menunya akan ditukar. Jadi pengunjung dapat merasai dan menerokai kepelbagaian menu Eropah dan Barat.
Restoran ‘fine dining’ Urban ini beroperasi dari jam 12.00 tengahari ke 2.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu 6.30 hingga 10.30 malam kecuali Ahad dan Cuti Umum pula ia ditutup.
Urban juga mengambil tempahan untuk majlis dan acara keraian seperti Majlis Ulang Tahun Perkahwinan, Majlis Korporat Perasmian Produk, Hari Jadi , Cocktail dan apa jua majlis yang anda ingin raikan tanpa mengira hari termasuklah jika majlis berlangsung pada hari Ahad.
Jadi, apa tunggu lagi cuti panjang sampai Hari Krismas ni bawalah ahli keluarga tersayang ke tempat makan yang istimewa ini. Pastinya ia meninggalkan kenangan indah buat anda sekeluarga. Jomm…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kebab street food menjadi antara makanan jalanan paling popular di lebih 100 negara. Ketahui sebab popularitinya, jenis kebab terkenal serta tip menghasilkan daging kebab homemade yang lembut, juicy dan berempah.