Bagi orang Johor yang rindu akan menu masakan asli Johor, bolehlah singgah ke Restoran Bisik-Bisik. Restoran ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. RASA telah mencuba menu yang sangat popular di sini. Memang terbaik. Paling korang kena try adalah Kacang Phol dan juga mi bandung udang galak. Kalau korang nak tahu, udang galah ada 3 jenis iaitu A, B dan C. Kategori ini adalah berdasarkan kepada saiz udang galah tu. Kalau yang besarm tentulah saiz A.
Kuah kacang phol ni sedap sangat. Rasanya lemak manis dan perasakan sikit dengan asam limau tu. Perghhhh. Terbaik.
Ads
Ini mi rebus gear box. Sesambil makan mi tu, korang try la sedut sum sum dalam gear box tu. Memang layan betul.
Inilah mi bandung udang galah. Yang ini saiz C. Dapat tak korang bayangkan saiz A macam mana dia punya besar?
Ads
Kalau korang memang betul-betul lapar, order la nasi ambeng. Kenyang tersandar jadinya tau.
Ads
OK. Ini air katira. Serius sedap. Lemak manis rasanya. Siap ada barli kat atas.
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 11 malam tiap hari.
Alamat: Medan Selera Anjung 7, No 9 & 10, Jalan Zirkon B7, Seksyen 7, Shah Alam.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat asam pedas, kini anda mempunyai satu lagi pilihan tempat untuk menikmati asam pedas yang terbaik. Paling menarik, asam pedas di sini adalah gabungan daripada resipi dari lokasi yang popular dengan hidangan asam pedas iaitu Johor dan Melaka.
Azley Ismail.
Berbicara dengan pemilik gerai, Azley Ismail, dia memilih resipi asam pedas untuk diniagakan di gerainya kerana sangat tertarik dengan cita rasa asam pedas.
“Memasak adalah salah satu hobi saya. Arwah ibu berasal dari Johor dan ayah pula dari Melaka. Kedua-dua negeri ini berkongsi masakan paling popular iaitu asam pedas. Secara tak langsung, resipi dari Johor dan Melaka ini telah menjadi satu resipi turun temurun. Kini saya jadikan asam pedas sebagai menu utama perniagaan,” katanya.
Menu di sini memang sangat menarik. Jika anda makan di sini, boleh pilih mana satu yang jadi idaman hati.
Assam Pedas Patin Sungai Temerloh
Bahagian Kepala atau Ekor RM15 sepotong
Bahagian Badan RM10 sepotong
Assam Pedas Daging Tetel RM9
Untuk set nasi putih, ulam, ikan kering dan telur masin, tambahan RM4 bagi setiap satu set.
Menurut Azley, keunikan asam pedas resipi Melaka yang ada di sini adalah kuahnya pekat dan aromanya sangat menyelerakan. Kuah dimasak setiap hari menggunakan bahan segar.
Wow sangat kan?
“Ikan patin yang digunakan dibawa khas dari Sungai Temerloh. Isinya lembut, manis dan tidak hanyir. Memang ikan patin dari Sungai Temerloh amat disukai ramai. Untuk daging tetel pula, kami pastikan daging direbus sehingga betul-betul empuk sebelum dimasukkan ke dalam tumisan asam pedas. Jadi, pelanggan boleh menikmati daging tetel dengan gembira,”
Sejak dibuka pada 13 Julai 2020, sambutan pelanggan amat menggalakkan. Ramai yang memberi maklum balas positif di samping memberi cadangan penambahan menu asam pedas pari dan ayam pula. Tak lupa juga semakin ramai yang menjadi pelanggan setia setiap hari. Ternyata resipi turun temurun daripada arwah ibu kepada Azley amat menawan hati orang ramai.
Asam pedas ikan patin.
Set asam pedas bahagian badan.
Apa barang pakai sudu. Kita makan pakai tangan! Nikmat gittew!
Senyum dapat makan asam pedas.
Coach kecergasan terkenal ni. Adasandha Anuar.
Ini bahagian kepala. Wow!
Nama Kedai: Skye Assam Pedas Nama owner: Azley Ismail Lokasi gerai:
No. 187, Jln LP7/2, Kinrara Uptown, 43300 Seri Kembangan, Selangor. (Berhadapan restoran Mamak Safreen) Waktu operasi:
Isnin – Jumaat
12 tengah hari hingga 11 malam
Tutup pada Sabtu dan Ahad FB page: Skye Assam Pedas Patin Sg. Temerloh
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Apa yang istimewa sangat roti canai dekat kedai ni? Ha…tak cuba tak tahu dik..Jawapannya pastilah Roti Canai Tsunami! Menu ni pernah jadi viral di media sosial. Pemiliknya; Muhamad Ali Daud dan isteri Noridah Sapak sendiri tidak menyangka idea cetusan nama tsunami daripada anak mereka itu menjadi tular sampaikan tak menang tangan dibuatnya.
Idea asal Roti Canai Tsunami ni semuanya bermula apabila pensyarah kepada anak lelaki mereka meminta dibuatkan roti canai lain dari yang lain. Mulanya menu ni diberi nama ‘Roti Special’ kemudian diubah menjadi ‘tsunami’ bagi mencipta keunikan. Roti canai ‘tsunami’ sebenarnya adalah roti banjir yang ‘disirami’ kuah kari ,dal dan sambal. Lebih lazat lagi ia turut ditambah dua biji telur separuh masak. Mantap!!
Kalau makan hidangan ni, comfirm kenyang! Hanya dengan RM2.40 satu set bersama air teh atau teh o ais, anda dah boleh tersenyum puas. Lebih istimewa, keenakan Sambal Bilis homemade yang dihidang bersama menjadikan campuran kuah cicah ini menjadi lebih enak. Ada juga Kari Sardin juga uols. Fuhhh! Memang power!
Dek kerana penangan viral ini juga, setiap hari Pak Ali terpaksa menggunakan 35kg tepung untuk menyediakan roti canai berbanding hanya 20kg sebelum ini. Seawal 7.00 pagi lagi pelanggan sudah beratur panjang. Mai lambat, memang rugi. Sewaktu kunjungan RASA, jam 10.30 pagi pun masih ramai lagi pelanggan memenuhi gerai ni. Malah Pak Ali juga menawarkan diskaun untuk para pelajar. Maka tak hairanlah gerai yang terletak di Pantai Dalam ini cukup terkenal di kalangan siswa siswi Universiti Malaya.
Di samping roti canai ‘tsunami’, Pak Ali turut menyediakan roti telur, roti sardin, nasi lemak, bihun dan kuih muih. Memang banyak pilihan yang anda boleh cuba. Jika bawa anak-anak dan keluarga, memang sesuai sangat. Jika anda ingin singgah, gerai Pak Ali ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7.00 hingga 11.00 pagi. Selamat mencuba! – Faridah Talib
Info Kedai:
Roti Tsunami @Roti Canai Pak Ali
Depan Pantai Perumahan Pantai Permai
Jln Pantai Permai, Pantai Dalam,Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 7.00 pagi – 11.00 pagi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ni min nak kongsi lokasi makan sedap untuk korang cuba. Mungkin korang pernah melepasi gerai D’Warees Resepi ni, bersebelahan Kilang Gula CSR dan stesen minyak Petron.
Buat warga Shah Alam tak jauh tempatnya iaitu di Batu 3. Waze jer nama D’Warees terus jumpa tempat ni.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini kerana tarikan kari kepala ikan yang memang terangkat sedapnya.
Antara jenis ikan yang ditawarkan ialah Kerapu, Jenahak dan Ikan Merah. Setiap hari 50 – 60 kepala ikan terjual. Menurut pemiliknya, Ahmad Tarmizi Khalid kari kepala ikan ini adalah resipi olahan mereka sendiri mengikut kesesuaian cita rasa masyarakat Melayu khusus dan rakyat Malaysia amnya.
Operasi bermula seawal 630 pagi. Kari Kepala ikan mula dijual bermula dari 10 pagi hingga 430 petang. Dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Selain Itu Kari Kambing dan Asam pedas Ikan Mayong juga menjadi tarikan.
Harga kepala ikan bermula dari RM25-100 mengikut jenis dan saiz ikan. Setiap hari gerai ini mampu menjual sehingga 50-70 ketul kepala ikan.
Korang juga wajib cuba kuih onde-onde, pulut panggang, lepat, kuih bakar yang menjadi signature di sini.
Selebriti juga pernah datang ke sini antaranya Jaafar Onn, Dato’ Jamal Abdillah, Wan Maimunah, Linda Rafar, Nelydia Senrose & Zaidi Omar.
Boleh je terjah ke gerai ini tetapi dinasihatkan datang awal untuk dapat tempat duduk, Kalau tak kenalah menunggu.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.