Kek Batik Indulgence ni tengah hangat viral di laman-laman sosial dan grup masakan. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri manisan enak ini, resipi perkongsian saudari Ainie Syeema ni boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK BATIK INDULGENCE
BAHAN KEK BATIK (LOYANG SAIZ 6 INCI):
125gm mentega – boleh ganti dengan marjerin
100gm milo
90gm susu pekat manis
2 sudu makan serbuk koko
Esen vanilla secukupnya
150gm biskut Marie – boleh guna perisa coklat atau biasa
Tambahan 150ml sudu perisa coklat untuk kek batik versi lembut
CARA MEMASAK: 1. Pertama sekali, sediakan asas kek batik terlebih dahulu. Panaskan mentega dalam kuali / periuk. Lagi senang guna Non Stick Pan.
2. Bila mentega cair sepenuhnya, masukkan susu pekat manis dan bahan kering. Ada penambahan disitu, rahsia untuk boost flavour dengan meletakkan secubit garam dan sedikit serbuk Coffee / Nescaffe. Tambahan susu perisa coklat jika mahu buat kek batik versi lembut.
3. Masukkan Vanilla Flavour @ esen vanilla.
Ads
4. Akhir sekali masukkan Biskut Marrie yang dah dipatah-patahkan. Gaul hingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
5. Lapik loyang ‘loose base’ ( tapak boleh buka) dengan baking paper. Masa tengah panas ni, tekan adunan kek batiksupaya padat. Sejukkan pada suhu bilik, baru masukkan dalam peti ais. Biarkan mengeras selama 2 jam.
WHITE CHOCOLATE MOOSE
BAHAN-BAHAN:
200gm dairy whipping cream ( krim putar tenusu)
80gm coklat compound putih ( white chocolate)
1 sudu teh gelatin+ 1 sudu makan air sejuk
1 sudu teh Chef Amer Silky Vanilla Flavour – boleh ganti dengan esen vanilla
CARA MEMASAK: 1 . Pukul Dairy Whipping Cream pada kelajuan sederhana, sampai soft peak sahaja. Jangan over beat sampai kental, nanti mousse akan jadi ketul ketul. Ketepikan.
2. Cairkan coklat putih guna kaedah double boiler atau guna microwave sahaja. Ketepikan.
3. Cairkan gelatin yang dicampur dengan air sejuk tadi menggunakan microwave atau kaedah double boiler. Kacau sampai larut. Ketepikan.
4. Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream. Coklat kena masukkan masa masih suam. Kaup balikkan hingga sebati. Jangan kacau lama sangat nanti terlebih pukul.
5. Masukkan gelatin dan esen vanilla. Kacau sebati.
6. Tuang White Chocolate Moosse ke atas Kek Batik yang sudah disejukkan tadi. Ratakan. Pastikan Kek Batik telah dibuat awal sekurang-kurangnya 2 jam sebelum membuat mousse.
7. Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit.
Ads
8. Bila mousse dah betul-betul ‘set’, curahkan Chocolate Ganache diatasnya. ( resipi ada di bawah)
9. Sejukkan Kek Batik Indulgence selama 2 jam supaya kek betul-betul set’.
10. ‘Bila kek dah sejuk, keluarkan dari loyang, potong dan nikmati.
INFO: Untuk potongan kek yang cantik dan kemas, guna pisau yang telah dilayur diatas api atau dicelup dengan air suam.
Ads
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN:
300gm dairy whipping cream
30gm sirap glukos – boleh beli di kedai bakeri
500gm coklat gelap
20gm mentega
CARA MEMASAK: 1. Didihkan sirap glukos bersama dengan whipping cream. 2.Tuang ke dalam bekas berisi coklat gelap. Kacau hingga coklat larut sepenuhya. 3. Tambahkan mentega. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Sedapnya Paprik Sotong. Makan menu begini, sekejap sahaja sudah licin dinikmati. Andai beli, memang tidak berbaloi. Hirisan sotong pun tak nampak. Yang banyak hanyalah hirisan sayur dan bawang. Nak masak menu ini untuk keluarga? Jom cuba resipi perkongsian saudara Wan LuQman ni. Pasti puas hati.
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan cili padi.
2.Masukkan cili giling, tumis hingga sedikit garing.
3.Masukkan sotong yang telah dibersihkan dan dihiris. Jika guna siput sedut atau lala pun sedap.
4.Kacau semua bahan hingga sebati.
5.Sediakan sos dengan mencampur semua bahan dan sebatikan.
6.Masukkan campuran sos ke dalam kuali.
7.Masukkan sedikit gula. Sesuaikan dengan kepedasan cili yang anda guna.
8.Seterusnya masukkan hirisan sayur-sayur paprika seperti lobak merah, bunga kubis, daun limau purut, kacang panjang dan juga hirisan bawang holland.
9.Gaul semua bahan hingga bergaul rata.
10.Masukkan sedikit air bancuhan tepung jagung. Jangan letak banyak kerana sotong sudah berair.
11.Paprik Sotong siap untuk dihidang.
INFO: Nak lagi enak, guna sotong mambang / sotong katak. Sotong jenis ini senang dihiris untuk dibuat corak kerana isinya yang tebal dan tidak mudah kecut bila dimasak.
Resipi di bawah ni untuk 800g daging kisar. Empunya resipi Fatimah Naamat guna jenama Ramly. Kalau nak guna paket 400g je, bahagi dua je resepi ni okeh.
Bakso atau bebola daging dibuat sendiri pastinya lebih segar dan selama tanpa MSG atau bahan pengawet. Lebihan daging korban tu bolehlah dikisar dan dibuat bakso kan. Sedapnyaaa…
BAKSO ‘HOMEMADE’
BAHAN-BAHAN : 800g daging kisar
1 biji telur saiz A
4 sudu besar tepung jagung/ubi
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang besar – cincang halus
Lada sulah Lobak merah | hancur jika suka
Garam secukup rasa CARA MEMASAK : 1. Pastikan daging kisar tu suhu bilik ya. Nanti tangan kita beku bak air batu.
2. Campurkan semua bahan. Boleh juga kalau nak campur carrot hancur ataupun daun bawang.
3. Bulat-bulatkan comel comel.
4. Rebus air hingga mendidih.
5. Masukkan bakso mentah tadi. Rebus hingga ianya terapung di permukaan.
6. Angkat. Boleh simpan frozen kalau mahu.
7. Air rebusan boleh guna untuk buat kuah sup Bakso tau.
Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman.
Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.