Masakan Thailand terutamanya tomyam semestinya antara hidangan yang digemari ramai. Rasanya yang pedas, masam dan cukup manis masinnya membuatkan ia antara juadah yang wajib ‘order’ bila makan di restoran. Bagi yang gemarkan tomyam, anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Hasilnya? Pastinya sama dengan rasa yang anda beli tu, malah lebih sedap kerana anda boleh menambah pelbagai lauk pauk kegemaran. Bestkan? Jom lihat cara-cara membuatTomyam Poktek ( seafood).
TOMYAM POKTEK
BAHAN-BAHAN:
Udang
Sotong | dibersihkan
Isi ikan kembung
2 biji tomato | belah 4
2 batang serai | diketuk
Lengkuas
5 biji cili padi merah | diketuk
Cendawan enoki
4 sudu besar santan @ susu cair
Daun ketumbar
3 helai daun limau purut
3 biji limau nipis
1 biji bawang besar
Batang dan akar ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
600ml air
4-5 sudu makan sos nampla ( sos ikan)
CARA MEMASAK:
1. Masuk serai, lengkuas, kiub ikan bilis, daun limau purut, batang & akar ketumbar dan cili ketuk ke dalam periuk.Masuk 600ml air( anggaran dalam 3 cawan besar).
2. Bila dah mendidih, masukkan tomato dan bawang besar. Biar didih sekali lagi.
Ads
3. Kemudian masukkan udang, sotong dan ikan satu persatu. Masuk angkat bahan-bahan tadi dengan tangan. Jangan lingkupkan dengan bekasnya sebab taknak air termasuk sekali atau tos hingga kering.
4. Cara potong limau. Elakkan terhiris biji limau kerana ia akan memberikan rasa pahit.
Ads
5. Perah limau nipis satu persatu dan sesuaikan rasa masam mengikut citarasa.
6. Cendawan mudah lembik, jadi masukkan apabila tomyam dah hampir masak.
Ads
7. Masuk nampla (sos ikan) dalam anggaran 4-5 sudu makan.Tunggu mendidih sekali lagi.
8. Bila dah mendidih, masukkan santan @ susu cair. Terus matikan api. Tabur daun ketumbar.
Tengok gambar masakan sahaja dah cukup buat kita terliur. Ha..jangan tak tahu, ini adalah hasil air tangan orang lelaki; Encik Mat Jambu Golok. Pemuda ini memang pandai memasak. Lihat sahaja akaun facebook beliau, ada macam-macam masakan yang beliau hasilkan.
Bagi sesetengah orang, hidangan ini mungkin nampak biasa tapi percayalah rasanya memang luar biasa. Malah menu ni juga mudah dihasilkan serta mampu menaikkan selera. Kombinasi rasa pedas, masam serta haruman rempah yang digunakan menjadikan hidangan ini lebih enak. Jom cuba!
Kepah Kerang Ala Thai
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kepah
1/2 kg kerang
4 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4 helai daun limau purut – hiris
1 sudu makan pes tomyam
5-6 biji limau nipis – ambil jus sahaja
3 biji tomato
Garam dan gula secukup rasa
1 batang timun
Kacang tanah tumbuk secukupnya
1 tangkai daun pasley atau daun ketumbar – hiris kasar
2 batang serai – hiris
CARA MEMASAK:
Kukus kerang dan kepah selama 5-10 minit.
Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan juga sedikit gula. Ia bertujuan mengelakkan air cili merecik pada mata.
Masukkan hirisan tomato. Tumbuk sampai lumat.
Kemudian masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Perah jus limau nipis anggaran dalam 5 biji.
Seterusnya masukkan kacang tanah, garam dan gula secukup rasa diikuti pes tomyam. Gaul lagi hingga sekata.
Masukkan semua bahan-bahan lain termasuk serai, kepah dan kerang.
Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.
Jom kita cuba buat!
KERANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.
TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.