Rakyat Malaysia memang sukakan hidangan tomyam. Makan dengan nasi panas dan telur dadar pun dah cukup menyelerakan. Bagi penggemar menu Thai ni, wajib cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Miya Aira ni. Tengok gambarnya sahaja sudah tahu sedap. Hmmm..Kecur liur. Jom cuba!
TOMYAM AYAM ALA THAI PALING SEDAP
BAHAN A:
Ayam secukupnya | potong kecil. Jika mahu lebih sedap, guna seafood.
1 biji bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
2 batang serai | ketuk dan hiris menyerong
6 helai daun limau purut | buang urat tengah untuk elakkan pahit
1. Masukkan 2 liter air atau lebih sedikit. Masukkan akar ketumbar. Akar ini dapat menyerlahkan lagi kesedapan tomyam.
2. Setelah air mendidih, masukkan ayam. Masak hingga isi ayam menjadi putih.
3. Masukkan semua bahan hiris dan bahan yang diketuk tadi. Kacau sebati.
4. Masukkan pes tomyam dan pes cili thai. Kacau sebati dan masukkan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Ads
5. Masukkan sayur. Masak hingga sayur empuk.
6. Bila dah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat. Kacau sebati dan padamkan api. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Perah limau jika perlu. Jika guna pes tomyam jenama seperti diatas, tidak perlu perah limau kerana rasanya sudah cukup masam.
Di waktu hujung minggu, mesti ramai yang duk tercari-cari resipi yang istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah menu ayam panggang. Ha…anak-anak memang suka ni. Sedap! Buat seekor, satu keluarga boleh makan dengan puas. Nak masak pun tak susah. Jom cuba!
1. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
2. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF:Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Bila sebut pasal menu lauk ni, kadang-kadang mak-mak pun buntu nak buat lauk apa kan.
Apa kata buat menu ayam masak madu yang super sedap tapi mudah je nak buat? Resipi daripada Rina AliNa ini tak ambil masa yang lama pun untuk memasaknya.
1. Kelar dada ayam seperti dalam gambar. Sapukan garam dan lada hitam. Gaul sebati ya.
2. Kemudian, golek-golekkan dada ayam dalam tepung gandum. Golekkan biar bagi sekata ya. 3. Cairkan planta dalam kuali. Masukkan dada ayam. Masak sekata ya. Jangan lupa untuk balik-balikkan.
4. Bubuh lagi planta dalam 2 sudu besar di tepi kuali. Masukkan bawang putih cincang, kicap manis, cuka dan madu. Gaul sebati. 5. Lepas tu, golek-golekkan ayam biar bagi sebati. Jangan lupa gunakan api kecil saja.
Menu Ayam Goreng Berempah Garing ni nampak mudah dan sedap. Biasanya anak-anak kurang berminat makan ayam goreng ayam yang berjintan, jadi sesuailah cuba resipi ni. Asalkan ada tepung bestari original. Pasti lebih digemari. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Atiqah Binti Abu Hassan ni. Moga bermanfaat!
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH GARING TANPA GUNA JINTAN
BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam 2 sudu makan biji ketumbar (lebihkan lagi sedap) – kisar kering – beli online disini 5 ulas bawang putih – kisar kering 2 inci halia (lebihkan lagi sedap) – kisar kering 5 batang serai (lebihkan lagi sedap. Ambil bahagian lembut) – kisar kering 1 sudu makan serbuk cili – beli online disini 3 sudu makan Tepung bestari original (wajib ada. Memang sedap) – beli online disini 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar kering. Tuang atas ayam yang sudah siap dicuci dan dipotong kecil. 2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari. Gaulkan sampai melekat elok. Letak sikit air jika perlu. Perap dalam peti sejuk. 3. Panaskan minyak masak dan goreng macam biasa hingga garing sempurna.
INFO:
Tidak guna bawang besar@bawang merah sebab nak elak berair. Jadi nanti ayam akan lebih cepat garing rempahnya.
Tidak letak garam sebab tepung bestari sudah mempunyai rasa masin.
Tepung bestari tak perlu banyak. Cukup sekadar dapat salut dan bagi bahan rempah melekat elok.
Nak lebih pantas dan mudah, boleh kisar lebih bahan kisar kering dan simpan dalam peti sejuk. Bila-bila nak buat ayam goreng berempah cuma salutkan saja dengan pes kisar sedia ada, cuma tambahkan serbuk cili, serbuk kunyit dan tepung bestari sahaja.