Tak tahu nak masak menu apa untuk keluarga? Boleh cuba resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padiperkongsian saudari Nurul Ateekah yang sangat mudah ini. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja. Memang puas hati. Sesuai dinikmati bersama nasi putih hangat. Jomlah cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK TELUR DAN TAUHU MASAK KICAP CILI HIJAU
BAHAN-BAHAN: 8 biji telur – direbus & dibuang kulit 1 ketul tauhu – dipotong 6 1 biji tomato – dipotong 2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan – beli online disini 7 biji cili padi merah 7 biji cili padi hijau 1 sudu kecil perencah sup – beli online disini 2 sudu besar Sos Tiram – beli online disini 5-6 sudu besar kicap manis – beli online disini 1 sudu besar gula 1 sudu kecil serbuk perasa ½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online disini
BAHAN KISAR: 7 batang cili hijau 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih
Ads
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Bila minyak betul-betul panas, masukkan telur. Masak selama 1-2 minit atau hingga permukaan telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 2. Gorengkan tauhu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan. 3. Seterusnya goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan ketepikan juga. 4. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bahan yang dikisar sehingga kering.
5. Masukkan cili padi hijau, cili padi merah dan tomato.
6. Kemudian masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Gaul rata.
7. Akhir sekali, masukkan telur, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan padamkan api.
8. Angkat dan siap dihidang.
INFO: Tujuan telur perlu digoreng terlebih dahulu adalah untuk membuatkan sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.
Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong – potong 12-14
3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)
1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja)
Makan lempeng cicah sambal bilis atau sardin waktu pagi memang sedap. Kalau biasa hanya buat lempeng kosong, boleh ubah sedikit cita rasa dengan buat lempeng sayur.
Lempeng sayur ini ‘ada rasa’ berbanding yang kosong malah sayur yang dimasukkan boleh dipelbagai mengikut citarasa. Nak makan begitu saja pun boleh. Cara membuat lempeng sayur ini dikongsi oleh Dapur Dak Maz.
Cara buat lempeng sayur
Bahan-bahan
1 paket 850g tepung gandum
1 ikat daun bawang & daun sup
1 Labu bawang merah
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Air masak secukupnya (ikut kesesuaian adunan)
Pewarna Kuning
Garam & Serbuk Perasa
Minyak masak
Cara membuat
1. Hiris nipis bawang merah dan potongkan daun bawang serta daun sup satukan bahan tersebut.
2. Gaulkan semua bahan, pecahkan telor.
3. Masukkan air sikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang betul. Bancuhan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.
4. Letakkan peras, biarkan adunan selama 1/2 jam.
5. Kemudian barulah boleh di canaikan di atas kuali leper. Sebelum canaikkan oleskan dengan minyak masak sedikit.
6. Guna api yang perlahan.Terbalikkan jika lempeng di bawah sudah nampak keperangan sedikit. Siap di hiding dengan sambal ikan bilis.
Tercari-cari resipi Mi Goreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, resipi ini tidak menggunakan telur tetapi tauhu hancur memberikan rasa lebih enak dan tekstur seakan menggunakan telur. Cukup rasa pedas, manis dan masinnya. Wah… Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.
CARA MASAK MI GORENG BASAH SEAFOO TAUHU HANCUR
BAHAN-BAHAN:
500gm mi kuning 15 ekor udang saiz sederhana 2 ekor sotong saiz besar Tauge secukupnya Sawi secukupnya 1 keping besar tauhu @ taukua – dihancurkan 1 biji tomato – dibelah 6 7 sudu makan kicap manis – beli online disini 1 sudu makan sos tiram – beli online disini 1 sudu makan sos cili – beli online disini 1 sudu makan sos tomato – beli online disini Minyak masak Serbuk perisa – jika perlu
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...