Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style @ Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadirani. Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak-anak dek kerana rasanya yang tidak pedas. Para ibu juga pasti suka kerana cara masaknya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Jom cuba masak hari ni untuk sajian keluarga tercinta.
CARA MASAK SWEET SOUR CHICKEN CHINESE STYLE
BAHAN AYAM: Isi ayam Kicap cair – beli online disini Lada sulah – beli online disini Tepung jagung – beli online disini Telur (sukatan bahan ikut jumlah ayam yang dugunakan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn readymade)
BAHAN SOS: Nanas – dipotong kecil Timun – dipotong dadu Tomato – dipotong dadu Lada benggala hijau dan merah – potong kecil Sos tomato – beli online disini Gula secukup rasa Bawang putih – dicincang 2-3 hiris halia Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas bersesuaian, perasakan ayam dengan kicap cair dan lada sulah. 2. Campurkan tepung jagung dan telur. Gaul sehingga sebati. 3.Salutkan ayam dengan adunan tepung jagung dan telur. 4.Gorengkan ayam dengan menggunakan api sederhana sehingga keperangan. Untuk lebih mudah, boleh guna ayam popcorn segera.
Ads
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih.
6. Masukkan hirisan halia jika suka.
7. Seterusnya masukkan sos tomato dengan secukupnya. Sebatikan.
8. Tambahkan sedikit gula ke dalam tumisan sos tadi.
9. Masukkan juga sedikit air.
Ads
10. Bila sos kelihatan pecah minyak, masukkan semua buah dan sayur-sayuran (nanas, timun, tomato & lada benggala) yang telah dipotong tadi.
11. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya ayam bersalut sempurna dengan sos.
12. Sweet Sour Chicken Chinese Style sedia untuk dinikmati.
Setiap kali Raya, pasti majoriti daripada kita semua puas melihat bagaimana ibu bapa kita menyiapkan persiapan lauk untuk Raya yang kadang-kadang rasa sangat kagum dengan semangat dan cara mereka mebahagikan tugas walaupun penat berpuasa. Bukan mudah untuk menyediakan lebih dari satu menu dalam kuantiti yang banyak. Lauk Raya biasanya memang akan di masak dalam kuantiti yang banyak untuk dijamu kepada setiap tetamu yang datang menziarah.
Ini 4 menu wajib ada ketika Raya yang kebanyakan daripada kita memilih menu ini untuk disediakan di rumah.
Selalu mengeluh ayam goreng selalu tak rangup? Atau dah boring dengan ayam kunyit? Jangan mengeluh ada jalan penyelesaiannya. Semua orang suka ayam goreng kan? Lebih-lebih lagi yang rangup krup krap. Ikut rahsia yang di kongsikan oleh Wan Luqman ni.. resepi ayam goreng syurga yang ketiga.
RESIPI AYAM GORENG SYURGA KETIGA
LANGKAH DEMI LANGKAH:
Ok ni ayam bahagian thigh, sedap sikit sebab bertulang. Nak seketul pun boleh, tp potong kecik2 lagi santek hasilnya
Panaskan air + garam sehingga mendidih, lepas tu celur ayam tu. Proses ni utk dapat isi yang lembut, jadi tak perlu goreng ayam terlalu lama. Tapi kalau nak skit proses ni pun boleh
Ni ayam selepas dicelur.
Gunakan tepung bancuhan kfc atau tepung gandum untuk batterkan. Pecahkan sebiji telur (putih sahaja). Dalam kes ni, guna tepung seri mewah…bestari x cun
Ayam yang telah dibatterkan
Ini untuk salutan tepung kering
– tepung kfc
– tepung gandum
– tepung beras sikit
– baking powder
Gaulkan ayam yang telah dibatterkan tadi
Tips menggoreng, pastikan minayk betul2 panas (jangan buka api kuat untuk cepat panas. Biar hukum alam yg menentukan). Bila dah letak ayam, JANGAN GAUL balik…biarkan dia mengeras baru balik
Bila sebahagian dah mengeras, baru balikkan ayam tu. Kalau boleh, deep fried (minyak banyak) supaya lebihan tepung akan jatuh kebawah. Jadi x ganggu ayam yang akan digoreng kemudian.
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom try resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
ASAM PEDAS TETEL
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel
15@20 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah kecil*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
1 sudu kecil lada hitam*
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka(saya guna sikit je. tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai – ketuk
Daging tetel yang belum dimasak. Foto: http://bukuresepiana.blogspot.my
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas hingga cili lembut..
Kisar bahan-bahan bertanda (*) sehingga halus.
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar tadi hingga garing.
Masukkan daging tetel. Masak sehingga air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam serta gula melaka secukupnya. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.