
Isi Kandungan
ToggleJom masak Sup Ayam hari ni. Istimewa Sup Ayam perkongsian saudara Yayar B. Awang Noh ini adalah ia menggunakan banyak bawang goreng yang ditumis secara berasingan dan kemudiannya dituang ke dalam sup semasa kuah mendidih.
Aromanya…fuhhhh….Sangat wangi dan menyelerakan. Sesuai bagi anda yang suka hirup kuah sup panas, yang mempunyai aroma yang wangi serta ada rasa manis-manis bawang. Memang tak jemu.
Jom cuba masak menu ni. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
CARA MASAK SUP AYAM YAYAR
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam – potong kecil
Halia sebesar ibu jari – ketuk
7 ulas bawang putih – tumbuk
1 sudu lada hitam – tumbuk bersama bawang putih – beli online disini
1 sudu serbuk lada putih – beli online disini
3 sudu stok ayam – beli online disini
2 sudu serbuk rempah sup – beli online disini
1 bunjut sup – beli online disini
1 akar daun sup
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
7-8 biji bawang merah – hiris nipis
Minyak masak secukupnya
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
CARA MEMASAK:
1.Bersihkn ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama semua bahan-bahan lain kecuali garam. Masak hingga mendidih dan ayam masak sempurna.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dengan secukupnya dan goreng bawang merah hingga garing.
3. Masukkan bawang merah goreng bersama minyak gorengan ke dalam sup yang sedang mendidih.
4. Gaul sebati dan tabur hirisan daun bawang serta daun sup.

5. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan Sup Ayam Tumis Darat sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Yayar B. Awang Noh
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
Tak Perlu Kisar Rempah, Resipi Kari Ayam Sedap Ni Memang Mudah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gulai Ayam Cincang Tanpa Santan Yang Sangat Sedap, Menu Jimat PKP.

Anda wajib cuba menu ni, ia sangat sedap dan boleh buat lebih kerana ia bukan hanya boleh dimakan dengan nasi tetapi juga boleh dicicah dengan roti, roti canai dan cucur untuk hidangan sarapan atau minum petang anda sekeluarga. Jimat masa dan tenaga. Untuk resipi penuh anda boleh rujuk di bawah.
GULAI AYAM CINCANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong kecil
1 biji tomato | potong empat
10 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
3 batang serai | titik
1 kiub pati ayam
1 keping asam gelugor
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
5-6 biji cili padi
3 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
4 helai daun limau purut | buang urat tengahnya
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk atau kuali.
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
- Setelah ayam kecut masukkan air, asam keping, asam jawa dan sedikit air.
- Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
- Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
- Gulai Ayam Cincang sedia dihidangkan.
INFO: Jika anda menggunakan ayam kampung ia lebih sedap. Atau jika ingin menggunakan daging juga boleh. Terpulang pada cita rasa.
Lagi resipi berkaitan:
https://www.rasa.my/rahsia-kurma-ayam-terlajar-sedap-boleh-cuba-ni/
https://www.rasa.my/dua-menu-ayam-sedap-paling-senang-masak-comfirm-sekeluarga-suka/
https://www.rasa.my/opor-ayam-kampung-sedap-padu-masak-pun-senang/
https://www.rasa.my/resipi-ayam-masak-bawang-pulau-pinang-menu-popular-restoran-nasi-kandar/
https://www.rasa.my/cara-buat-ayam-goreng-pandan-thai-yang-sedap-harum-aroma-pandannya/
Lapan Sajian Diet Yang Sedap Menyelerakan.

Siapa kata sajian diet tidak menyelerakan. Sebenarnya kita masih boleh menikmati makanan yang penuh berkhasiat dan sedap. Paling penting sebenarnya kena rajin mencuba resipi baru bersesuaian dengan selera kita sendiri.
1. SANDWIC SALMON
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping ikan salmon
- 1 batang roti baguette
- 500gm salad campur
- 1 biji cili benggala merah-bakar, buang kulit, hiris nipis
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
- Sedikit Mayones
- Sedikit minyak zaitun
- Sedikit mentega
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Sapukan serbuk lada sulah dan garam sehingga rata pada kepingan salmon.
- Goreng ikan salmon menggunakan minyak zaitun dan sedikit mentega sehingga masak. Apabila masak, potong isi ikan salmon kecil-kecil. Ketepikan.
- Baguatte dipotong 5cm panjang dan dibelah dua. Sapukan mayones sehingga rata pada kepingan roti. Letakkan isi ikan salmon, daun salad, cili benggala dan akhir sekali tutup dengan sekeping lagi roti untuk dijadikan sandwic.
- Siap untuk dihidangkan.
Info Chef: Ikan boleh digoreng dengan sedikit minyak sayuran yang dicampurkan mentega untuk menggantikan minyak zaitun. Boleh juga diletakkan kepingan keju cheddar.
2. AYAM PANGGANG ROSEMARY BERMADU DAN KENTANG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam
- 3 sudu makan madu
- 1 sudu teh rempah Rosemary kering
- 1 tangkai parsli segar -cincang halus
- 4 sudu makan mentega-suhu bilik
- 1 labu bawang besar-belah dua
- 1 labu bawang putih-tumbuk
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN UNTUK KENTANG MENTEGA:
- 300gm kentang kecil
- 1 sudu makan mentega
- 1 cawan susu segar
- Sedikit daun parsli
- Sedikit serbuk lada hitam
- Sedikit Garam
- Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ayam dibasuh bersih dan dilap kering menggunakan tuala/tisu dapur. Lumurkan tiga sudu makan madu pada keseluruhan ayam luar dan dalam. Ketepikan.
- Bancuh mentega bersama Rosemary, parsli, lada hitam, garam dan bawang putih. Sumbatkan bancuhan tadi di bawah kulit ayam, di dalam badan ayam serta di dalam badan ayam.
- Akhir sekali sumbat bawang besar ke dalam perut ayam. Ikat kaki ayam tadi menggunakan tali guni.
- Bakar di dalam oven selam 45 minit dengan suhu 180 selcius atau sehingga masak.
- Angkat dan sedia dinikmati.
- Untuk menu sampingan kentang; kentang direbus bersama air, susu segar, sedikit lada hitam, sedikit garam dan satu sudu makan mentega hingga empuk.
- Apabila masak, taburkan cincangan daun parsli, gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan bersama ayam panggang Rosemary.
Info chef: Apabila membakar jus ayam tersebut akan keluar, jangan dibuang, jus tersebut boleh dijadikan sos untuk ayam. Kisar bawang yang telah disumbat ke dalam ayam hingga hancur. Masak kembali bawang tersebut bersama jus ayam tadi. Tambahkan garam, stok ayam, lada hitam dan tepung gandum bagi memekatkan kuah.
3. UDANG PANGGANG SALAD
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu teh ‘mix spice’
- Serbuk lada sulah secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Sedikit daun salad-dicarik-carik
- 1 labu bawang besar-hiris bulat nipis-nipis
- Lidi sate untuk mencucuk udang
- Minyak zaitun untuk memanggang
CARA MEMASAK:
- Perap udang bersama madu, mix spice, lada hitam dan garam selama 1 jam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali pemanggang dan panggang udang tersebut sehingga masak.
- Angkat dan biarkan sebentar kemudian cucuklah udang tersebut dengan lidi sate untuk mendapat hasil yang menarik.
- Alaskan daun salad di dalam pinggan dan hirisan bawang besar. Letak udang di atasnya.
- Sedia dinikmati.
Info chef: Boleh panggang udang lebih lama untuk dapatkan kesan hitam ‘terbakar’.
4. SALAD AYAM AVOKADO
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping dada ayam
- 1 biji avokado-hiris nipis
- 2 sudu makan madu
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 500gm salad campuran
- 5 biji tomato ceri-belah dua atau empat
- 1 labu bawang besar-hiris nipis
- 2 ulas bawang putih-cincang halus
- 1 sudu teh rempah BBQ
- 1 sudu makan cuka epal/makan
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Mentega untuk memanggang secukupnya
BAHAN SOS SALAD:
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 biji bawang putih-racik halus
- 1 sudu makan cuka epal
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dada ayam diperap dengan dua sudu makan madu, rempah BBQ, lada hitam dan garam. Perap selama satu jam. Ketepikan.
- Panaskan mentega dengan sedikit minyak zaitun di dalam kuali pemanggang kemudian pangganglah dada ayam tersebut hingga masak. Biarlah ia sejuk sebentar kemudian dihiris kecil-kecil. Ketepikan.
- Untuk membuat sos salad, bancuh dua sudu makan minyak zaitun, cuka epal/masakan, bawang putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau menggunakan pemukul telur hingga sebati.
- Di dalam mangkuk salad, gaul sebati daun salad yang telah dicarik kecil-kecil bersama hirisan avokado, ceri tomato dan bawang besar bersama sos salad tersebut. Taburkan isi ayam di atasnya.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika tiada cuka epal, boleh guna cuka masakan.
5. MINI PAI AYAM BERSAMA BAYAM DAN CENDAWAN
BAHAN- BAHAN UNTUK DOH PAI :
- 200gm tepung
- 100gm mentega sejuk
- 2 sudu makan air sejuk
BAHAN-BAHAN UNTUK INTI PAI:
- 500gm isi ayam dada-dadu kecil
- 500 gram sayur bayam-ambil daun sahaja
- 10 biji cendawan butang-hiris nipis
- 1 biji bawang Holland-dadu kecil
- 4 ulas bawang putih-cincang halus
- 1 cawan susu segar
- 4 biji telur
- 1 sudu teh minyak Zaitun
- Garam secukup rasa
BAHAN SAPUAN:
- 1 biji telur dipukul
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan doh:
- Ayakkan tepung dan potong dadu mentega.
- Gaulkan tepung dan mentega didadu dengan cara meramas adunan.
- Masukkan air dan uli sehingga adunan bersatu dan tidak berderai.
- Bungkus adunan dalam plastik dan rehatkan adunan dalam peti ais selama 30 minit. Ketepikan.
- Untuk menyediakan inti pai: Panaskan satu sudu teh minyak Zaitun dalam kuali, masukkan bawang Holland dan masak sehingga bawang menjadi lembut. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam masak.
- Masukkan bawang putih dan cendawan, dan kacau sehingga sedikit garing dan asingkan.
- Kemudian masukkan sayur bayam dan masak sehingga layu.
- Di dalam mangkuk berasingan, pecahkan 4 biji telur, masukkan susu dan kacau sehingga adunan sebati.
- Tambahkan sayur yang telah dimasak tadi ke dalam campuran telur dan susu. Ketepikan.
Untuk menyediakan pai:
- Keluarkan doh pai yang direhatkan tadi.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
- Tabur tepung di atas alas menggelek dan gelekkan adunan sehingga menjadi setebal ½ cm.
- Potong adunan bulat dan lebihkan sebanyak 2cm dari acuan pai berukuran 5cm.
- Sapu acuan dengan mentega dan letakkan adunan di atas acuan dan bentukkan adunan mengikut acuan.
- Potong lebihan adunan dengan belakang pisau yang tumpul.
- Potong kertas pembakar bentuk bulat, lapikkan di atas adunan dan masukkan beras di atasnya.
- Bakar adunan pai di dalam ketuhar selama 15 minit.
- Keluarkan adunan pai dari ketuhar dan sapukan dengan telur dipukul dan isikan inti pai.
- Bakar semula selama 15 minit.
- Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.
- Hidangkan bersama salad.
INFO CHEF:
- Adunan pai boleh juga diadun menggunakan food processor.
- Pemberat untuk membakar pai boleh ditukar dengan kacang hijau atau kekacang lain.
6. DADA AYAM DAN SAYUR PANGGANG BERSAMA ROTI PITA
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi ayam dada
- 1 sudu teh minyak zaitun
- 1 sudu teh Italian spices
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 3 ulas bawang putih-ketuk
- 1 biji lada benggala kuning-hiris panjang
- 1 biji lada benggala kuning-hiris panjang
- 1 biji bawang Holland-hiris bulat
- Garam secukup rasa
- 4 keping roti pita mil penuh
CARA MEMASAK:
- Basuh isi ayam, buang kulit dan lemak.
- Perap isi ayam dengan “italian Spices”, serbuk cili, serbuk lada hitam dan garam di dalam satu bekas. Rehatkan perapan minimum 1 jam untuk rasa yang sebati.Ketepikan.
- Di dalam bekas berasingan, perap lada-lada benggala dan bawang Holland dengan serbuk lada hitam dan garam. Rehatkan seketika. Ketepikan.
- Panggang roti pita dan ketepikan.
- Tuang sedikit minyak Zaitun dan letakkan perapan ayam dan sayur di atas pemanggang.
- Masak ayam selama lima minit setiap bahagian.
- Panggang lada-lada bengala sehingga terhasil kesan panggang.
- Angkat dan biarkan ayam seketika sebelum menghiris untuk memerangkap jus.
- Sedia dhidang bersama roti pita.
INFO CHEF: Untuk lebih mudah makan, sumbat ayam dan bahan lain ke dalam roti pita.
7. FALAFEL BERSAMA SOS YOGURT
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS :
- 150 ml yogurt asli
- 1/2 biji tomato-dadu kecil
- 1 sudu teh daun parsli-hiris nipis
- 1 sudu teh daun ketumbar
- 2 sudu besar perahan lemon
BAHAN-BAHAN FALAFEL:
- 300gm kacang kuda di dalam tin
- 1 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan daun parsli
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 sudu teh jintan putih
- 2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat sos, satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul sekata dan ketepikan.
- Untuk membuat falafel; Toskan kacang kuda dan masukkan ke dalam bekas.
- Tuangkan semua bahan ke dalam bekas itu, gaul rata dan lenyek kasar.
- Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan leperkan.
- Rehatkan di dalam peti ais selama 10 minit.
- Kemudian, panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng falafel sehingga berwarna coklat gelap.
- Angkat, tos dan sedia dihidangkan bersama sos masam dan salad jika suka.
INFO CHEF: Proses membuat adunan juga boleh menggunakan food processor.
8. SALAD AYAM ALA MEDITERRANEAN
BAHAN-BAHAN PERAPAN AYAM:
- 750gm isi ayam dada
- 3 Ulas bawang putih-dadu kecil
- 1 sudu teh Italian spices
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
BAHAN- BAHAN SALAD :
- 5 sudu besar yogurt asli
- helai daun salad-hiris kasar
- 5 sudu besar buah delima
- 2 biji buah oren-ambil isi sahaja
- 1 biji bawang Holland-hiris panjang
- ½ biji lada benggala hijau
- ½ biji lada benggala kuning
- ½ biji tomato-potong dadu
- 3 sudu makan air perahan lemon
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan ayam; Basuh ayam dan tos sehingga kering. Ketepikan.
- Di dalam bekas plastik tahan haba, masukkan ayam, bawang putih, Italian spices, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kemudian gaul rata.
- Perapkan ayam selama 20 minit di dalam peti ais.
- Selepas 20 minit keluarkan perapan daripada peti.
- Masukkan air di dalam periuk dan kemudian masukkan plastik tahan haba berisi perapan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga ayam masak dan ketepikan.
- Untuk menyediakan salad: Di dalam bekas salad, carik kasar ayam rebus tadi sehingga habis. Masukkan daun salad, bawang, tomato, lada-lada benggala, air perahan lemon dan 5 sudu besar yogurt dan kemudian gaul rata. Taburkan buah delima dan hirisan oren.
- Sedia dihidang.
INFO CHEF: Perapan ayam akan lebih sedap jika dibiarkan semalaman.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
Beef & Tuna Sandwich, 2 Resipi Untuk Sarapan Pagi Yang Penuh Tenaga
DAN JUGA VIDEO INI :
Resipi Ayam Panggang Sedap, Mudah & Tak Guna Banyak Bahan.

Ayam panggang atau ayam golek memang jadi kegemaran ramai. Pergilah kemana sahaja pasar malam, pasti ada menu ini yang dijual. Harganya pun boleh tahan mahal. Bagi anda yang nak cuba masak Ayam Panggang homemade untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Sitjua Jua ni antara yang paling mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK AYAM PANGGANG HOMEMADE PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan kicap
BAHAN PERAP:
- 1/2 biji bawang holland
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan perap dan kisar halus.
2. Bersihkan ayam, lumurkan dengan garam secukupnya. Kemudian perap dengan bahan yang dikisar tadi.
3. Tambahkan kicap lemak manis. Gaul sekata supaya sebati. Perap. Untuk rasa lebih sedap, disarankan perap semalaman.
4. Untuk memasak, boleh dipanggang menggunakan air fryer menggunaka suhu 170C selama 30 minit. Jika tiada, boleh panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang lain.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Sitjua Jua