Bebola ikan atau fishball pastinya menjadi kegemaran ramai. Teksturnya yang kenyal serta kaya dengan rasa ikan, menjadikan ia enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan. Ada yang suka buat fishball celup tepung, fishball goreng, dihidangkan dengan sup, ditambah dalam masakan dan banyak lagi. Banyak produk ini dijual di pasaraya namun tahap kebersihan serta cara pemprosesannya diragui. Nah, kali ini anda boleh hasilkan sendiri ‘homemade fishball’ untuk kegunaan keluarga. Lebih jimat, diyakini halal serta bersih bahkan memang puas makan. Jom cuba!
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ikan tenggiri atau “yellow fish tail” (paling sesuai) segar
2 sudu teh tepung jagung
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 – 3/4 cawan air sejuk (dalam peti)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kikis isi ikan menggunakan sudu ceramik.Ambil hanya isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan hingga lumat.
3. Masukkan tepung jagung, garam dan lada sulah. Gaul sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mendapat tekstur yang tidak likat sangat dan tidak lembik sangat. Lebih kurang macam adunan cucur pisang.
4. Kemudian keluarkan adunan dan masukkan ke dalam besen kecil. Basahkan tangan dan ambil adunan sedikit demi sedikit. Baling @ hempas adunan ikan tadi ke dalam besen berulang kali sehingga anda rasa adunan menjadi kenyal, berkilat dan licin. Semakin lama adunan dihempas, semakin kenyal tekstur fishball anda.
5. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bebola seperti di dalam gambar.
Ads
6. Ambil fishball menggunakan sudu dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yang telah dibancuh dengan 1 sudu garam. Rendam selama 15 minit.
7. Didihkan air dan masak fishball anda sehingga terapung. Kemudian bolehlah di toskan airnya dan dimasak mengikut citarasa.
Ads
Nota: Bebola ikan ini enak dinikmati bersama sup sayur, yong tau fu atau dijadikan penambah rasa dalam sajian nasi atau mi goreng. Ia juga boleh disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.
Sambal bilis kacang ini boleh jadi lauk tapi sedap juga diratah begitu saja. Kalau dapat yang rangup boleh habis sebekas.
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan digoreng garing
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut cita rasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yang dikisar. Masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, matikan api.
5. Biarkan sambal sejuk kemudian masukkan bahan yang digoreng. Kacau sebati. Siap!
Tip sambal kacang kekal rangup
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain) waktu tumisan sudah terbit minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilis, kacang dan hidupkan kembali api.
Cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Resipi rebus sihat dan baik untuk yang sedang diet tetapi sangat berbahaya. Sebab kalau sudah makan boleh terlupa sudah makan nasi betambah-tambah.
MASAK IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong dadu
1 biji limau kasturi
4 biji cili api. Kalau nak letak banyak ikut suka pun boleh.
1/2 biji cili besar. Kalau nak letak sebiji pun boleh.
Air asam jawa
Seinci belacan bakar
Gula
Garam.
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan sekeping asam gelugor
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Kalau tak ada santan atau susu cair, kita masih tetap boleh kari. Kari tak semestinya menggunakan santan atau susu cair pun sebenarnya. Korang masih tetap boleh buat kari yang sedap dengan mengikut resipi ini.
KARI IKAN TANPA SANTAN
BAHAN-BAHAN
5 ulas bawang merah (diracik)
3 ulas bawang putih (diracik)
2 cm halia | diracik
Halba campur
Serbuk kari (bancuh dengan air jadikan pes)
1 ekor ikan (lumur garam dan kunyit)
Daun kari
Bendi
Tomato
Bahan untuk tumis.
Ikan tu lumur dengan garam dan kunyit.
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan halba dan tumis sehingga naik wangi. Kemudian masukkan pes serbuk kari.
2. Masukkan air untuk kuah dan masukkan ikan.
3. Selepas ikan masak, masukkan bendi dan tomato.
4. Masukkan garam dan matikan api.
5. Masukkan daun kari.
Selamat mencuba!
Kredit: Noraisah Abu Bakar
https://www.facebook.com/noraisahabubakar/videos/10209759727664733/
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...