Sotong Sumbat ni kalau beli, memang harganya mahal. Tak puas makan. Menerusi perkongsian saudari Qurra Rahman, beliau kongsikan cara-cara nak masak menu Sotong Sumbat paling padu. Sedap….Berbaloi cuba.
CARA MASAK SOTONG SUMBAT SOS ALA THAI PADU
Ads
BAHAN-BAHAN:
9-10 ekor sotong – bersihkan
4 biji telur
2 ulas bawang putih – tumbuk
Bawang Holland secukupnya – potong dadu
Daun ketumbar secukupnya – hiris
Serbuk perasa secukupnya
Lidi
Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS ALA THAI:
6-7 biji cili padi – tumbuk
3-4 ulas bawang putih – tumbuk
1-2 sudu makan sos ikan thai @ kicap sotong
2-3 biji jus limau nipis
2-3 sudu gula
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
CARA MEMASAK SOTONG : 1. Campurkan bawang putih, bawang besar dan daun ketumbar ke dalam bekas berisi telur. Pukul hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit perencah perasa.
2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan panaskan. Kemudian masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.
3. Masukkan telur yang dimasak tadi ke dalam sotong yang telah dibersihkan. Isi sampai perut sotong penuh. 4. Cantumkan kepala sotong dan cucuk guna lidi dengan kemas.
Ads
5. Untuk bakar, letak sotong atas bara api dan biarkan hingga sedikit masak. Kelar sedikit sotong supaya mudah untuk dimakan nanti.
CARA-CARA BUAT SOS : 1. Satukan cili padi, bawang putih, daun ketumbar, kicap sotong, gula dan limau nipis. Gaul sebati hingga semua bahan larut dan sebati. 2. Sedia untuk dinikmati bersama sotong bakar.
Mungkin ramai yang tak pernah makan ikan Yu kerana tidak biasa atau tidak pernah diperkenalkan cara memasaknya dari kecil. Selalunya kita tidak mahu mencuba kerana tidak biasa. Apa kata pecah kebiasaan itu dan boleh cuba buat masak kari. Rasanya memang best.
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan yu | dibuang kulit dan dipotong kecil
2 biji bawang besar | dimayang
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 cm halia | dihiris
3 sudu makan rempah kari
2 pelepah daun kari
2 sudu makan asam jawa
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.
2. Masukkan rempah kari. Masak seketika kemudian masukkan satu cawan air. Biar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan dua cawan air dan asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam dengan secukupnya.
Sedapnya lemang! Kalau makan dengan rendangatau serunding, memang terbaik. Bagi anda yang nak cuba hasilkan lemang secara homemade, resipi perkongsian Chef Sue M Arukin ni boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, anda tidak perlukan buluh dan tak perlu bakar. Hanya guna periuk kukusan dan juga cawan kertas. Mudah kan? Malah boleh hasilkan dalam kuantiti yang sedikit. Barulah tak membazir. Jom lihat cara-caranya. Selamat mencuba!
LEMANG CAWAN KERTAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg beras pulut – cuci & toskan
600ml santan pekat
1 sudu teh garam halus
5-6 biji cawan kertas (yang saiz tinggi)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Gulung daun pisang yang dah dicuci dan letakkan dalam cawan kertas (saya buat 2 lapis daun pisang).
Letakkan beras pulut yang dah dicuci hingga 3/4 penuh atau hampir penuh.
Santan dicampur dengan garam lalu kacau sebati. Tuang ke atas pulut hingga lebih sedikit dari paras pulut (lebih kurang setengah inci). Kalau suka lemang tu agak lembik/lembut boleh lebihkan santan.
Letakkan cawan kertas berisi pulut dan santan ke dalam periuk pengukus yang dah dipanaskan airnya.
Kukus selama 50-60 minit atau hingga lemang masak. Selepas 30 minit mengukus, buka tudung periuk dan kacau sedikit pulut dengan garfu supaya santan menyerap sepenuhnya ke bahagian bawah.
Gunting cawan kertas dan buang. Potong lemang mengikut citarasa. Boleh makan dengan rendang, kari ayam/daging, serunding, sambal tumis dan dengan durian pun sedap.
Sedapnya Ayam Goreng Belengas, resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan bila balik kerja atau dijadikan menu bekal anak-anak ke sekolah. Bak kata empunya resipi, makan kering-kering dengan petai dan sambal belacan, lagilah buka selera. Jadi bagi anda yang teringin nak makan Daging Goreng Belengas viral tu tapi tak boleh makan daging, cubalah resipi ni. Sama sedapnya. Jom cuba!
CARA MASAK AYAM GORENG BELENGAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong kecil
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online disini
2 sudu besar sos tiram – beli online disini
2 sudu besar kicap manis – beli online disini
5 batang kacang panjang
1 biji bawang holland
1 tangkai cili besar merah
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong tadi. Kemudian gaul ayam dengan kunyit dan garam seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian goreng ayam hingga garing.
3. Ketepikan ayam di pinggir kuali kemudian masukkan hirisan bawang holland dan cili yang siap dimayang. Biar layu sekejap.
5. Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang.
7.Gaul-gaul sekejap. Jika suka rasa rangup Kacang Panjang, gaul sekejap sahaja kemudian tutup api.
8. Siap. Ayam Goreng Belengas sedia untuk dinikmati bersama nasi panas.