Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elakkan sotong dari terlalu kecut semasa dimasak.  Mudah je. Puan-puan boleh cuba.

 

PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK
 

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong segar
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan cuka

CARA-CARA:

1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.

Petua Mudah Untuk Elak Isi Sotong Kecut Ketika Masak.

IKLAN

2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.

Petua Mudah Untuk Elak Isi Sotong Kecut Ketika Masak.

3. Kemudian toskan air sotong tadi.

4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.

IKLAN

Petua Mudah Untuk Elak Isi Sotong Kecut Ketika Masak.

 

 

RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG

IKLAN

Petua Mudah Untuk Elak Isi Sotong Kecut Ketika Masak.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong
  • 20gm bawang putih | dikisar
  • 15gm halia | dikisar
  • 3 biji cili padi | dikisar
  • 10gm garam
  • 5gm serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
  2. Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
  3. Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
  4. Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI