Sos perapan BBQyang sangat mudah dan sedap. Sangat sesuai digunakan untuk membuat kambing perap yang enak. Kambing perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Rosmaliza Omar ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT SOS PERAPAN BBQ UNTUK MASAK KAMBING PERAP YANG SEDAP
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan daging kambing, ayam atau daging. Tos dan ketepikan. 2. Dalam bekas besar, gaulkan bahan-bahan kisar dengan kesemua jenis sos. Sebatikan. 3. Masukkan gula, minyak masak, lada hitam tumbuk, rosemary, serbuk cili dan pewarna oren. Gaul lagi hingga betul-betul rata dan sebati.
4. Masukkan kambing/daging/ ayam yang telah dicuci bersih dan ditoskan ke dalam bahan perapan tadi. Gaul rata.
5. Perap daging selama 2 jam. Jika mahu lebih sedap, perap semalaman.
Nasi Himpit Daun Pisangatau Lontong ni memang sangat sedap. Wangi dan warna cantik dari daun pisang menjadikan ia berasa lebih enak. Saudari Farrera Lee kongsikan resipi yang diwarisi dari Mak Atoknya. Anda pun nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
1.Layur daun pisang terlebih dahulu. Daun sebelah luar ( kasar ) digulungkan ke dalam.
2.Gulung daun guna acuan buluh @ kayu sebanyak dua kali pusingan untuk mengelakkan beras terkeluar daripada gulungan semasa merebus.
3.Cucuk lidi, stapler atau ikat di salah satu hujung gulungan daun. Keluarkan acuan buluh.
4.Basuh beras dan toskan. Masukkan beras ke dalam gulungan daun.
5.Masukkan beras setengah daripada panjang gulungan daun.
6.Cucuk lidi, stapler atau ikat di bahagian satu lagi hujung gulungan daun.
7.Goncang sikit untuk sama ratakan beras.
8.Rebus dalam keadaan ‘baring’ selama 7-8 jam (bergantung kepada kuantiti dan saiz) dan pastikan air sentiasa penuh sehingga tenggelam. Rebus guna api sederhana kuat.
9.Bila sudah masak, tos dan sejukkan sebelum dibuka dan dipotong.
INFO:
Boleh guna mana-mana jenis daun pisang. Kalau nak warna nasi himpit yang cantik, guna daun pisang awak. Empunya resipi guna daun pisang hutan.
Lebih baik rebus guna kayu api untuk lebih jimat.
Jika masak dalam kuantiti yang sedikit (10-20 batang), rebus hanya beberapa jam sahaja atau hingga masak (kental)
Nasi Himpit direbus 7-8 jam untuk dapatkan warna dan hasil tekstur nasi himpit yang cantik serta mampat.
Di waktu hujung minggu, mesti ramai yang duk tercari-cari resipi yang istimewa untuk disajikan buat suami dan anak-anak. Salah satu idea yang boleh dicuba ialah menu ayam panggang. Ha…anak-anak memang suka ni. Sedap! Buat seekor, satu keluarga boleh makan dengan puas. Nak masak pun tak susah. Jom cuba!
1. AYAM PANGGANG KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana
1 batang seleri |potong empat
1 sudu teh herba thyme
1 sudu teh rosemary
1 biji bawang besar |belah dua
Beberapa tangkai daun parsli
1 helai daun bay
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos Lea & Perrins
4 ulas bawang putih |tumbuk halus
1-2 sudu teh serbuk brown sauce (untuk membuat sos)
Sedikit tepung jagung/ gandum (untuk membuat sos)
CARA MEMASAK:
Perapkan ayam bersama rosemary, thyme, sos tiram, sos Lea & Perrins, lada hitam, bawang putih dan garam.
Sumbatkan hirisan seleri, parsli, separuh daripada bawang besar di dalam perut ayam. Perap di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
Kemudian, keluarkan ayam dan bakar selama 1 jam atau lebih mengikut cita rasa pada suhu 200 C. Sapukan mentega dua atau tiga kali di permukaan ayam sehingga masak dan kulitnya garing.
Apabila ayam masak, rehatkan buat seketika. Ketepikan.
Untuk membuat sos; lebihan jus ayam yang dipanggang tadi diambil dan campurkan bersama baki bawang besar yang dihiris, seleri, parsli yang telah dipanggang dan daun bay.
Masak kesemua bahan di dalam kuali dan campurkan brown saucedan sedikit tepung untuk memekatkannya. Boleh juga ditambahkan sedikit air mengikut cita rasa anda.
Angkat dan tapis, ambil jusnya sahaja.
Hidangkan bersama kentang rebus dan sayur-sayuran mengikut cit rasa masing-masing.
INFO CHEF: Selepas sos ditapis, masukkan sedikit mentega ke dalam sos agar lebih sedap dan sos nampak berkilat cantik.
2. AYAM BARBEQUE MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | saiz sederhana | bersih dan toskan
1 biji bawang besar | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
3cm halia muda | kisar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan madu
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan bahan kisar dan semua rempah ratus, madu, kicap pekat manis dan garam pada keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian dalam.
Masukkan dalam bekas dan perapkan satu malam dan simpan dalam peti ais.
Kemudian bakar atau panggang dalam ketuhar setelah separuh masak sapukan lagi dengan bahan rempah barbeque agar ayam tidak terlalu kering.
Setelah masak boleh hidangkan dengan sos cili atau sos lada hitam.
INFO CHEF:Jika suka, keluarkan ayam dari ketuhar, masukkan tomato ceri dalam dulang pembakar bersama hirisan lemon untuk penambah rasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anak-anak suka makan pizza? Kalau beli, pasti jarang sekali kerana harganya agak mahal. Ni ada resipi doh pizza/’pizza base’ perkongsian saudari Rasyidah Nur Hayati yang boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut cita rasa. Memang berbaloi untuk dicuba.
RESIPI PIZZA BASE / DOH PIZZA HOMEMADE
BAHAN A:
250gm tepung gandum
2 sudu makan susu pekat sejuk
15gm susu tepung
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh k fine cream super
2 sudu makan minyak masak
130gm air sejuk peti
1 sudu teh yis
BAHAN B:
250gm adunan doh roti asas ( yang di sejuk bekukan. Boleh guna mana-mana resipi roti asas yang ada dikongsi. Nyahbeku sebelum digunakan)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan A ke dalam Bread Maker. Set fungsi ‘knied’ 45 minit. 2. Pada 15 minit akhir ulian, masukkan bahan B. Teruskan uli sehingga selesai. Doh tidak perlu terlalu elastik. 3. Ambil doh, timbang 127gm. Kadang-kadang adunan dapat 130gm. Ubah timbangan supaya semua doh sama berat. Jumlah doh dapat ialah 5 biji.
4. Bulatkan doh, tutup bekas dengan kain atau plastik dan rehatkan selama 10 mi nit. 5. Tabur tepung pada permukaan papan. Canai leper sehingga saiz 8 inci. Jangan cuak jika adunan jadi nipis. 6. Celup doh yang sudah dicanai dalam tepung suji / tepung semolina. Rehatkan selama 25 minit. 7. Cucuk doh guna lidi. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 160C, menggunakan api atas bawah selama 10 minit. ( sebelum tambah topping).
8. Keluarkan, sejukkan doh. Kemudian tambah topping dan bakar kembali pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga pizza masak dan keju cair. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Nikmati Final Muzikal Lawak Superstar 2025 dengan tema “Clash of Empire”, gabungan komedi, muzik dan persembahan epik untuk tontonan keluarga. Jangan terlepas malam paling lucu musim ini!