
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila-bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
SOS PENCICAH SERBAGUNA
BAHAN-BAHAN:
- 1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
- Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
- 2kg gula
- Garam secukup rasa
- Cuka makan secukupnya
- Air secukupnya
- Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
3. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sos yang dikehendaki.
4. Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Kredit resipi & gambar: Mummy Violet
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suka Makan Tempoyak? Ini Cara Nak Buat Tempoyak Tak Berkulat & Tahan Lama

Untuk tempoyak durian, ada orang suka makan yang masam dan ada yang suka dengan rasa durian.
Namun begitu, jika tidak kena gayanya tempoyak boleh cepat berkulat dan rosak. Jadi macam mana nak bagi tahan lama.
Menerusi perkongsian daripada Momo Chan, dia kongsikan bagaimana untuk membuat tempoyak supaya boleh simpan lama dan tidak berkulat.
Sebenarnya tempoyak ni masam, tapi ada orang, dia lebih suka dengan rasa durian kan.
Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak, tak nak masam, asingkan isi dan biji. Masukkan dalam bekas, terus simpan dalam peti sejuk ye. Untuk makan harian, masukkan dalam bekas asing. Untuk simpanan, masukkan bekas lain, letak tempat beku.
Yang ni cara buat tempoyak. Ini tempoyak betul-betul yang rasa masam ye dan boleh tahan bertahun.
*Durian boleh guna yang orang jual murah-murah. Maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau anda nak pakai durian musang king pun ikut suka la.
*Maksud tak elok tu, bukan kata berulat atau dah berkulat, tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.
*Asingkan biji dan isi. Masukkan ke dalam penapis.
*Ni saya toskan 2 malam ya. Dekat luar peti ais, nampak tak ada kulat kan.
*Masukkan garam, gaul rata. Jangan bubuh garam banyak sangat. Agak-agak sesedap rasa saja.
*Akhir sekali, bubuh dalam balang. Bubuh penuh pun tak apa sebab bila kita tos kat luar, gas dia dah tak ada. Tempoyak dah kembang siap dah. Sebelum tutup bahagian atas, tabur sedikit gula.
*Tempoyak ni, kalau nak simpan dalam peti ais boleh, simpan di luar pun boleh.
*Ini tempoyak masam tau, bukan tempoyak yang anda nak rasa lemak wangi durian.
Kredit: Momo Chan
Anda ada banyak tips memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda!
Nak kongsi tips masakan anda? Klik DI SINI untuk penyertaan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
5 Resipi Sambal ‘Berhantu’, Lagi Pedas Lagi Sedap! Ikuti Tips Untuk Tahan Lama
Sambal Pedas Simple Yang Boleh Buat Bubur Nasi Bertambah Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Pelbagai Pes Boleh Buat Macam-Macam Masakan

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Tepuk dada tanya selera nak makan apa hari ini. Dah ada pes kerja masak pun senang.
Pes Ikan Bakar
1. Kisar cabai kering, bawang besar, bawag merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
Pes Sambal Tumis
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dalam minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
Pes Gulai Ikan
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dan sebagainya.
Kuah Black Pepper
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, kisar sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang dikisar.
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain)
Pes Nasi Goreng Ikan Bilis
1.Kisar ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
Pes Asam Pedas Tumis
1. Kisar cili kering, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yang diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
Selamat mencuba
Kredit resipi : Sapina Shahabudin
Sedap Dimakan Dengan Ulam, Ini Cara Buat Sambal Bawang Homemade Yang Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sambal Bodo-Bodo Tapi Boleh Tambah Selera Ketika Tak Sedap Makan
Ada kala kita hilang selera makan. Tak lalu nak makan lauk yang beria-ia sangat misalnya rendang atau masak lemak cili padi.
Ketika ada masalah selera makan, cuba masak sambal yang simple-simple saja. Ini kerana sambal yang sebegini biasanya boleh meningkatkan selera.
Hanya perlu tumis-tumis sahaja. Bahan yang digunakan pun sangat minimum.
SAMBAL GORENG KENTANG BERBILIS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
2 biji kentang (potong kecil)
1 genggam ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
2 tangkai cili kering (basuh dan potong-potong)
10 tangkai cili padi (hiris kecil)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Goreng kentang. Kemudian angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak. Tinggalkan secukupnya untuk menumis saja.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan cili kering dan cili padi. Tumiskan lagi.
7. masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
8. Perasakan dengan garam. Gaul sebati.
9. Siap. Boleh dihidang.
ANDA MESTI SUKA RESIPI INI
KUIH KERIA MONTEL
https://www.rasa.my/resipi-kuih-keria-montel-budak-budak-gerenti-suka/
KUIH LIMAS, BUBUR KACANG HIJAU DAN KOKTEL
https://www.rasa.my/3-pencuci-mulut-sedap-untuk-minum-petang-tetap-diminati-sejak-dulu/
IKAN SIAKAP SOS THAI
https://www.rasa.my/ikan-siakap-sos-thai-paling-senang-nak-buat-tapi-power-makan-dengan-nasi-panas-perghhhh/