Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi resipi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjual makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI SOLOK LADA KUKUS & SOLOK LADA REBUS YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja. Tumbuk isi ikan tadi hingga lumat. Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
Ads
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
Ads
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bekas kukusan. Kukus anggaran dalam 10-15 minit.
7. Jika mahu rebus, susun solok lada tadi di dalam periuk. Rebus guna api kecil selama 5-10 minit.
Pajeri nanas bercampur dengan terung adalah salah satu lauk yang sangat sedap. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Sedapnya Cucur Kucai Udang ni. Kalau buat untuk minum petang memang sesuai sangat. Resipi yang sangat simple ini adalah perkongsian saudari Norhaniza Kamaruddin dan digunakan untuk niaga. Katanya memang laris. Bagi anda yang nak cuba boleh salin resipi di bawah ni. Malah kalau nak buat dalam jumlah yang sedikit, bolehlah bahagikan adunan bahan. Senang sangat. Selamat mencuba.
CARA MASAK CUCUR KUCAI UDANG PALING MUDAH & SEDAP
SUKATAN 1 KG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1/2 paket ibu roti @ mauripan @yis
Garam secukup rasa
1 sudu makan lada sulah
2 sudu makan cili kisar
1 ikat kucai
Tauge – dalam RM1
1 biji telur – pilihan. Jika tiada, boleh abaikan.
Udang kertas secukupnya
Air masak – kuantitinya agak-agak dengan jumlah tepung
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali kucai dan udang) di dalam bekas bersesuaian. Adun sebati hingga tak berketul. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. 2. Tambahkan kucai dan udang. Gaul sekali lagi hingga sebati.
3. Biar adunan selama 30 minit sebelum digoreng. 4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak dan goreng bancuhan cucur tadi hingga garing.
Gulai rebung campur perut…perghh gerenti makan sampai licin. Rebung ni nak menyediakannya kena betul caranya, kalau tersilap boleh jadi pahit rasanya.
Bila dah siang, jangan lupa celur dan buang dua kali airnya, atau rebus lebih kurang 15 minit dan toskan
Ni jom cuba masak gulai rebung letak pulak perut lembut, fuyooo memang super sedap lah . Tapi kalau tak minat makan perut boleh aje masukkan daging aje. Meh cuba resipi yang dikongsikan Zaimah Zakaria ni…
GULAI REBUNG DENGAN PERUT
BAHAN-BAHAN:
½ kg perut lembu
1 mangkuk rebung masam | sudah direbus dan tos
2 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
1 mangkuk pati santan
1 sudu besar kerisik
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
2 sm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK :
Tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik bau.
Masukkan rempah kari bersama cili kisar.
Masukkan perut, masak sampai perut lembut, baru masukkan santan dan rebung .
Akhir sekali masukkan asam keping, kerisik dan garam.
Resipi : Zaimah Zakaria
Bukan sahaja sedap, tapi ada manfaat kesihatannya .
NI 8 MANFAAT KESIHATAN REBUNG :
Rendah gula Jumlah gula yang ditemui dalam rebung sekitar 2,5 gram per 100 gram. Jumlah tersebut lebih rendah daripada kadar gula yang ditemukan dalam buah-buahan dan sayuran.2. Sumber Protein 100 gram rebung memiliki sekitar 2 sampai 2.5 gram protein. Protein yang terkandung dalam rebung terdiri dari tujuh belas asid amino .3. Kaya vitamin dan mineral Siapa sangka jika rebung ternyata kaya vitamin dan mineral Rebung mengandung vitamin seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin E, thiamin, riboflavin, niasin, asid folat dan asid pantotenat. Dan mineral yang ditemukan dalam rebung meliputi kalsium, magnesium, fosforus, kalium, natrium, seng, tembaga, mangan, selenium dan zat besi.4. Tinggi serat Rebung juga kaya serat. Jumlah serat makanan yang terkandung dalam rebung sekitar 6-8 gram per 100 gram.
5. Merangsang nafsu makanan Rebung tinggi selulosa yang dapat merangsang nafsu makan. Rasa dan tekstur rebung juga membuatnya sesuai juga menjadi makanan pembuka selera.
6.Mengawal kolesterol Penelitian yang dilakukan oleh Washington State University menunjukkan bahwa rebung memiliki efek menguntungkan pada kolesterol, lipid dan fungsi usus.
7. Memperkuat sistem kekebalan tubuh Vitamin dan mineral yang ditemukan dalam rebung dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Menurunkan tekanan darah Rebung mengandungi banyak kalium. Kalium dapat bertindak sebagai elektrolit, dan juga sangat baik untuk menurunkan dan menjaga tekanan darah.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!