Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa nak tambah lagi…
Punyalah sedap kan, disebabkan itulah menurut empunya resipi Cik Qaseh ia dipanggil sambal jahat. Lagi satu sambal ini kalau dibuat pedas lagi sedap, makan sambil meleleh air mata dan lap peluh.
Resipi sambal jahat
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis -goreng garing
2 genggam cili api hijau -lebihkan jika mahu pedas
3 biji bawang besar -saiz sederhana
Petai – jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak (gunakan minyak goreng ikan bilis)
Ads
Cara Penyediaan
1. Tumbuk kasar bawang besar dan cili api hijau. Jika malas nak tumbuk, boleh guna blender, tapi pastikan tumbuk atau blend kasar, macam nak buat rencah nasi goreng.
2. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Tumbuk sedikit lagi supaya ikan bilis hancur sedikit, tetapi jangan terlalu halus.
3.Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya sambal tak hangit.
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa sambal mengikut selera anda. Jika mahu lebih pedas, tambah cili api lagi!
Ads
5. Terus masak sehingga minyak terbit di atas sambal dan sambal nampak berkilat. Pastikan api tak terlalu besar untuk elakkan sambal dari hangus. Bila nampak cantik dan berkilat, sambal jahat siap!
TIP
Jika guna blender, jangan blend ikan bilis sekali. Cuma tumbuk ikan bilis menggunakan lesung batu supaya ia kekal bertekstur. Sambal ini lebih sedap jika dimasak dengan lebihan minyak goreng ikan bilis.
Korang pernah makan kerabu yang dibuat guna gula perang? Rasanya memang lebih sedap. Selain itu, rasa ikan bilis yang masin-masin tu cukup melengkapi sedapnya resipi kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
KERABU IKAN BILIS GULA PERANG
BAHAN UTAMA
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
BAHAN HIRIS HALUS
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
BAHAN PERASA
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Ikan talang kering masak asam pun boleh. Kalau selalu dibuat gulai atau dimasak sambal cuba pula masak cara ini.
Lauk ringkas sebegini memang sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan tanpa perlu banyak lauk, memang cukup kena dengan selera jika teringin hidangan simple.
Ikan talang kering masak asam
Bahan-bahan
Ikan talang kering – dipotong kecil dan direndam sekejap untuk kurang masin
4 ulas bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih- dihiris
20 tangkai cili padi
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara memasak
1. Rendam ikan talang kering dalam air sekejap supaya rasa masinnya berkurang. Kemudian cuci bersih.
2. Panaskan sedikit minyak, goreng ikan talang sekejap hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam minyak lebihan gorengan ikan tadi, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
4. Masukkan cili padi dan air asam jawa, kacau rata.
5. Masukkan ikan talang goreng tadi, kacau dan biar mendidih sekejap supaya semua bahan sebati.
Siap untuk dihidang!
TIP
Rendam ikan talang kering supaya rasa masin berkurangan dan tak terlalu kuat bila dimasak.
Tidak perlu tambah garam kerana ikan talang sudah masin.
Kalau nak lebih pedas, tambah cili padi ikut selera.
Tambah sedikit hirisan halia jika suka
Lauk ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan ulam-ulaman segar.
Datin Anida kalau bab masak-memasak menang terbaik. Tak hairanlah kalau beliau suka menjamu kawan-kawan makan di kediamannya dengan menu-menu sedap dan tidak pernah menghampakan, Walaupun katanya menu campak-campak je tapi bila makan menang bertamabah-tambah jadinya. Seronoknya lagi, Datin Anida siap kongsi dua menu kegemaran ahli keluarganya untuk korang semua cuba tau…
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan Jenahak| belah dua dan cuci bersih
2 biji bawang besar | hiris
3 peket rempah kari ikan saiz kecil | bancuh dengan sedikit air
3 sudu makan pes cili kering
1/2 cawan air asam jawa
2 1/2 cawan santana
3 biji kacang bendi
1 biji tomato | belah empat
3 biji cili hijau | belah tak putus
Sedikit daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN PENUMIS
1 sudu makan halba campur
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
5 ulas bawang merah | ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan penumis hingga wangi.
Masukkan pula hirisan bawang besar,kacau rata dan tambahkan pes cili kering.
Apabila garing, masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air.
Setelah pecah minyak masukkan air asam jawa, kacau seketika masukkan pula santan.
Biarkan mendidih baru masukkan kepala ikan bersama bendi dan cili hijau.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, masukkan tomato dan biarkan mereneh 2-3 minit baru tutup api.
Kari kepala ikan sedia dihidangkan.
IKAN SIAKAP KERABU MANGGA
BAHAN-BAHAN:
IKAN GORENG:
1 ekor ikan siakap |siang bentuk butterfly dan bersihkan.
1 biji telur
1 cawan tepung jagung
Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN KERABU MANGGA:
2 biji mangga epal muda
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | mayang halus
1 helai daun limau purut | mayang halus
1 kuntum bunga kantan| mayang halus
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
Sos Cili Thai secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, sementara itu gaulkan ikan dengan garam dan lada sulah.
Celupkan dalam bancuhan telur kemudian salutkan dengan tepung jagung.
Goreng dalam minyak banyak (deep fry) hingga garing.
Untuk menyediakan kerabu mangga, campurkan hirisan mangga dengan bahan yang dimayang halus dalam mangkuk.
Campurkan gula, cuka dan garam , kemudian tuang dalam mangkuk campuran bahan hirisan.
Gaul rata. Kemudian masukkan dalam pinggan dan letakkan ikan di atas dan taburkan kerabu di atas ikan.
Sebagai penambah perasa, tuangkan sos cili Thai di atasnya.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...